Rabu, 18 April 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Kereta rempuh lori rosak di lebuh raya, 3 maut

Posted:

Kereta rempuh lori rosak di lebuh raya, 3 maut

Kereta rempuh lori rosak di lebuh raya, 3 maut

18/04/2012 9:37pm

MELAKA — Tiga maut termasuk seorang ibu dan anak lelakinya apabila sebuah Toyota Harrier merempuh sebuah lori sky lift yang rosak di KM198 lebuh raya arah selatan berhampiran Plaza Tol Ayer Keroh di sini, hari ini.

Mereka yang maut di tempat kejadian ialah penumpang kereta, Ng Beng Tian, 32, dan ibunya, Tan Bian, 61, dan seorang mekanik, Muhammad Azizul Safian Rani, 28.

Pemandu lori yang dirempuh itu, Ishak Mohamad, 56, patah kaki kiri manakala pemandu Toyota, Lim Ching Yeo, 32, isteri kepada Beng Tian, dan seorang lagi penumpangnya dipercayai ibu saudara kepada Beng Tian (juga belum dikenal pasti identiti) cedera ringan.

Kejadian berlaku 3.05 petang apabila kereta pelbagai guna yang membawa empat penumpang dari Raub, Pahang, itu dalam perjalanan ke Simpang Renggam, Johor, tiba-tiba merempuh Muhammad Azizul yang baru selesai membaiki lori seberat enam tan itu di laluan kecemasan.

Saksi yang juga rakan kepada Muhammad Azizul, Irfandi Othman, 30, berkata, lori tersebut dari kilang di Puchong menuju ke Jasin, di sini mengalami kerosakan di lokasi kejadian. -BERNAMA

Pesakit cemas siling klinik runtuh akibat hujan

Posted:

Pesakit cemas siling klinik runtuh akibat hujan

Pesakit cemas siling klinik runtuh akibat hujan

18/04/2012 8:35pm

KUALA LUMPUR — Seramai 10 pesakit mengalami detik-detik cemas apabila bumbung siling dua bilik menyimpan peralatan perubatan di Klinik Kesihatan Jinjang di sini runtuh berikutan hujan lebat selama sejam, petang tadi.

Bagaimanapun, semua pesakit luar serta petugas di klinik itu sempat keluar dan berkumpul di perkarangan klinik itu sebelum pihak Bomba dan Penyelamat dari Balai Jinjang tiba 10 minit kemudian untuk melakukan pemeriksaan.

Seorang saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian beliau telah terdengar bunyi bising dari bumbung siling tersebut kira-kira pukul 4.50 sebelum ia runtuh 10 minit kemudian.

"Semasa kejadian itu saya sempat mengarahkan semua pesakit dan beberapa petugas klinik keluar ke tempat yang selamat," katanya.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Jinjang, Rosli Haris berkata, beliau percaya siling itu runtuh akibat tidak dapat menahan bebanan air akibat hujan lebat.

Katanya, kejadian itu menyebabkan kedua-dua bilik itu digenangi air dan peralatan perubatan dianggarkan bernilai ratusan ribu ringgit mengalami kerosakan.— BERNAMA

Sukan: Stesen televisyen kongsi kandungan

Posted:

Sukan: Stesen televisyen kongsi kandungan

Sukan: Stesen televisyen kongsi kandungan

18/04/2012 8:07pm

TANJUNG MALIM – Mulai 1 Mei, semua stesen penyiaran televisyen di negara ini yang mendapat hak penyiaran kandungan sukan bercirikan kepentingan negara perlu berkongsi kandungan tersebut dengan semua stesen televisyen bebas ke udara yang tidak memperolehi hak penyiaran.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, langkah itu bagi membolehkan semua kandungan sukan yang digemari rakyat Malaysia disiarkan secara meluas oleh stesen-stesen televisyen di negara ini tanpa dimonopoli oleh stesen tertentu sahaja.

"Sukan kenegaraan di mana daya tarikannya itu menyeluruh seperti sukan Olimpik, badminton, bola sepak... kita tidak benarkan monopoli oleh satu stesen melainkan semua stesen boleh berkongsi dan boleh disiarkan menerusi saluran masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan "RTM Mobile" sempena sambutan ulang tahun ke-66 Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini.

Rais berkata, sekiranya acara sukan tersebut tidak disiarkan oleh stesen televisyen bebas ke udara, kandungan tersebut seterusnya akan dikongsi oleh stesen televisyen berbayar.

Langkah itu dilaksanakan melalui Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang bertujuan untuk membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menonton dan mengikuti acara-acara sukan yang popular dan melibatkan pasukan negara, katanya. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan