Khamis, 19 April 2012

Kosmo Online

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


8 kereta penduduk perumahan dibaling batu

Posted:

8 kereta penduduk taman perumahan dibaling batu

8 kereta penduduk taman perumahan dibaling batu

19/04/2012 10:13pm

IPOH – Cermin lapan kereta milik penduduk tiga taman perumahan di sekitar bandar raya ini pecah akibat dibaling batu oleh pihak tidak bertanggungjawab, kata polis.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata, mereka yang terlibat dalam kejadian antara pukul 8 hingga 10 malam tadi terdiri daripada penduduk di Taman Pinji Mewah, Taman Pengkalan Jaya dan Taman Desa Pakatan.

Polis telah menerima laporan daripada pemilik kereta terbabit, katanya ketika dihubungi hari ini.

Azisman meminta kerjasama orang ramai dan penduduk taman berkenaan yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil ke balai polis berhampiran bagai membantu siasatan. – BERNAMA

Rumah Allahyarham P Ramlee pusaka negara?

Posted:

Rumah Allahyarham P Ramlee pusaka negara?

Rumah Allahyarham P Ramlee pusaka negara?

19/04/2012 10:11pm

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini menggesa kerajaan supaya menimbang untuk menjadikan rumah peninggalan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee di Setapak di sini, sebagai warisan negara.

Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz, yang mewakili Ahli-Ahli Parlimen tersebut, berkata, ia adalah wajar memandangkan sumbangan seniman ulung tersebut terhadap perkembangan seni negara amat besar dan tidak harus dilupakan.

Katanya, tindakan itu juga bagi meringankan beban hidup menantu P. Ramlee, Suria Bakar dan dua anaknya yang kini hidup dalam serba kekurangan.

"Kita juga merayu kerajaan membuat satu yayasan untuk bantu membiayai rumah dan keluarga Allahyarham," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen.

Antara yang hadir pada sidang media itu ialah Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud), Datuk Ismail Kasim (BN-Arau) dan P. Kamalanathan (BN-Hulu Selangor).

Mohamad berkata, Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBCC) dan Kumpulan Ali Parlimen UMNO (UMPG) telah berjaya mengumpul RM9,565 untuk disumbangkan kepada keluarga Allahyarham. – BERNAMA

BiotechCorp dan USIM perkasakan industri halal

Posted:

BiotechCorp dan USIM perkasakan industri halal

BiotechCorp dan USIM perkasakan industri halal

19/04/2012 10:08pm

KUALA LUMPUR – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Malaysian Biotechnology Corporation Sdn Bhd (BiotechCorp), melancarkan makmal analisis halal di Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal (IHRAM) USIM, Nilai.

Menurut kenyataan USIM dan BiotechCorp, pelancaran tersebut yang dilakukan sempena perasmian rangkaian Program BioNexus (BNP) ketiga, bertujuan memperkasakan industri halal menerusi Bioteknologi.

IHRAM dipilih sebagai lokasi makmal halal memandangkan ia merupakan Pusat Kecemerlangan USIM yang berperanan meningkatkan dan menjamin kualiti penjanaan ilmu dan perkhidmatan ke arah menjadikan IHRAM sebagai pusat ilmu terpilih.

Konsep Halal yang diaplikasikan di Unit Latihan dan Perkhidmatan Halal, akan meningkatkan nilai produk, inovasi, dan perkhidmatan dan mengembangkan pasaran produk-produk bioteknologi halal ke peringkat nasional dan antarabangsa, katanya.

Selain menawarkan analisis produk halal, unit ini juga menekankan aspek kesedaran terhadap konsep halal melalui latihan halal umum dan latihan praktikal mengenai makanan, kosmetik, farmaseutikal dan produk-produk lain gunaan Muslim, kepada pihak industri.

Menurut kenyataan itu, program BNP pula merupakan inisiatif BiotechCorp yang bertujuan menyokong industri bioteknologi dan sains hayat di Malaysia melalui kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan penyelidikan terkini. – BERNAMA

0 ulasan:

Catat Komen