Ahad, 22 April 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: BeritaUtama


Tak boleh tahan hidup sendirian

Posted: 21 Apr 2012 03:50 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Mana boleh tahan hidup macam tu... kalau setahun dua mungkin tak apa, tapi ini hampir lima tahun," kata Shima, 29, yang mendakwa terseksa zahir dan batin kerana hanya bertemu suaminya sekali seminggu.

Bukan kerana suami mempunyai isteri atau kekasih lain, tetapi disebabkan terlalu sibuk dengan tugasnya sebagai jurutera yang memerlukannya sering ke luar daerah dan hanya pulang seminggu atau dua minggu sekali.

"Saya bagaikan isteri hujung minggu. Ada suami tapi hanya seminggu atau dua minggu sekali bertemu. Sehari selepas itu, saya ditinggalkan lagi. Begitulah rutin rumah tangga kami. Lama-kelamaan saya menjadi jemu dengan kehidupan sebegitu," katanya kepada Metro Ahad.

Walaupun hidupnya dilimpahi kemewahan kerana pendapatan suaminya lumayan, ia tidak memadai buat Shima yang terperuk di rumah sendirian.


Selepas hampir lima tahun mendirikan rumah tangga, dia yang sering kesunyian disebabkan kesibukan suami dengan tugas, mula mencari keseronokan di luar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Tersepit bawah treler

Posted: 21 Apr 2012 03:50 PM PDT

ENDAU: Seorang pemuda hampir maut apabila Proton Saga dipandunya terperosok di bawah treler dalam kemalangan di Kilometer 1 Jalan Tanjung Gemuk, Endau–Rompin, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi, Abu Neklah, 32, dikatakan keluar dari Simpang Kampung Pianggu sebelum merempuh treler berkenaan yang gerak dari arah Endau.


Akibatnya, kenderaan berkenaan diseret 50 meter dan dia cedera di badan manakala pemandu treler, Ridzuan Adnan, 24, bersama kelindan, Zulkarnain Arnain, 21, tidak cedera.

Menurut Ridzuan, mereka dalam perjalanan dari Kemaman, Terengganu, dan hanya menyedari kemalangan selepas terdengar dentuman kuat selain terasa treler mengheret sesuatu.


"Sebaik mendengar bunyi dentuman, saya menurunkan tingkap untuk melihat cermin pandang sisi dan terkejut apabila mendapati ada kereta di bawah treler.


"Kami kemudian turun dan cuba membantu mangsa tetapi gagal kerana dia tersepit di tempat duduk pemandu," katanya.

Berikutan itu, katanya, mereka menghubungi pihak berkuasa sebelum sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Endau dan Rompin tiba 20 minit kemudian.


"Mangsa berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Mersing untuk menerima rawatan," katanya.




0 ulasan:

Catat Komen