Ahad, 22 April 2012

Berita Harian: MukaDepan

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: MukaDepan


Kerajaan paling telus: PM

Posted: 21 Apr 2012 12:37 PM PDT

MukaDepan

Transformasi, langkah radikal demi demokrasi yang matang

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan melakukan transformasi dan pelbagai langkah baru yang radikal untuk menyatupadukan negara menjadikan kerajaan sekarang yang paling telus dalam sejarah Malaysia.

Perdana Menteri berkata, di samping transformasi ekonomi dan kerajaan, perubahan besar seperti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) juga merubah negara ke arah sebuah demokrasi yang matang serta progresif.

Saya akan terus melakukan perubahan yang saya percaya diperlukan oleh Malaysia ketika negara ini terus mara dalam abad ke-21. - Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri

"Perkara ini berada di kedudukan teratas dalam reformasi besar lain seperti menyemak semula undang-undang penapisan Malaysia, penubuhan suruhanjaya dwipartisan (bipartisan) untuk menangani kebimbangan berhubung sistem pilihan raya di negara kita dan penerimaan Akta Perhimpunan Aman.

"Saya akan terus melakukan perubahan yang saya percaya diperlukan oleh Malaysia ketika negara ini terus mara dalam abad ke-21," katanya pada wawancara khas yang disiarkan oleh International Investor dalam Malaysia 2012 Who's Who yang baru diterbitkan.

Perdana Menteri juga berkata hasrat beliau untuk menceburi bidang politik sebahagiannya didorong oleh kepercayaan terhadap potensi Malaysia dan keyakinan penuh bahawa beliau boleh mem-bantu negara merealisasikan potensi itu dan menjadi sebuah negara maju.

Dalam jawapan kepada soalan yang diutarakan oleh International Investor, sebuah kumpulan penyelidikan dan perunding bebas mengenai sama ada beliau menjangkakan untuk menjawat jawatan Perdana Menteri selepas dipilih ke jawatan politik ketika berusia lewat 20-an, Najib menjawab:
"Mungkin bunyinya agak terlalu berani untuk mengatakan yang saya menjangkakan untuk menjadi PM, sebab perkara ini sudah tentulah bergantung kepada kehendak ramai orang, iaitu sesuatu yang saya sekali-kali tidak akan ambil mudah.

Bagaimanapun, apa yang saya boleh katakan dengan pasti adalah saya mempunyai cita-cita dan hasrat untuk memimpin ketika saya menceburi bidang politik."

Najib berkata sebahagiannya didorong ketika beliau meningkat dewasa dan melihat ayahandanya (Tun Abdul Razak Hussein) membawa perubahan yang sebenar, menjangkau jauh bagi Malaysia dan rakyatnya.

Beliau menambah: "Saya rasa kebanyakan anak muda mengagumi kerja bapa mereka dan dalam cara tertentu, apabila bapa anda melakukan sesuatu yang memberi kesan yang sangat positif kepada kehidupan rakyat, saya rasa agak sedikit ganjil jika saya tidak mahu mengikuti jejak langkahnya."

Ketika diminta mengulas kenyataannya tidak lama dulu bahawa apa yang bersesuaian kepada negara pada masa lepas mungkin tidak semestinya sesuai pada masa depan, Najib berkata seperti semua rakyat Malaysia, beliau turut berbangga dengan sejarah Malaysia.

"Namun daripada menoleh ke belakang, saya tegas memberi tumpuan terhadap membina masa depan kita. Saya tidak akan dapat melakukannya dengan paling berkesan melainkan menilai situasi semasa dan membuat pilihan yang saya percaya adalah yang terbaik untuk kita sekarang dan beberapa bulan serta tahun yang mendatang," katanya.

Ditanya apakah yang akan menjadi cabaran utama kepada Malaysia dalam beberapa dekad akan datang, Najib berkata ketika beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada April 2009, dua keutamaan utama adalah pemulihan semula ekonomi dan membina kemakmuran jangka panjang.

Menyaksikan ekonomi Malaysia berkembang sejak dua tahun lalu di sebalik persekitaran global yang sukar, beliau berkata: "Jika tempoh itu ada memberi pengajaran kepada kita, pengajaran itu adalah negara di dunia tidak lagi boleh memencilkan diri dan mesti bekerja bersama-sama dalam era baru global ini." – BERNAMApersada dunia." katanya. – BERNAMA

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Said Usman

Negara tidak akn maju tanpa kesatuan hati dan tindakan kearah itu setiap warga Malaysia..


0 ulasan:

Catat Komen