Sabtu, 21 April 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Nelayan Langkawi dapat peruntukan tambahan RM12 juta

Posted: 21 Apr 2012 02:30 AM PDT

Mutakhir

LANGKAWI: Nelayan di Langkawi mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM12 juta tahun ini bagi melaksanakan projek ternakan terepang dan ternakan ikan dalam sangkar di perairan pulau itu.

Terepang ialah sejenis hidupan laut yang digunakan dalam campuran ubatan tradisional seperti gamat dan kosmetik.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Wira Mohd Johari Baharum, berkata peruntukan itu adalah tambahan kepada lebih RM400 juta yang diberikan melalui Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dalam Belanjawan 2012. Kita bercadang membina tempat memproses gamat di Kuala Cenang supaya produk berasaskan gamat dapat dihasilkan berterusan serta mewujudkan peluang pekerjaan selain menambah pendapatan nelayan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Bertemu Pelanggan, Jabatan Perikanan Kedah di sini, hari ini.

"Ketika ini terdapat 12 projek ternakan ikan dalam sangkar di perairan Langkawi yang mengeluarkan ikan kerapu sebanyak 49.69 tan metrik bernilai RM2.5juta dan ikan siakap 4.3 tan metrik bernilai RM73,100 tahun lalu. - BERNAMA

NGO diminta bekerjasama dengan SPRM perangi rasuah

Posted: 21 Apr 2012 02:24 AM PDT

Mutakhir

GEORGETOWN: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu menjalin kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu kerajaan memerangi amalan rasuah dalam masyarakat.

Pengarah SPRM negeri, Datuk Samarajoo Manikam, berkata NGO adalah entiti berpengaruh dalam mengubah persepsi orang ramai untuk mengamalkan sikap integriti pada setiap masa.

"SPRM tidak mampu membasmi rasuah tanpa kerjasama dengan pihak lain. Mereka lebih dekat dengan masyarakat kerana itu mereka adalah suara rakyat. "Justeru golongan ini boleh menjadi ejen penting sebagai pemudah cara kepada SPRM untuk menyalurkan isu mengenai rasuah kepada orang awam," katanya selepas majlis penerangan dan forum pencegahan rasuah yang dihadiri lebih 12 NGO di sini, hari ini.

Antara NGO yang hadir pada forum sehari itu ialah Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Gabungan Bela Hak Insan Pulau Pinang, Persatuan Kontraktor Pulau Pinang dan Persatuan Melayu Pulau Pinang.

Samarajoo berkata, satu modul latihan khas akan dirangka tidak lama lagi bagi membolehkan NGO menjadi ejen berkesan kepada suruhanjaya itu.

Beliau berkata, SPRM negeri akan mengadakan pertemuan dengan NGO secara berkala bagi membolehkan mesej mengenai rasuah dapat disampaikan dari masa ke semasa. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan