Khamis, 19 April 2012

Berita Harian: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Mutakhir


Kanak-kanak pengsan 12 jam dipanah petir di Pasir Mas

Posted: 19 Apr 2012 02:40 AM PDT

Mutakhir

PASIR MAS: Seorang kanak-kanak lelaki pengsan selama 12 jam selepas terkena panahan petir ketika hujan lebat di Kampung Kolam, Tok Uban, di sini, semalam.

Mohd Khairul Mohd Rosdi, 9, turut cedera di belakang telinga kiri dan dirawat di Hospital Lati, Pasir Mas.

Kejadian pada jam 3.30 petang itu turut menyebabkan nenek, kakak dan seorang adiknya, yang ketika itu berehat di beranda rumah mereka terpelanting apabila panahan petir itu mengenai sebantang tiang berhampiran tempat mereka duduk. Nenek kanak-kanak itu, Lijah Samad, 63, berkata panahan petir itu turut menyebabkan dia cedera di bahagian belakang badan dan barangan elektrik di dalam rumah mereka rosak.

"Kejadian itu menyebabkan saya dan cucu saya iaitu Nur Zainawati Mohd Rosdi, 11, Mohd Khairul dan Suzilawani, 7, terpelanting.

"Selepas keadaan reda baru saya menyedari kehilangan Mohd Khairul yang tercampak ke tanah. Saya menemuinya terbaring di atas tanah dengan kepalanya berada di dalam sebuah baldi," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, hari ini.

Lijah berkata, beliau meminta bantuan jirannya untuk menghantar Mohd Khairul yang pengsan ke Klinik Tok Uban sebelum dihantar ke Hospital Lati, Pasir Mas.
Mohd Khairul sedar dari pengsan kira-kira jam 3 pagi ini, kata Lijah. - BERNAMA

Kumpulan 30 individu serang mahasiswa

Posted: 19 Apr 2012 02:13 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Sekumpulan 30 individu tidak dikenali bertindak menyerang kumpulan mahasiswa yang berkhemah sempena Perhimpunan Menyokong Pemansuhan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN) di Dataran Merdeka kira-kira jam 2.45 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, sembilan mangsa cedera termasuk dua detektif polis berpakaian awam yang cuba mengawal keadaan.

Seorang suspek berusia 28 tahun turut ditahan di tempat kejadian bagi membantu siasatan. Polis sedang mengenal pasti motif sebenar serangan, termasuk kemungkinan wujud unsur politik di sebalik kejadian itu.

0 ulasan:

Catat Komen