Khamis, 19 April 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Dijual suami dengan harga RM130

Posted:

Dijual suami dengan harga RM130

Dijual suami dengan harga RM130

Oleh RAFIDAH MOHD. NAZARI dan
SYARIFAH NORHAZIMAH SYED HASSAN
berita@kosmo.com.my

TOO (kanan) bersama Wilson Lau pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang wanita kini terpaksa hidup dalam keadaan tertekan apabila dia dihujani berpuluh-puluh panggilan telefon daripada lelaki yang tidak dikenalinya setiap hari kerana menyangka dirinya menawarkan perkhidmatan seks sejak 18 Mei tahun lalu.

Mangsa, yang hanya mahu dikenali sebagai Too, 42, mendakwa, panggilan yang diterimanya itu adalah berpunca daripada tindakan suaminya yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada kawan-kawannya dengan menyatakan dirinya menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran RM130.

"Saya ingatkan pemanggil tersebut tersalah nombor tetapi setelah beberapa kali menerima beberapa panggilan yang sama tujuannya, saya mula mengesyaki sesuatu.

"Perbuatan suaminya terbongkar apabila seorang rakannya memberitahu telah menerima SMS daripada suami saya yang menyatakan saya menyediakan perkhidmatan seks dan sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya," dakwanya pada sidang akhbar di Menara Parti Gerakan Rakyat Malaysia di sini semalam. Turut serta Pengerusi Biro Pengaduan Awam Gerakan, Wilson Lau.

Too yang hidup bersama tiga orang anaknya setelah ditinggalkan suami sejak tahun 2009 berkata, keadaan itu telah membuatkan dia hidup tertekan apabila ramai jiran turut bertanyakan mengenai perkara tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Waris P. Ramlee dibela

Posted:

Waris P. Ramlee dibela

Waris P. Ramlee dibela

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
luqman.ridhwan@kosmo.com.my


MUHD. KHAIRUN (kanan) menyatakan sesuatu kepada Surijaningsih dan dua anaknya iaitu Zaidee Nasir (kiri) dan Zakaria di Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Itu yang berlaku kepada menantu Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee, Surijaningsih Bakar, 43, apabila nasib dia sekeluarga dibela pelbagai pihak.

Pihak terbabit terdiri daripada Pergerakan Pemuda UMNO, Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Universiti Limkokwing yang bertindak membantu keluarga tersebut dengan pelbagai cara.

Ia dibuktikan apabila Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO melunaskan baki tunggakan cukai pintu kediaman warisan P. Ramlee itu yang terletak di Taman Setapak Jaya di sini sebanyak RM5,766.50.

Pengerusinya, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, pihaknya berjaya mengumpulkan dana tersebut dalam sehari iaitu sejurus berita mengenai nasib malang wanita tersebut dilaporkan media.

"Dana yang berjaya dikumpul daripada masyarakat dan biro aduan sendiri kita gunakan untuk melunaskan tunggakan tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Surijaningsih semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

42 peluang perniagaan inovatif

Posted:

42 peluang perniagaan inovatif

42 peluang perniagaan inovatif


NAJIB (kiri) memperkatakan sesuatu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohammed Yakcop (dua dari kanan) selepas Mesyuarat Keempat Majlis Tadbir Urus AIM di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 42 peluang perniagaan inovatif (IBO) yang ditawarkan secara tender terbuka kepada komuniti perniagaan dan pelabur tempatan bermula hari ini.

Beliau berkata, IBO merupakan hasil penyelidikan yang dilakukan oleh universiti dan pusat penyelidikan tempatan yang berpotensi menjana pendapatan sebanyak RM1 bilion.

Perdana Menteri berkata, iklan mengenai IBO itu akan dimuatkan dalam semua akhbar utama pelbagai bahasa hari ini.

"Ini merupakan peringkat permulaan, selepas ini Khazanah Hak Intelek Malaysia (KHIM) akan memperluaskan lagi peluang-peluang inovasi dan menjadi pusat sehenti untuk syarikat-syarikat perniagaan mencari peluang inovasi.

"Melalui cara ini syarikat-syarikat swasta kecil dan besar akan dapat peluang untuk mempelbagai perniagaan mereka," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan