Jumaat, 27 April 2012

Harian Metro: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Mutakhir


Pasangan suami isteri warga Singapura dituduh dera tiga anak

Posted: 27 Apr 2012 05:51 AM PDT

JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri warga Singapura hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tiga pertuduhan mendera tiga anak mereka, 22 April lalu.

Idris Yaacob, 46, dan ibu tiri kepada mangsa, Zarina Ibrahim, 39, kedua-duanya bekerja sebagai guru muzik, dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan fizikal dan emosi terhadap ketiga-tiga mangsa yang berusia 7, 10 dan 14 tahun.

Mereka dituduh melakukan perbuatan tersebut kira-kira jam 12 tengah hari di Kampung Melayu Gelang Patah, dekat sini mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun.

Pegawai Pendakwa Insp Hasbullah Noor memohon agar tertuduh dikenakan ikat jamin sebanyak RM45,000 setiap seorang sementara menunggu tarikh perbicaraan kes itu.


Kedua-dua tertuduh bagaimanapun merayu agar wang ikat jamin itu dikurangkan memandangkan mereka tidak dapat menghubungi ahli keluarga lain selain tidak berkemampuan.


Majistret Hafizah Johor Ariff Johor kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM25,000 seorang dan menetapkan 11 Jun depan sebagai tarikh perbicaraan.

Selasa lepas, polis menahan sepasang suami isteri warga Singapura di rumah mereka di Kampung Melayu Gelang Patah kerana dipercayai mendera tiga anak mereka.

Penahanan itu hasil laporan polis yang dilakukan sendiri oleh mangsa, seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun setelah tidak tahan dengan penderaan yang dilakukan terhadapnya dan adik perempuannya berusia 10 serta adik lelakinya 7 tahun. - BERNAMA


TERKINI: Kanak-kanak Belanda hilang dilarikan dua lelaki

Posted: 27 Apr 2012 05:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki warga Belanda hilang secara misteri selepas dilarikan dua lelaki menaiki kereta Proton Gen 2 di hadapan sekolahnya di Bukit Kiara, di sini hari ini.

Malah sehingga kini, ibu bapa kanak-kanak berkenaan masih belum menerima sebarang panggilan daripada lelaki yang melarikan anaknya itu bagi tujuan meminta wang tebusan.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 pagi itu, kanak-kanak berkenaan, Nayati Shamelin Moodliar, 12, baru sahaja keluar dari kawasan perumahannya yang terletak kira-kira 50 meter dari sekolahnya.

Bapa mangsa, Sham Moodliar, 42, berkata sebelum kejadian, dia menyiapkan anak tunggalnya itu untuk ke sekolah.


Katanya, sebaik anaknya keluar, dia menerima panggilan daripada guru besar sekolah anaknya itu yang memaklumkan anaknya yang berpakaian baju T berwarna putih dan seluar pendek hijau dilarikan dua individu tidak dikenali dengan menaiki kereta berwarna hitam yang dipercayai menunggu di lokasi berkenaan sejak awal pagi lagi.


"Saya difahamkan ketika kejadian, anak saya baru tiba di persimpangan Jalan Kiara sebelum didatangi dua lelaki berkulit gelap yang menariknya masuk ke dalam kereta dan melarikan diri ke arah ibu kota.

"Kejadian berkenaan disaksikan orang ramai yang kemudian menghubungi pihak sekolah dan kami juga sudah menyerahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah kondominium berdekatan yang berjaya merakam kejadian itu ketika membuat laporan polis," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Beliau yang bekerja sebagai perunding kanan sebuah firma pengurusan itu berkata, sehingga kini, dia tidak dihubungi kumpulan penculik itu malah menafikan mempunyai musuh perniagaan kerana baru lapan bulan keluarganya tiba di Malaysia.

Menurutnya, kejadian berkenaan nyata sudah dirancang rapi berikutan pengawal keselamatan nampak kereta yang dinaiki penculik itu diletakkan dalam arah bertentangan di Jalan Kiara 1 bagi memudahkan mereka melarikan diri.

"Saya tidak tahu sebab anak saya menjadi pilihan mereka malah saya tidak pernah berselisih faham mahupun bergaduh dengan sesiapa sejak tiba di negara ini.

"Kami merayu kepada kumpulan penculik itu agar mengembalikan anak tunggal kami itu mahupun menghubungi kami sekiranya memerlukan wang untuk membebaskannya," katanya yang hadir bersama isterinya, Janice Smith, 40.

Susulan kejadian itu, keluarga mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Mont Kiara untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya sudah menerima laporan polis daripada keluarga mangsa seketika selepas kejadian berkenaan.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang di bawah penjagaan yang sah.


0 ulasan:

Catat Komen