Sabtu, 28 April 2012

Berita Harian: Nasional

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Nasional


Pertimbang terus beri RM500

Posted: 28 Apr 2012 08:59 PM PDT

Nasional

NAJIB bersalam dengan orang ramai ketika melawat Pasar Tani Matang, Kuching.

NAJIB bersalam dengan orang ramai ketika melawat Pasar Tani Matang, Kuching.

BR1M banyak membantu golongan berpendapatan kurang RM3,000: Najib

PETRA JAYA: Datuk Seri Najib Razak akan mempertimbang untuk meneruskan pemberian RM500 menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kerana ia mampu memberi manfaat kepada golongan berpendapatan kurang RM3,000.

Mengakui ia antara permintaan popular di kalangan rakyat yang ditemuinya, Perdana Menteri berkata, beliau akan menyemak semula perkara itu sebelum membuat sebarang keputusan.

Jika pembangkang buat BERSIH 1, 2 dan 3, kita pula buat BR1M 1, 2 dan 3 kerana lebih banyak memberi faedah kepada rakyat. - Najib Razak, Perdana Menteri

"Seorang bekas tentera ucapkan terima kasih kerana menerima BR1M. Ada juga tanya boleh dapat lagi atau tidak. Jadi, jika pembangkang buat BERSIH 1, 2 dan 3, kita pula buat BR1M 1, 2 dan 3 kerana lebih banyak memberi faedah kepada rakyat.

"Bagaimanapun, biar saya semak dan congak terlebih dulu," katanya berucap pada majlis pelancaran program Jelajah Janji Ditepati (JJD) Peringkat Sarawak di pekarangan Wisma Bapa Malaysia (WBM), di sini, semalam.

Hadir sama, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib; Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ketua Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (PEMANDU), Datuk Seri Idris Jala; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Perdana Menteri berkata, pelaksanaan BR1M sebelum ini memberi manfaat kepada 4.2 juta isi rumah yang layak di seluruh negara.
"Pembangkang dakwa kita pinjam duit Bank Dunia untuk BR1M dan ternyata pembangkang bercakap tidak benar kerana mereka tidak dapat menunjukkan bukti," katanya.

Selain BR1M, katanya, lebih 5.3 juta murid sekolah menerima RM100, selain 1.3 juta penuntut institusi pengajian tinggi, Tingkatan Enam dan matrikulasi memperoleh baucer buku bernilai RM200.

Najib berkata, pelbagai faktor menyumbang kepada keupayaan negara memulangkan manfaat kepada rakyat, antaranya kutipan hasil meningkat secara mendadak dalam tempoh setahun iaitu RM26 bilion antara 2010 hingga 2011 dan peningkatan pelaburan asing dan swasta mencecah RM120 bilion.

Selain itu, beliau berkata, menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP), pelbagai manfaat diperoleh, termasuk lonjakan pendapatan per kapita negara yang meningkat sehingga AS$9.4 bilion (RM28.5 bilion) berbanding AS$7 bilion (RM21.3 bilion) sebelum ini.

"Pencapaian ini memberi keyakinan bahawa matlamat untuk negara ini mencapai taraf negara maju berpendapatan tinggi boleh menjadi kenyataan," katanya.

Perdana Menteri juga yakin janji yang sudah ditepati sejak beliau memegang tampuk pemerintahan tiga tahun lalu, dapat diteruskan untuk tempoh lima tahun lagi, malah dengan lebih banyak pembangunan dapat dibawa dalam tempoh lima tahun akan datang.

20,000 meriahkan program JJD

Posted: 28 Apr 2012 08:56 PM PDT

Nasional

Orang ramai kunjungi pelbagai gerai bertemakan 1Malaysia seawal jam 7 pagi

PETRA JAYA: Lebih 20,000 penduduk sekitar Kuching membanjiri pekarangan Wisma Bapa Malaysia sempena program Jelajah Janji Ditepati (JJD) yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam.

Seawal jam 7 pagi lagi, orang ramai mula berkunjung ke tapak JJD yang turut dimeriahkan dengan pelbagai gerai menarik produk bertemakan 1Malaysia, antaranya jualan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

Dalam e-mel terakhir Rabu lalu, Perdana Menteri minta saya memperkenalkan diri dan membawa salinan e-mel sebagai bukti ketika bertemunya di Kuching. Sebab itu saya ada di sini sejak jam 7 pagi kerana tidak mahu terlepas peluang keemasan ini. - Che Jalil Samion, Peniaga

Najib yang tiba bersama Datin Seri Rosmah Mansor, jam 10.30 pagi turut mengambil peluang bertemu khalayak termasuk warga tua di kalangan masyarakat Melayu, Cina, Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.

Perdana Menteri juga menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 10 penerima warga tua yang terkejut apabila dimaklumkan beliau akan menyerahkan baucar RM500 kepada mereka.

Najib yang turut disertai Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib serta Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang, kemudian bersama rakyat menikmati hidangan tengah hari nasi bungkus dan air mineral.

Perdana Menteri kemudian melawat gerai pameran kerajaan negeri dan gerai produk 1Malaysia seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) sebelum ke Kompleks DUN Lama merasmikan Pameran Koridor dan Bandaraya Sarawak yang memaparkan sejarah pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).
Terdahulu pada sebelah pagi, Perdana Menteri meluangkan masa lebih sejam melakukan tinjauan mesra di Pasar Tani Matang Jaya, bertemu kira-kira 3,000 pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang mendekati pemimpin nombor satu negara itu.

Najib turut melawat gerai di pasar tani berkenaan sebelum bersarapan di restoran bersama pelanggan lain dan disertai Abdul Taib serta Alfred Jabu.

Terdahulu, Perdana Menteri merasmikan Harga Panduan Pengguna bagi 22 produk serta melawat gerai Program Jimat Belian Dapur anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Beliau turut berjalan hampir satu kilometer bertemu peniaga termasuk menjamah beberapa kuih tradisional Sarawak yang disediakan khas oleh peniaga tempatan.

Ketika orang ramai tertumpu kepada Najib yang sedang menikmati sarapan, Rosmah menyusul tidak lama kemudian dan terus bersalam dengan peniaga yang kelihatan terkejut.

Beliau kemudian menyertai suaminya dan memilih hidangan nasi beriani ayam bersama tapai dibungkus daun nipah sebagai juadah sarapan.

0 ulasan:

Catat Komen