Isnin, 23 April 2012

Berita Harian: Nasional

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Nasional


10 syarikat di bawah PNB, Khazanah dilupus

Posted: 23 Apr 2012 02:09 PM PDT

Nasional

 NAJIB   mempengerusikan   mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. Turut kelihatan Timbalannya,  Tan Sri  Muhyiddin Yassin.

NAJIB mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. Turut kelihatan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Peluang firma Bumiputera berpotensi ambil alih: PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata 10 syarikat masing-masing lima di bawah Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah Nasional Bhd akan dilupuskan untuk diserah milik kepada syarikat Bumiputera lain menerusi tender terbuka.

Perdana Menteri berkata, PNB dan Khazanah melupuskan perniagaan bukan teras untuk memberi peluang kepada syarikat Bumiputera yang berpotensi dan terbukti mempunyai kemampuan untuk mengambil alih dan memajukannya lagi.

"Syarikat berkenaan akan diumumkan tidak lama lagi memandangkan ia perlu menerusi proses mendapatkan keputusan daripada Lembaga Pengarah," katanya selepas mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera yang dipengerusikannya selama kira-kira dua jam di sini, semalam. Pada mesyuarat itu, Perdana Menteri berkata, keputusan turut dicapai untuk menambah 50 lagi syarikat teras Bumiputera yang menjadikan keseluruhan 130 syarikat Bumiputera berprestasi tinggi.

"Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa beberapa syarikat yang tersenarai berjaya menjadi sebagai syarikat utama dalam bidang masing-masing," katanya.

Sebagai contoh, syarikat AZRB yang memperoleh kontrak besar daripada program MRT, selanjutnya menawarkan kontrak pembekalan bernilai RM500 juta dalam jangka masa dua tahun kepada syarikat-syarikat Bumiputera. – BERNAMA

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Yuran SRA, KAFA dimansuh

Posted: 23 Apr 2012 02:06 PM PDT

Nasional

KUALA LUMPUR: Seramai 45,000 pelajar sekolah Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang diselia Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kini menikmati pendidikan percuma berikutan keputusan JAWI memansuhkan yuran bulanan RM10 kepada muridnya.

Pengumuman oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam itu sebagai langkah meringankan beban ibu bapa, sekali gus membuka peluang lebih luas kepada pelajar mendapatkan pendidikan agama.

Beliau berkata, pendidikan percuma itu membabitkan kos RM5.3 juta hasil kutipan zakat dan ditanggung sepenuhnya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama JAWI. "Ia sudah dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu, cuma pelaksanaannya baru saja diumumkan. Justeru, bagi pelajar yang sudah menjelaskan yuran, wang berkenaan akan dikembalikan.

"Dengan peruntukan besar ini, kita akan lebih berupaya memperbaiki kecemerlangan di kalangan pelajar dan kualiti pendidikan, seterusnya menjayakan misi kerajaan ke arah menjana modal insan yang berkualiti dengan minda kelas pertama," katanya selepas merasmikan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik JAWI 2012, di sini semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim; Ketua Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha dan Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali.

Jamil berkata, pemansuhan yuran membabitkan 66 KAFA dan 84 SRA selaras permintaan tinggi permohonan untuk memasuki sekolah agama termasuk di luar kawasan.
Beliau juga mengumumkan peruntukan RM39 juta bagi membina enam sekolah agama di sekitar Wilayah Persekutuan, antaranya Segambut, Kampung Batu Muda dan Setapak yang dijangka siap pada akhir 2014.

"Enam sekolah ini dibina sebagai persediaan negara menuju status negara maju yang bukan saja mempunyai kemajuan daripada sudut pembangunan semata-mata, malah turut cemerlang dalam aspek agama dan kerohanian.

"Melalui cara inilah kita memulangkan semula wang kutipan zakat setiap tahun kepada golongan asnaf dan fakir miskin," katanya.

0 ulasan:

Catat Komen