Isnin, 30 April 2012

Berita Harian: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Mutakhir


APEC buka jalan ke arah merealisasikan FTA Asia Pasifik

Posted: 30 Apr 2012 03:27 AM PDT

Mutakhir

SINGAPURA: APEC telah mengambil langkah yang padu ke arah merealisasikan Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik (FTAAP), dengan membuat sumbangan yang penting dan bermakna sebagai inkubator untuk kepimpinan dan idea, kata Pengarah Eksekutif Sekretariat APEC, Duta Datuk Muhammad Noor Yacob.

Beliau berkata APEC atau perkumpulan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik sedang memperhalusi, membentuk dan menangani isu-isu pelaburan dan perdagangan

"generasi akan datang" seperti penyertaan PKS, penambahbaikan rantaian bekalan dan inovasi yang mana seharusnya ada dalam FTAAP. "Ekonomi APEC memberi penekanan kepada kepentingan strategik integrasi dan
kerjasama ekonomi serantau sebagai jalan untuk mencapai pertumbuhan mampan dan
pembangunan sama rata di rantau ini.

"Ia bergantung dalam agenda asal APEC untuk menyokong sistem perdagangan
pelbagai hala," katanya berucap kepada ahli-ahli komuniti perniagaan, sektor awam dan ahli akademik di Singapura pada persidangan yang dianjurkan oleh Majlis Kerjasama Ekonomi Pasifik (PECC) di sini.
Peserta telah berkumpul untuk membincangkan cara menangani cabaran
yang baru muncul di rantau ini.

Walaupun tanpa perjanjian rasmi, Muhammad Noor berkata satu kajian yang
dikendalikan oleh Unit Sokongan Dasar Apec, mendapati yang ekonomi APEC
kemungkinan lebih menjurus kepada eksport dan import di kalangan ahli berbanding
bukan ahli.

"Telahpun didapati impak keahlian APEC di kalangan ahli menyamai perjanjian perdagangan bebas walaupun mereka tidak terikat oleh peraturan rasmi atau triti perdagangan," katanya.

Mohammad Noor, rakyat Malaysia, mendedahkan yang APEC dijangka mengatasi
pertumbuhan global dalam tempoh dua tahun ini.

Menurut Tinjauan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) baru-baru ini yang dikeluarkan minggu lalu, ekonomi global diunjur berkembang 3.5 peratus pada 2012 dan 4.1 peratus pada 2013.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebenar di rantau APEC disasarkan meningkat 4.3 peratus pada 2012 dan 4.7 peratus pada 2013 – lebih tinggi berbanding yang diunjurkan untuk pertumbuhan dunia.

Pertumbuhan ekonomi di APEC diunjurkan meningkat dengan lebih pantas tahun ini berbanding tahun sebelumnya, sebahagiannya mencerminkan proses pemulihan daripada bencana alam yang melanda rantau ini pada 2011. - BERNAMA

TNB belanja RM9.7 bilion tambah kapasiti penjanaan

Posted: 30 Apr 2012 03:22 AM PDT

Mutakhir

HULU TERENGGANU: Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan membelanjakan kira-kira RM9.7 bilion bagi menambah kapasiti penjanaan elektrik di negara ini bagi tempoh lima tahun akan datang.

Presiden dan juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh, berkata antara pelaburan besar sehingga 2017 ialah bagi

membina beberapa stesen janakuasa elektrik yang dikenalpasti lokasinya. Beliau berkata antara stesen yang sedang dalam pembinaan ialah Stesen Jana Kuasa Elektrik Sultan Azlan Shah Manjung, Perak, melibatkan peruntukan RM6
bilion, janakuasa hidro elektrik di Hulu Terengganu (RM1.6 bilion) dan Hulu
Jelai di Pahang (RM2.1 bilion).

Satu lagi projek janakuasa elektrik arang batu yang dirancang oleh
penjana tenaga bebas untuk disiapkan pada 2016 iaitu di Tanjung Bin di Johor melibatkan peruntukan RM6 bilion.
"Ini bermakna bagi tempoh lima tahun akan datang, jumlah projek baru yang akan memberi penambahan janakuasa kepada TNB iaitu sebanyak 2,000 megawatt
dengan menggunakan arang batu manakala 630 megawatt menggunakan hidro yang
jumlah keseluruhan berjumlah 2,630 megawatt.

"Purata TNB membelanjakan hampir RM2 bilion setahun untuk penjanaan
elektrik negara dan ia tidak termasuk projek lain seperti penghantaran dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Pelencongan Air Sungai Terengganu untuk projek Hidroelektrik Hulu Terengganu di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Operasi TNB, Datuk Dr Azman
Mohd, Naib Presiden (Penjanaan) TNB, Datuk Ir Mohd Nazri Shahruddin dan Pengurus
Besar TNB Negeri Terengganu, Ir Md Yuslan Md Yusof.

Che Khalib berkata kapasiti semasa tenaga elektrik TNB ialah 20,000 megawatt
iaitu 12,000 megawatt melalui gas, 7,000 megawatt dari arang batu dan 1,500
megawatt melalui hidro.

Mengenai projek hidro Hulu Terengganu itu, Che Khalid berkata, projek yang mampu menjana sehingga 250 megawatt melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM1.6 bilion dan dijangka siap menjelang akhir 2015.

Katanya, dengan projek hidro kedua di Hulu Terengganu itu, ia sedikit
sebanyak dapat membantu mengawal air daripada berlakunya banjir sebagaimana
kegunaan projek Hidro Elektrik Sultan Mahmud, Kenyir.

Che Khalid berkata, pembinaan empangan baru ini dilaksanakan dengan sebaik mungkin di mana TNB berusaha mengelak daripada sebarang pembersihan atau
penebangan kawasan hutan yang tidak perlu.

"Kita mahu mengelak penebangan hutan seminimum yang mungkin. Kita mahu
mengekalkan kehijauan kawasan hidro berkenaan supaya alam sekitar masih kekal
seperti sedia ada," katanya. - BERNAMA

0 ulasan:

Catat Komen