Ahad, 22 April 2012

Berita Harian: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Mutakhir


Guna saluran betul untuk suara bantahan, bukan berdemonstrasi

Posted: 22 Apr 2012 02:02 AM PDT

Mutakhir

KOTA KINABALU: Rakyat sepatutnya menggunakan saluran yang betul berlandaskan undang-undang dalam menyuarakan sebarang rasa tidak puas hati atau dan bantahan dan bukannya dengan cara berdemonstrasi yang jelas mencemarkan imej negara, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata kerajaan menyediakan pelbagai platform dan saluran untuk rakyat berbuat demikian.

Sambil menasihatkan rakyat di negara ini agar tidak terikut-ikut dengan budaya hidup di sesetengah negara yang suka berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan, beliau berkata amalan itu tidak semestinya baik untuk masyarakat di negara ini. "Anda perlu bijak menilai sama ada budaya ini (berdemonstrasi) memberi manfaat kepada rakyat atau tidak...ini bukan budaya dan cara kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Usahawan Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) pada Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2012 di Kompleks Sukan Likas, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan sekumpulan siswa berkhemah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur sejak lebih seminggu lalu bagi mendesak pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan.

Kepada soalan adakah perhimpunan itu yang dikatakan didalangi pembangkang merupakan agenda pembangkang untuk memburukkan negara, Anifah berkata motif pembangkang memang sedemikian.

Beliau berkata penganjuran program yang bertentangan dengan cara hidup dan ajaran agama Islam di negara ini adalah dilarang.
Ketika ditanya sama ada beliau sedia bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum akan datang, Anifah yang juga Ahli Parlimen Kimanis berkata: "Saya berbesar hati untuk berkhidmat di bawah Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib (Tun Razak), saya akan lakukan yang terbaik untuk negara dan negeri ini". - BERNAMA

Alucast 1 bawa pulang RM15,000 BOTR 2012

Posted: 22 Apr 2012 01:46 AM PDT

Mutakhir

HULU TERENGGANU: Ahli perniagaan dari kumpulan Alucast 1 dinobatkan juara kategori mengilat berkumpulan Boat On The Road (BOTR) 2012 Tasik Kenyir, di sini dengan membawa wang tunai berjumlah RM15,000 anjuran Berita Harian, sebentar tadi.
 
Azuan Man,47 dan Hamzah Mat Rani, 46 yang berasal dari Kuala Lumpur berjaya menaikkan ikan Siakap dan Sebarau masing-masing seberat 10.650 kilogram (kg) dan 0.550 kg yang berakhir jam 11 pagi tadi.    BOTR 2012 yang bermula dengan konvoi pada pagi Jumaat lalu menyaksikan peserta berkonvoi dari Sri Pentas TV3 sebelum dilepaskan ke Tasik Kenyir seawal jam 7 pagi keesokan harinya. Acara tahunan yang diadakan untuk kali ketiga itu turut mendapat kerjasama kerajaan negeri Terengganu.

0 ulasan:

Catat Komen