Khamis, 19 April 2012

Utusan Online - Timur

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Karnival Profesor Turun Padang

Posted:

Karnival Profesor Turun Padang

Oleh WAN ZULKIFLI YAACOB
utusanterengganu@utusan.com.my


Prof. Dr. Nik Mohd. Nasri Nik Ismail memberi taklimat kepada pelajar yang hadir pada program Profesor Bersama Pelajar: Mengukir Kecemerlangan di Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini.


KUALA TERENGGANU 18 April - Turun Padang. Ia suatu istilah yang lazimnya menjadi sebutan sebati dengan pemimpin politik, kerajaan dan jenteranya kerana resam tanggungjawab dan tugas yang menuntut mereka berbuat demikian.

Bukan sahaja untuk mengambil tahu persoalan yang melingkari kehidupan agar dapat meningkatkan kesejahteraan dan terus diberi kepercayaan oleh rakyat tetapi juga memastikan setiap perancangan dapat diterjemahkan dengan berkesan.

Mungkin tidak pernah atau jarang kita dengar 'Profesor Turun Padang' yang melibatkan kelompok cendekiawan pelbagai bidang dari pelbagai institusi pengajian tinggi yang dalam tradisi Melayu diberi status dengan gelaran 'menara gading'.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Ceroboh: 18 nelayan asing ditahan

Posted:

Ceroboh: 18 nelayan asing ditahan

Oleh TOREK SULONG
utusankelantan@utusan.com.my

PASIR PUTEH 18 April - Nelayan asing terus menceroboh perairan negara dengan kes terbaru membabitkan 18 nelayan warga Vietnam yang ditahan oleh Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) malam tadi, ketika sedang menangkap sotong.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Tok Bali, Komander Maritim Zainin Abdul Majid berkata, pihaknya turut merampas dua buah bot yang digunakan oleh nelayan terbabit.

Menurutnya, kedua-dua bot terbabit ditahan berasingan iaitu pukul 10.50 malam dan 11.15 malam pada kedudukan kira-kira 196.2 kilometer dari Timur Laut Tok Bali.

Katanya, penahanan dan rampasan bot nelayan asing itu dilakukan oleh Kapal Maritim Ligitan, diketuai Leftenan Komander Maritim, Norhafizi Mohd. Rafek bersama 16 anggota melalui Operasi Perkasa Timur.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Pensyarah, pelajar PKB mahu tawan puncak Everest

Posted:

Pensyarah, pelajar PKB mahu tawan puncak Everest


Mustapa Mohamed (tengah) membuka bendera Malaysia sambil diperhatikan oleh Pengarah PKB, Nor Azhan Othman (kanan) ketika majlis pelancaran misi A Journey To Everest di Dewan Jubli Perak, PKB, baru-baru ini.


KOTA BHARU 18 April - Seramai 10 peserta yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar Politeknik Kota Bharu (PKB) mahu mengharumkan nama negara dengan menawan puncak Everest melalui misi A Journey To Everest pada 7 Mei ini.

Ketua misi berkenaan, Mohd. Hasnizul Hasbullah berkata, pihaknya sedang giat menjalani latihan sebagai persiapan mengharungi cabaran mendaki puncak tertinggi di dunia itu.

Menurutnya, latihan tersebut merangkumi fizikal dan mental bagi membolehkan semua peserta misi bersedia sepenuhnya.

"Kami kini menjalani latihan dengan mendaki gunung dan bukit yang ada di negeri ini serta Terengganu. Selain itu, latihan kecergasan seperti larian, berenang dan berbasikal turut dijalankan bagi memastikan peserta memiliki tahap kecergasan yang optimum.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

0 ulasan:

Catat Komen