Khamis, 19 April 2012

Berita Harian: Nasional

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Nasional


Diskaun caj hospital

Posted: 19 Apr 2012 03:08 PM PDT

Nasional

NAJIB melihat Rosmah memangku  bayi pasangan Norlaily Osman dan Mohd Khairul Niza Ishak (kanan) selepas merasmikan Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1Malaysia, di Putrajaya, semalam.  Turut kelihatan  Jamil Khir.

NAJIB melihat Rosmah memangku bayi pasangan Norlaily Osman dan Mohd Khairul Niza Ishak (kanan) selepas merasmikan Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1Malaysia, di Putrajaya, semalam. Turut kelihatan Jamil Khir.

50 lagi Klinik 1Malaysia bakal dibina tahun ini

PUTRAJAYA: Berkuat kuasa 1 Mei ini, warga tua berusia 60 tahun ke atas diberikan diskaun 50 peratus bagi caj pesakit kelas tiga hospital kerajaan dengan caj maksimum sebanyak RM250 saja bagi setiap kemasukan.

Selain itu, mereka dikecualikan daripada caj RM5 pendaftaran rawatan pakar di Jabatan Pesakit Luar Pakar semua hospital dan klinik kerajaan.

Ia mampu memberikan keselesaan dan persekitaran kondusif kepada ibu berisiko rendah untuk bersalin kerana suami dibenarkan menemani pasangan masing-masing, selaras dengan polisi Hospital Putrajaya yang mengamalkan konsep hospital mesra suami. - Datuk Seri Najib Razak

Berita gembira itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam sebagai tambahan pemansuhan caj pendaftaran pesakit luar RM1 kepada golongan berkenaan di semua hospital, klinik kesihatan dan Klinik 1Malaysia yang diumumkannya tahun lalu.

"Pengecualian tambahan itu menunjukkan keprihatinan dan komitmen berterusan kerajaan menjaga kebajikan warga emas," katanya ketika merasmikan Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1Malaysia, di sini.

Hadir sama Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Mengenai pusat bersalin yang mula beroperasi pada 30 Januari lalu, Najib berkata, ia menawarkan perkhidmatan kelas satu dengan kadar bayaran serendah RM3.
"Kadar bayaran yang dikenakan amat minimum termasuk rawatan doktor, sewa bilik, ubat dan makanan. Ini adalah kadar yang terbaik di dunia kerana kemudahannya sangat bermutu tinggi dengan bilik yang bersih dan selesa tetapi bayaran sangat rendah.

"Ia juga mampu memberikan keselesaan dan persekitaran kondusif kepada ibu berisiko rendah untuk bersalin kerana suami dibenarkan menemani pasangan masing-masing, selaras dengan polisi Hospital Putrajaya yang mengamalkan konsep hospital mesra suami," katanya.

Ibu berisiko rendah bersalin merujuk kepada mereka yang tidak ada komplikasi kandungan, penyakit seperti darah tinggi, kencing manis atau asma selain mengandung anak kedua ke atas.

Najib berkata, pusat berharga RM12 juta itu dilengkapi pelbagai kemudahan seperti dewan bersalin berhawa dingin, pusat saringan pesakit, bilik untuk pesakit antenatal dan postnatal serta 24 katil untuk 'rooming in' bagi pesakit pediatrik bersama penjaga mereka.

"Penubuhan pusat ini satu lagi usaha kerajaan menyediakan infrastruktur selesa kepada rakyat. Ia bukti kerajaan sentiasa peka dan prihatin mendengar denyut nadi rakyat Malaysia," katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib mengumumkan kerajaan akan mewujudkan 50 lagi Klinik 1Malaysia tahun ini sebagai tambahan kepada 100 yang sudah beroperasi.

INFO: Kemudahan rawatan untuk warga tua

  • 50 peratus diskaun bagi caj pesakit kelas tiga
  • Caj maksimum RM250 bagi setiap kemasukan
  • Pemansuhan caj RM5 pendaftaran rawatan pakar Jabatan Pesakit Luar Pakar hospital dan klinik kerajaan.
  • NGO akur tak anjur perhimpunan LGBT

    Posted: 19 Apr 2012 02:59 PM PDT

    Nasional

     AZWANDDIN  (tengah) bersama ahli NGO yang terbabit dalam Perhimpunan Anti LGBT mengadakan sidang media, semalam.

    AZWANDDIN (tengah) bersama ahli NGO yang terbabit dalam Perhimpunan Anti LGBT mengadakan sidang media, semalam.

    KUALA LUMPUR : Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akur dengan alasan penolakan untuk menganjurkan Perhimpunan Rakyat Membantah Seks Bebas & Golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di Dataran Merdeka petang esok.

    Presiden JMM, Azwanddin Hamzah, semalam berkata sebagai gabungan NGO yang bertanggungjawab, pihaknya akur dengan dengan alasan yang diberikan kerana ia membabitkan kepentingan awam.

    Penolakan dibuat atas dasar keprihatinan DBKL yang sebelum ini menerima memorandum pelbagai pihak, termasuk persatuan teksi, peniaga serta agensi pelancongan yang mahu DBKL tidak membenarkan sebarang kumpulan mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka. Beliau yang sebelum itu mengadakan perbincangan tertutup dengan Datuk Bandar, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, berkata pihaknya tetap akan mengadakan perhimpunan dan akan berbincang dengan NGO lain untuk memutuskan lokasi baru yang tidak menjejaskan kepentingan awam.

    Bagaimanapun, beliau mahu tindakan sama dikenakan oleh DBKL dan polis terhadap penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 yang dijadualkan 28 April ini.

    Beliau juga menggesa DBKL mengambil tindakan serta-merta menutup dan merampas barangan peserta demonstrasi membantah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang kini sudah masuk hari ke tujuh di Dataran Merdeka.

    "Kita mahu Datuk Bandar bertanggungjawab dengan melakukan perkara sama terhadap BERSIH 3.0 dan kumpulan mahasiswa yang membantah PTPTN. Kita gesa DBKL tutup dan rampas barangan mereka dalam tempoh 48 jam," katanya.

    0 ulasan:

    Catat Komen