Ahad, 29 April 2012

Harian Metro: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Mutakhir


Tersepit pembajak

Posted: 28 Apr 2012 08:43 AM PDT

ALOR SETAR: Seorang lelaki terbunuh apabila tersepit antara jentera pembajak kecil dengan lantai kayu rumah selepas mesin itu terjungkit secara tiba-tiba ketika cuba dikeluarkan dari ruang bawah rumah neneknya, kelmarin.

Difahamkan, kejadian berlaku jam 4.20 petang di Simpang Empat Kangkung, di sini, ketika Mohd Hishammudin Yusoff, 22, mahu mengeluarkan mesin itu bagi menggantikan minyak hitam untuk kerja-kerja membajak sawah.


Bapa mangsa, Yusoff Ayob, 59, berkata, dia yang berada berhampiran terkejut apabila mendapati jentera itu terjungkit menyebabkan mangsa yang berada di tempat duduk terangkat lalu tersepit antara lantai kayu dan jentera itu.

Menurutnya, dia mendapati dada anaknya dihimpit besi jentera dan belakangnya tersepit pada kayu lantai lalu cuba menurunkan jentera itu, tetapi gagal kerana berat.


"Saya bergegas meminta bantuan jiran dan jentera hanya berjaya diturunkan tidak lama kemudian dan arwah tidak sedarkan diri.


"Arwah sebenarnya mahu keluar berniaga di pasar malam berhampiran, tetapi dia tetap mahu membantu mengeluarkan jentera pembajak berkenaan kerana ingin membantu saya," katanya.


Lagi tulang, gigi Nor Ain

Posted: 28 Apr 2012 08:42 AM PDT

GUA MUSANG: Sekumpulan penduduk Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh, gempar apabila menemui lebihan tulang dan gigi, semalam, dipercayai milik Nor Ain Shafnie Mohd Azizi, 16, yang tengkorak dan tulangnya ditemui selepas menjadi mangsa bunuh dan bakar di ladang sawit berhampiran rumahnya di RKT berkenaan, Isnin lalu.

Penduduk, Mohd Joni Ishak, 37, berkata dia bersama beberapa penduduk pergi semula ke lokasi penemuan tengkorak dan tulang remaja itu pada jam 1 tengah hari dan menemui serpihan tulang dan gigi di bawah timbunan daun kering.


Katanya, pada mulanya mereka sangsi tetapi selepas diteliti, ternyata ia serpihan tulang dan gigi manusia.

"Pada mulanya ada yang menganggap ia tulang dan gigi haiwan liar tapi tidak logik kerana ia ditemui di tempat tengkorak dan tulang mangsa bunuh dan bakar yang ditemui Isnin lalu. Mungkin pihak berkuasa tidak dapat mengesannya dan tertinggal lebihan tulang dan gigi remaja berkenaan.


"Sedih melihat serpihan tulang dan gigi itu dan kami menyerahkan kepada keluarga Nor Ain," katanya.


Sementara itu, rakannya, Ibrahim Daud, 37, mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan zalim yang dilakukan kerana sanggup membunuh dan membakar mangsa.

"Saya yang sudah lama tinggal di RKT ini dan belum pernah lagi ada kejadian bunuh dan bakar membabitkan anak peneroka.


"Sesiapa yang melakukan pembunuhan itu bukan lagi manusia dan boleh diibaratkan sama seperti binatang," katanya.

Seorang lagi penduduk, Ahtta Ahmad, 58, berkata dia bersimpati dengan nasib remaja berkenaan yang menjadi mangsa tindakan ganas penjenayah.


"Apabila berlaku kejadian seperti itu, penduduk memang bimbang, apatah lagi semakin ramai penagih dadah muncul di kawasan ini," katanya.


Semalam, Harian Metro melaporkan, polis menahan seorang lagi suspek berusia 42 tahun bagi membantu siasatan kes Nor Ain.


Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah dipetik berkata, lelaki itu ditahan di RKT Kesedar Sungai Asap A, dekat sini, jam 11.45 malam Khamis lalu.


0 ulasan:

Catat Komen