Jumaat, 27 April 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Libas anu penyamun

Posted: 26 Apr 2012 01:52 PM PDT

KUALA LUMPUR: Senjata makan tuan. Itu gambaran balasan segera diterima seorang lelaki apabila parang digunakannya ketika cuba menyamun dan merogol seorang wanita dirampas mangsa lalu dilibas mengenai kemaluan penjenayah terbabit.

Berikutan kejadian itu yang berlaku di kawasan rumah kedai di Jalan Pandan Indah, di sini, jam 4 petang kelmarin, suspek terbabit yang berusia 20-an mengalami kecederaan serius pada alat kelaminnya.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 20 tahun dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit berhampiran rumahnya.

Menurutnya, mangsa dihampiri suspek yang mengacukan parang ke lehernya sebelum mangsa diheret ke kawasan gelap berdekatan sebuah stor di tingkat dua bangunan rumah kedai itu.


"Suspek menolak mangsa hingga jatuh dan meminta mangsa menyerahkan wang serta barangan berharga. Apabila mangsa enggan mengikut arahannya, suspek menyeluk kocek mangsa dan merampas wang RM100 serta satu telefon bimbit," katanya, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Dua penjenayah mati ditembak

Posted: 26 Apr 2012 01:41 PM PDT

AMPANG: Dua lelaki yang disyaki dalam perjalanan ke lokasi tertentu untuk melakukan jenayah ditembak mati sepasukan polis di Jalan Ampang di sini, lewat malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, dua penjenayah berusia 24 dan 26 tahun menaiki sebuah kereta itu dikatakan melepaskan tembakan ke arah anggota polis selepas mereka diekori pasukan peronda (MPV).

Terdahulu, penjenayah rakyat tempatan yang menaiki kereta Honda Civic itu dikesan berada dalam keadaan mencurigakan di Jalan Desa sebelum pasukan polis bertindak mengarahkan kenderaan suspek berhenti di Jalan Ampang berdekatan Stesen LRT Ampang untuk pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata sejurus diarah berhenti, seorang daripada suspek tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan ke arah MPV menyebabkan anggota polis terbabit terpaksa membalas tembakan.


"Dalam kejadian tembak menembak itu, kedua-dua suspek terkena tembakan dan mati di tempat duduk akibat masing-masing manakala anggota polis tidak mengalami kecederaan," katanya.


Menurutnya, siasatan awal mendapati seorang daripada lelaki itu mempunyai rekod jenayah namun polis masih menyiasat lokasi kegiatan jenayah yang dituju mereka.

"Suspek warga tempatan itu mati di tempat kejadian dan pemeriksaan kami menemui senjata api yang dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah mereka," katanya ketika ditemui di tempat kejadian awal pagi tadi.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjatapi 1971 (Penalti Lebih Berat) yang membawa hukuman mati.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan