Ahad, 29 April 2012

Kosmo Online

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kelantan paling ramai terima E-Kasih di semenanjung

Posted:

Kelantan paling ramai terima E-Kasih di semenanjung

Kelantan paling ramai terima E-Kasih di semenanjung

29/04/2012 7:17pm

BACHOK — Seramai 49,800 penduduk di Kelantan menerima bantuan di bawah program e-kasih sehingga 17 April lepas, menjadikan negeri itu mencatat jumlah penerima paling tinggi di Semenanjung.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, statistik terbaharu menunjukkan secara keseluruhannya Kelantan merupakan negeri ketiga paling ramai penerima bantuan itu selepas Sarawak dan Sabah.

"Sarawak mempunyai 70,554 manakala Sabah 56,707 penerima," katanya kepada pemberita selepas menutup program bakti siswa anjuran Kolej Poly-Tech Mara Kota Baharu di perumahan nelayan Kandis di sini, hari ini.

Sehingga kini, kira-kira 92 peratus rakyat Kelantan yang mempunyai pendapatan bawah RM3,000 sebulan yang dikategori di bawah paras kemiskinan telah menerima BR1M.

"Sebab itulah kita mahu rakyat Kelantan memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 kelak untuk memperbaiki keadaan itu," katanya.

Beliau berkata langkah pertama yang akan dilakukan jika diberi peluang memerintah Kelantan ialah menyelesaikan masalah air yang menjadi kunci kepada proses pembangunan Kelantan secara menyeluruh dan menarik pelaburan ke negeri ini yang boleh menjana ekonomi negeri.

"Rakyat Kelantan kena yakin kerana ini dijanjikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melawat Kelantan bulan lepas," katanya. — BERNAMA

Hampir 500 sertai JMFR 2012

Posted:

Hampir 500 sertai JMFR 2012

Hampir 500 sertai JMFR 2012

29/04/2012 6:01pm

IPOH — Hampir 500 peserta berusia antara 10 dan 70 tahun menyertai kayuhan "Janamanjung Fellowship Ride (JMFR) 2012" sejauh 150km yang bermula di Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah (SJSAS) Manjung, Perak, hari ini.

Naib Presiden (Penjanaan) Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Ir. Mohd Nazri Shahruddin melepaskan peserta acara tahunan itu pada pukul 7.15 pagi tadi.

Ketua Pegawai Operasi/Pengurus Besar SJSAS, Shamsul Ahmad dalam kenyataan di sini hari ini berkata bilangan peserta tahun ini adalah terbesar sepanjang lima tahun ia dianjurkan oleh stesen berkenaan.

Jarak laluan JMFR 2012 kali ini melalui Ayer Tawar, Parit, Maning dan Beruas serta diiktiraf dalam kalendar Tahun Melawat Perak 2012 dan acara utama Pesta Laut Pangkor Lumut 2012 yang berakhir hari ini.

JMFR 2012 merupakan antara program terbesar di dalam skop pelan perancangan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) projek Manjung 4 yang kini dalam pembinaan, katanya.

"JMFR 2012 juga dapat merapatkan hubungan kami dengan komuniti setempat dan masyarakat awam selain membuktikan bahawa stesen janakuasa yang diselia dengan teknologi arang batu mesra alam sesuai dijadikan lokasi aktiviti beriadah," katanya. — BERNAMA

Sistem pembebasan banduan berlesen diperluas

Posted:

Sistem pembebasan banduan berlesen diperluas

Sistem pembebasan banduan berlesen diperluas

29/04/2012 5:59pm

KOTA BHARU — Jabatan Penjara akan memperluaskan program pemulihan kemasyarakatan pada kalangan banduan penjara menerusi sistem pembebasan berlesen mulai tahun ini.

Ketua Pengarah Penjara, Datuk Zulkifli Omar berkata, pembebasan berlesen itu yang sebelum ini dikenali sebagai pemberian cuti khas kepada banduan untuk menemui keluarga di kampung atas alasan tertentu, akan dapat merapatkan hubungan antara banduan dan keluarga sebelum diberi pembebasan penuh.

"Konsep pembebasan berlesen ini lebih kepada usaha mempercepatkan usaha menyedarkan banduan untuk pulih dan insaf sebelum mereka kembali ke pangkuan keluarga sepenuhnya selepas menjalani hukuman dalam tempoh tertentu," katanya.

Beliay berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian cek ex-gratia kepada seorang pegawai Penjara Pengkalan Chepa yang terlibat dalam kemalangan ketika menjalani latihan di Pusat Latihan Penjara di Kajang, Selangor, lima tahun lepas.

Menurut Zulkifli, kaedah itu juga sedikit-sebanyak dapat membantu kerajaan menjimatkan kos RM35 sehari yang terpaksa ditanggung untuk membiayai banduan ketika menjalani hukuman di penjara.

Di bawah program itu, banduan dibenarkan membuat permohonan untuk menemui keluarga sama ada atas alasan untuk menziarah keluarga sakit atau hari kelepasan tertentu dalam tempoh seminggu. — BERNAMA

0 ulasan:

Catat Komen