Khamis, 19 April 2012

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Indeks jenayah turun 20.2%

Posted:

Indeks jenayah turun 20.2%

Indeks jenayah turun 20.2%

Oleh ANI AWANG
utusanpenang@utusan.com.my


SYED Ismail Syed Azizan (tengah) bersalaman dengan seorang penduduk pada Program Komuniti Kepolisan di Pasar Awam Tambun Indah, Simpang Ampat, Pulau Pinang, semalam.


NIBONG TEBAL 18 April - Indeks jenayah di negeri ini mencatat penurunan 20.2 peratus tahun lalu berbanding 27 peratus pada 2010.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, indeks jenayah turut mencatat penurunan 25.4 peratus.

Beliau berkata, secara keseluruhan, indeks jenayah jalanan telah menurun sebanyak 73.1 peratus sejak 2009 sehingga Mac 2012.

"Jika diperincikan secara perbandingan, indeks jenayah jalanan bagi 2010 telah menurun sebanyak 24.8 peratus berbanding 2009 manakala indeks sama juga mencatatkan penurunan 46 peratus bagi 2011 berbanding 2010," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Komuniti Kepolisan di Pasar Awam Tasek Mutiara dan Pasar Awam Tambun Indah, di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob dan pegawai-pegawai kanan polis negeri.

Syed Ismail berkata, penurunan indeks jenayah itu kerana hasil kerjasama polis dengan pasukan Skim Rondaan sukarela (SRS) di negeri ini.

Katanya, selain itu, hasil inisiatif polis negeri yang sentiasa mengadakan pelbagai program bertemu masyarakat di peringkat bawahan.

"Melalui siri kempen cegah jenayah di seluruh negeri selain kerjasama baik dengan hampir 20,000 anggota SRS, ia telah menyumbang kepada penurunan kadar jenayah di negeri ini," katanya.

Tidak rela DUN Pulau Betong 'diceroboh'

Posted:

Tidak rela DUN Pulau Betong 'diceroboh'

Tidak rela DUN Pulau Betong 'diceroboh'

Oleh LEE HOOI BOON
utusanpenang@utusan.com.my


Muhammad Farid Saad (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan komputer riba kepada wakil sekolah dalam kawasan Pulau Betong di Pusat Khidmat ADUN Pulau Betong, Balik Pulau, Pulau Pinang, baru-baru ini.


BALIK PULAU 18 April - "Saya lebih suka menjadi seorang pemimpin yang bekerja bersama-sama rakyat demi kebaikan mereka dan bukan seorang ahli politik yang hanya pandai bercakap atau merepek."

Itu ayat pertama yang keluar dari mulut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurutnya, beliau sedaya upaya mahu membantu meningkatkan kualiti kehidupan penduduk di kawasannya.

Meskipun tugas sedemikian bukan senang dan amat mencabar, beliau sedia berdepan dengan apa juga rintangan yang datang di depan mata.

Apa yang penting, katanya, penduduk khususnya golongan berpendapatan rendah berupaya melepaskan diri daripada kemiskinan seterusnya menjalani kehidupan lebih selesa.

"Saya faham tugas ini amat mencabar dalam usaha membasmi kemiskinan sejak saya menjadi wakil rakyat pada 2004.

"Tiada apa yang mustahil jika kita sanggup berusaha, ditambah pula mendapat sokongan padu penduduk di sini," katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat ADUN Pulau Betong, di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Muhammad Farid berkata, pembangunan di sekitar Balik Pulau khususnya di DUN Pulau Betong berada pada tahap terbaik apabila Barisan Nasional (BN) tidak pernah meminggirkan kawasan tersebut meskipun negeri ini ditadbir pembangkang.

Katanya, pelbagai kemudahan disediakan Kerajaan Pusat kini dinikmati penduduknya tanpa mengira ideologi politik mereka.

Bagaimanapun, beliau khuatir dengan tindakan pemaju swasta yang mendirikan kediaman mewah di celah rumah kampung apatah lagi harga yang ditawarkan cukup membuktikan bahawa kediaman tersebut dibina bukan untuk penduduk kampung.

"Pastinya ia bukan dibina untuk penduduk di sini. Saya berpendapat, menjaga dan meningkatkan kebajikan penduduk adalah paling penting dan ia perlu diurus dengan baik terlebih dahulu.

"Saya tidak mahu pembangunan pesat sedemikian berlaku di sini kerana ia akan memusnahkan corak kehidupan masyarakat dan alam sekitar," katanya.

Lantaran itu, Muhammad Farid menegaskan, beliau terus mempertahankan tanah dan alam sekitar di kawasannya.

Ia kerana, jelas beliau, nasib generasi muda di kawasan itu tidak akan terjamin jika tanah diwarisi nenek moyang mereka dijual kepada pemaju.

"Pencerobohan sebegini juga akan melebarkan lagi jurang antara golongan miskin dan kaya," katanya.

Puteh terharu rumahnya jadi penginapan Shaziman

Posted:

Puteh terharu rumahnya jadi penginapan Shaziman

Puteh terharu rumahnya jadi penginapan Shaziman


PUTEH Man bersembang dengan Mohd. Tajudin Abdullah (kiri) sambil diperhatikan Shaziman Abu Mansor di Kampung Belantek Luar, Sik, Kedah, baru-baru ini.


SIK 18 April - Seorang warga emas, Puteh Man, 75, tidak dapat meluahkan dengan kata-kata apabila Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor memilih rumahnya di Kampung Belantek Luar, dekat sini untuk menginap semasa lawatan kerja baru-baru ini.

Menurutnya, dia amat berbangga dengan sikap pemimpin itu yang merendah diri meskipun berada pada kedudukan tinggi.

"Saya tidak tahu nak cakap apa-apa, perasaan bercampur-campur kerana terlalu gembira dapat bersemuka dan rumah saya pula dipilih untuk menginap. Saya akan kenang saat ini," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Sik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Belantek, Datuk Mohd. Tajudin Abdullah.

Puteh yang kematian suaminya sejak beberapa tahun lalu berkata, dia juga berbangga kerana Menteri Kabinet itu tidak kekok untuk menjamu selera juadah yang disediakannya.

"Seronok apabila Menteri dapat duduk dan menyelami kehidupan orang kampung seperti kami," katanya.

Warga emas itu berharap Shaziman dapat meluangkan masa untuk mengunjunginya lagi pada masa akan datang.

Dalam lawatan kerjanya baru-baru ini, Shaziman bersama rombongan UMNO Bahagian Tampin memilih kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belantek untuk dijadikan program anak angkat.

Acara tersebut merupakan salah satu usaha pihaknya untuk mendekati masyarakat luar bandar di samping mengenal pasti masalah yang berbangkit untuk diatasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan