Rabu, 18 April 2012

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


NGO minta KDN bertindak tegas

Posted:

NGO minta KDN bertindak tegas

NGO minta KDN bertindak tegas


SEBAHAGIAN wakil NGO yang membuat laporan polis mengenai penghinaan terhadap raja-raja Melayu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/SAFRIZAL AZMI


KUALA LUMPUR 17 April - Empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya bersikap tegas terhadap ahli politik yang menghina raja-raja Melayu dalam Majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV baru-baru ini.

Mereka juga menuntut KDN tidak mengambil pendekatan 'menutup mulut' dalam hal tersebut kerana ia adalah penghinaan kepada ketua negara dan agama.

NGO tersebut yang turut membuat laporan polis berhubung penghinaan itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi adalah Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Gabungan NGO Malaysia (GNM) dan Majlis Jemaah Muhibbah.

Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, pihak berkuasa termasuk KDN sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap ahli politik yang tidak bermoral itu.

"Kejadian seperti itu tidak boleh dibiar dan dipandang ringan kerana ahli politik terbabit telah menghina Rukun Negara.

"Selain itu JMM juga memberi amaran kepada dua ahli politik yang telah dikenal pasti supaya tampil memberi penjelasan dan tidak cuba mempersenda perkara berkaitan Rukun Negara," katanya di sini hari ini.

Setiausaha GNM, Mohd. Jurit Ramli pula memberitahu, KDN tidak sepatutnya berdiam diri dalam isu tersebut dengan membiarkan hanya media mempertahankan institusi diraja.

"Kita tidak mahu hanya media yang sibuk melaporkan isu tersebut tetapi pihak yang bertanggungjawab iaitu KDN hanya berdiam diri.

"KDN perlu mengambil tindakan tegas supaya ia dapat memberi pengajaran kepada pihak lain agar mereka tidak lagi mempersenda perkara yang melibatkan sensitiviti bangsa Melayu," ujarnya.

Presiden PVTM, Mohd. Ali Baharom mendesak supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyelesaikan isu berkenaan.

"Suruhanjaya itu penting kerana penghinaan tersebut dibuat terhadap raja-raja Melayu, melalui siasatan berkenaan ia dapat mengesan individu yang tidak bertanggungjawab itu.

"Jika benar, lebih baik ahli politik itu dilucutkan kerakyatan kerana mereka tidak layak menjadi rakyat Malaysia apabila gagal menghormati Rukun Negara," tegas beliau.

Perkasa rancang adakan perhimpunan

Posted:

Perkasa rancang adakan perhimpunan

Perkasa rancang adakan perhimpunan

KUALA LUMPUR 17 April - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mengemukakan permohonan untuk mengadakan perhimpunan aman yang dipanggil 'Perhimpunan Raja Berdaulat, Kasih Dijunjung' di ibu negara pada 29 April ini sebagai usaha mempertahankan institusi diraja.

Dalam permohonan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Perkasa memohon dua lokasi untuk mengadakan perhimpunan iaitu di Padang Merbuk dan Dataran Merdeka.

Timbalan Presidennya, Datuk Abd. Rahman Abu Bakar berkata, perhimpunan itu yang dirancang pada pukul 9.30 pagi akan diketuai Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Menurutnya, selain mempertahankan institusi diraja yang diperlekehkan oleh ahli politik pembangkang, ia juga bertujuan meraikan pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong XIV.

"Sehubungan itu, Perkasa menjemput semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama untuk bersama dalam perhimpunan ini bagi mempertahankan institusi diraja seperti yang termaktub dalam Rukun Negara.

"Kami turut menjemput pemimpin dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jalur Tiga (Jati) yang mempunyai dasar perjuangan dalam mempertahankan Agama Islam, Bangsa Melayu dan raja-raja Melayu," katanya kepada pemberita di pekarangan Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini.

Beliau menegaskan, Perkasa akan menghimpun seramai mungkin ahli NGO dalam perhimpunan berkenaan.

"Perkasa juga berharap polis dapat memberi permit untuk berhimpun di salah satu lokasi yang dimohon.

"Perkasa juga tidak akan menolak jika polis mencadangkan tempat lain asalkan ia masih berada di pusat bandar Kuala Lumpur," ujarnya.

Katanya, dalam perhimpunan tersebut, Perkasa juga tidak akan menganggu perhimpunan lain yang mungkin diadakan oleh NGO lain di ibu negara.

Pesilat Gayong minta pemimpin pembangkang jangan biadab

Posted:

Pesilat Gayong minta pemimpin pembangkang jangan biadab

Pesilat Gayong minta pemimpin pembangkang jangan biadab

MELAKA 17 April – Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) memberi amaran kepada pemimpin pembangkang yang mempersenda dan mengejek raja-raja Melayu agar tidak sesekali mencabar kesabaran mereka dengan tindakan yang disifatkan sebagai biadab dan menderhaka itu.

Timbalan Presiden PSSGM, Datuk Ismail Jantan berkata, perbuatan yang didakwa dilakukan ketika istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah tersebut telah mencambahkan perasaan marah dan 'sakit hati' dalam kalangan ahli silat Gayong.

"Kami minta pemimpin pembangkang jangan bersikap kurang ajar, biadab dan derhaka kepada raja-raja Melayu dan jangan sesekali cuba mencabar kami.

"Saya juga ingin mengingatkan kepada mereka bahawa tidak ada perkataan sabar untuk meredakan kemarahan kami dan jangan sampai hati ahli silat Gayong terusik, nahas," katanya.

Beliau yang juga Yang Dipertua PSSGM Melaka berkata demikian pada majlis Penutup Perkhemahan Perdana Interaksi dan Motivasi Pesilat Muda di Masjid Tanah, di sini semalam.

Hadir merasmikan majlis penutupan itu ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Seramai 250 peserta dari Negeri Sembilan dan Johor menyertai perkhemahan yang berlangsung selama empat hari bermula 13 April lalu.

Sementara itu, seorang peserta, Mohd. Farhan Abd. Latif, 22, berkata, dia turut kecewa dengan sikap beberapa pemimpin pembangkang yang antaranya beragama Islam sanggup memperlekehkan raja-raja Melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan