Selasa, 17 April 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Kajian semula Akta Hasutan: 3 prinsip kekal

Posted: 16 Apr 2012 11:48 AM PDT

Tangani perlakuan hina Agong, Raja
  • Elak perbuatan timbul permusuhan kaum
  • Cegah persoal perkara dalam Perlembagaan
  • KUALA LUMPUR: Akta Hasutan yang akan dikaji kerajaan secara menyeluruh, akan mengekalkan tiga prinsip dalam akta itu termasuk menangani perbuatan dan perlakuan yang mendatangkan kebencian atau penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana raja.

    Kita ingin merealisasikan potensi Malaysia bukan setakat menjadi negara demokratik, tetapi lebih daripada itu untuk melonjakkan tempatnya pada kedudukan disegani di kalangan negara yang menghormati hak asasi manusia. - Datuk Seri Najib Razak

    Dua prinsip lain ialah menangani perbuatan atau perlakuan yang akan mengembangkan perasaan niat jahat yang menimbulkan permusuhan antara kaum atau penduduk berlainan dan mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi Perlembagaan Persekutuan.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan tiga prinsip itu adalah perkara utama yang perlu kekal dalam sebarang evolusi kerangka perundangan baru itu bagi menangani sebarang perbuatan dan perlakuan yang boleh mengancam keselamatan negara.

    Beliau berkata, kajian menyeluruh akta berkenaan adalah antara usaha kerajaan dalam melakukan perubahan dan pembaharuan politik menerusi inisiatif Program Transformasi Politik negara (PTP).

    Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) untuk bacaan kali kedua, di Dewan Rakyat semalam.
    Katanya, usaha berkenaan juga selaras dengan hasrat kerajaan melakukan perubahan dan pembaharuan dalam landskap politik negara, sekali gus mewujudkan ruang demokratik mencukupi untuk perbezaan pendapat dan persaingan idea.

    "Kita ingin merealisasikan potensi Malaysia bukan setakat menjadi negara demokratik, tetapi lebih daripada itu untuk melonjakkan tempatnya pada kedudukan disegani di kalangan negara yang menghormati hak asasi manusia," katanya.

    Pada 16 September tahun lalu sempena Hari Malaysia, Najib mengumumkan inisiatif PTP yang membabitkan pembatalan tiga Proklamasi Darurat, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Kediaman Terhad dan Akta Buang Negeri, penggubalan Akta Perhimpunan Aman, termasuklah pemindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

    Selain itu, Najib juga berkata, kerajaan akan menggubal rang undang-undang baru bagi menggantikan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sejajar dengan janji menghapuskan keperluan pembaharuan tahunan lesen penerbitan.

    "Akta baru itu juga akan mencadangkan pembentukan sebuah Majlis Media yang akan melaksanakan kawal selia kendiri industri," katanya.

    Beliau berkata, kerajaan tidak takut atau gentar bersaing dalam gelanggang demokrasi atau berbanding idea dan dasar dengan sesiapa saja kerana mengamalkan sikap terbuka serta mempercayai era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berakhir.

    INFO: 3 prinsip perlu kekal dalam kajian semula Akta Hasutan

    Menangani perbuatan dan perlakuan yang:

    Lisa, Yusri jadi cikgu

    Posted: 16 Apr 2012 11:20 AM PDT

    MukaDepan

    PELAKON, Yusry dan isteri, Lisa hadir pada program 'Teach For Malaysian Week' di SMK Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang, semalam.

    PELAKON, Yusry dan isteri, Lisa hadir pada program 'Teach For Malaysian Week' di SMK Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang, semalam.

    KLANG: Semalam sukar dilupakan murid dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendamaran Jaya di sini apabila selebriti terkenal tanah air, Yusri KRU serta isterinya, Lisa Surihani yang juga pelakon, menyumbang bakti menjadi guru sukarela dalam program Teach For Malaysia (TFM) di sekolah mereka.

    Lisa yang berkelulusan undang-undang Universiti Aberystwyth, United Kingdom mengajar Geografi tingkatan satu, manakala Yusri yang juga pengarah dan komposer mengajar Bahasa Inggeris di kelas berlainan. Mereka mengajar selama satu jam, dibantu seorang felo Yayasan TFM.

    Pasangan yang diijabkabulkan pada 23 Februari lalu itu hadir kira-kira jam 3.30 petang, disambut dengan sorakan lebih 400 pelajar serta guru sekolah berkenaan. "Saya pernah mengajar di sekolah antarabangsa selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2003 hingga 2006 sebagai guru gantian, namun pengalaman menjadi guru sukarela di sekolah ini nyata berbeza dan menjadikan saya gementar," kata Lisa ketika ditemui selepas mengajar.

    Yusri pula berharap program itu dapat menarik lebih ramai sukarelawan, terutama di kalangan artis untuk memberi khidmat pendidikan kepada pelajar.

    "Ini program yang menarik dan harap diteruskan sepanjang masa. Untuk meningkatkan mutu pendidikan negara, kerjasama semua pihak tanpa melihat latar belakang amat diperlukan," katanya.

    Program perintis bermatlamat untuk transformasi bidang pendidikan negara yang mendapat sokongan dan kerjasama Kementerian Pelajaran itu anjuran Yayasan TFM bermula Januari lalu.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan