Sabtu, 21 April 2012

Harian Metro: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Mutakhir


MMA kecam doktor jual sijil cuti sakit

Posted: 20 Apr 2012 12:32 PM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mengecam tindakan segelintir doktor yang mengaut keuntungan mudah dengan hanya menjual sijil cuti sakit (MC) kepada pelanggan mereka.

Presidennya, Dr Mary Suma Cardosa berkata, biarpun MMA tidak pernah menerima sebarang aduan rasmi berhubung isu berkenaan, namun pihaknya tetap memantau sebarang laporan berkaitan.


"Setakat ini, kita tidak menerima aduan berkaitan dan sekiranya urus niaga sedemikian wujud, kita harap ada pihak tampil menyalurkan maklumat untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Dr Mary berkata, pihak persatuan tidak pernah menyokong sebarang aktiviti membabitkan salah laku di kalangan doktor mahupun pengamal perubatan.


"Dari sudut tindakan, kita tidak mempunyai kuasa untuk menjatuhkan sebarang hukuman sebaliknya berperanan sebagai orang tengah yang bertanggungjawab mendapatkan keterangan dan maklumat daripada pihak yang dituduh.


"Kita tegaskan bahawa tindakan menjual sijil cuti sakit kepada pelanggan demi keuntungan mudah adalah menyalahi etika perubatan. Bagaimanapun, seorang doktor itu berhak mengeluarkan MC berdasarkan penilaian yang dibuat terhadap pesakitnya," katanya.




Pengawal tak mengaku kebas deposit

Posted: 20 Apr 2012 12:32 PM PDT

JOHOR BAHRU: Seorang pengawal keselamatan yang ditahan selepas dipercayai terbabit melesapkan wang deposit RM79,363.95 daripada syarikat tempat dia bertugas kononnya untuk melangsaikan hutang peribadi mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Mohd Rizwan Basir, 25, berasal dari Felda Tenggaroh 1, Mersing dituduh mencuri wang berkenaan di Bank RHB Berhad di alamat 22 & 24, Jalan Bestari 2/2, Taman Nusa Bestari di sini, pada pada jam 2.15 petang, 9 April lalu. Tertuduh berkemeja kelabu dan berseluar panjang kelihatan tenang ketika mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan berkenaan.


Mohd Rizwan yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Majistret, Noor Aisyah Ahmad membenarkan Mohd Rizwan diikat jamin RM20,000 dengan dua penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 20 Jun ini.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Ashraff Mohd Diah.


Pada Rabu lalu, seorang pengawal keselamatan yang terdesak melangsaikan hutang puluhan ribu ringgit nekad melesapkan wang deposit syarikatnya.

Bagaimanapun, hasratnya tidak berhasil apabila dia ditahan bersama tiga rakannya selepas polis menerima laporan.


Pengawal keselamatan itu bersama tiga rakannya ditugaskan mengutip dan memasukkan wang kutipan sebuah syarikat beli- belah ke dalam sebuah bank, di sini, 13 April lalu.

Selepas menyedari wang tidak didepositkan ke dalam bank, syarikat berkenaan membuat laporan polis sebelum satu serbuan dilakukan di sebuah rumah di Tampoi, di sini, pada jam 12 tengah hari, Isnin lalu. Dalam serbuan itu, polis menemui semula wang RM31,000 yang masih belum digunakan pengawal keselamatan terbabit.




0 ulasan:

Catat Komen