Sabtu, 14 April 2012

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Keluasan padi 12,250 hektar

Posted:

Keluasan padi 12,250 hektar

Keluasan padi 12,250 hektar

Oleh SHOLINA OSMAN
utusanperlis@utusan.com.my


Md. Isa Sabu bersama lima pengerusi PPK MADA sambil menunjukkan replika cek Insentif Projek Estet Padi Pengurusan Berpusat (NKEA) MADA Musim 1/2012 di Arau, semalam.


ARAU 13 April - Perlis menyasarkan keluasan kira-kira 12,250 hektar tanaman padi dengan sekurang-kurangnya 1,250 hektar setiap tahun menerusi program Estet Padi Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Wilayah 1Perlis menjelang 2020.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, selain itu pengeluaran padi juga disasarkan meningkat kepada lapan tan bagi setiap hektar setahun.

"Pada awal pelaksanaan program ini kawasan terlibat hanya 1,095 hektar tetapi pada musim baru ia meningkat kepada 1,250 hektar," katanya.

Beliau menjelaskan demikian pada sidang akhbar selepas majlis Penyerahan Cek Insentif Projek Estet Padi NKEA Musim 1/2012 di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) A-1 Guar Sanji, di sini hari ini.

Pada majlis itu seramai 300 petani menerima insentif bernilai RM1.052 juta menerusi penyertaan dalam program estet padi NKEA.

Turut hadir Pengerusi Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Koperasi, Sabry Ahmad dan Pengurus Wilayah 1 MADA, Ruslan Abdul Ghani Ahmad.

Md. Isa berkata, kerajaan juga membelanjakan sebanyak RM2.19 juta pada musim awal pelaksanaan program ini iaitu musim 2/2011 manakala pada musim 1/2012 pula diperuntukkan sebanyak RM2.18 juta.

Katanya, sudah tiba masanya petani melihat tanaman padi dijadikan sebagai industri supaya peningkatan hasilnya meningkat berkali ganda berbanding dengan zaman dahulu.

Tambah beliau, walaupun secara beransur-ansur dan banyak rintangannya tetapi diharap program ini dapat berjalan dengan sempurna.

"Selain itu ada petani di luar MADA yang berminat tetapi masih tidak dapat dipenuhi memandangkan masalah utama iaitu air perlu diatasi terlebih dahulu," katanya.

Hujan lebat: 28 rumah dimasuki lumpur liminaiki air

Posted:

Hujan lebat: 28 rumah dimasuki lumpur liminaiki air

Hujan lebat: 28 rumah dimasuki lumpur liminaiki air


Talib Ibrahim dan isteri Azizah Mat cuba menyelamatkan perkakasan rumah mereka yang dilanda banjir lumpur di Kampung Kilang Kechil, Pendang, semalam.


PENDANG 13 April - Sebanyak 28 buah rumah dipenuhi lumpur manakala 11 buah lagi dinaiki air sehingga ke paras lutut ekoran hujan lebat selama beberapa jam yang melanda daerah ini tengah malam tadi.

Kawasan terlibat ialah di sekitar Bukit Jenun melibatkan Kampung Lancut Binjal dan Kampung Air Putih dengan masing-masing sebanyak 12 buah rumah terjejas, Kampung Kilang Kechil (lima) serta Surau Al-Ahmadiah di Kampung Lancut Binjal.

Sementara itu, 11 buah rumah yang dilanda banjir kilat pula adalah di Kampung Belakang Sekolah Bukit Jenun sejumlah lapan buah, Kampung Batu 27 (dua buah rumah) dan sebuah rumah di Kampung Tanjung Setoi.

Kejadian itu bagaimanapun tidak menyebabkan pemindahan penduduk selepas cuaca kembali normal hari ini.

Ketua Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pendang, Mohd. Izzuddin Inus Meah berkata, penduduk dinasihatkan agar berjaga-jaga dengan kemungkinan berlaku kejadian yang lebih besar kerana paras air Sungai Pendang semakin meningkat.

Katanya, bacaan paras air di sungai berkenaan sehingga pukul 3 petang ini direkodkan pada paras berjaga-jaga iaitu 2.3 meter.

"Seramai 20 anggota JPAM Pendang telah digerakkan bagi membantu penduduk membersihkan kawasan dan rumah mangsa yang terjejas akibat hujan lebat malam tadi.

"Pada masa sama, semua anggota masih memantau keadaan dan penduduk juga dinasihatkan agar berwaspada dengan sebarang kemungkinan yang boleh berlaku berikutan cuaca tidak menentu akhir-akhir ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati penduduk yang terjejas sibuk membersihkan rumah masing-masing yang dimasuki lumpur dan dinaiki air.

Seorang mangsa dari Kampung Kilang Kechil, Azizah Mat Rejab, 64, berkata, ia kejadian pertama rumahnya dilanda banjir lumpur dan mendakwa berpunca daripada kuari tanah di bukit berdekatan.

Katanya, sistem perparitan yang tidak sempurna mengakibatkan banjir lumpur dan tanah merah dari bukit berkenaan mengalir ke kawasan rumahnya apabila hujan lebat mulai pukul 12 tengah malam tadi.

"Halaman rumah saya pernah dinaiki air beberapa kali tetapi tidak seteruk kali ini apabila air bercampur selut dan tanah merah melimpah ke dalam rumah sehingga paras lutut," katanya.

Seorang lagi penduduk, Hamid Din, 74, berkata, dia dan isteri, Che Wan Endut, 72, bergegas ke rumah anak mereka di Kampung Kilang Besar, di sini selepas menyedari kediaman mereka dinaiki air.

"Apa yang menyedihkan kami apabila barangan kelengkapan untuk menunaikan haji habis rosak akibat terkena air selut bercampur tanah merah," katanya.

Seorang mangsa banjir kilat di Kampung Belakang Sekolah Bukit Jenun, Siti Rokiah Saad, 49, berkata, dia bersama lima lagi ahli keluarganya menyedari air mula memasuki rumah mereka sekitar pukul 1 pagi ini dan terus ke tingkat atas sebagai langkah berjaga-jaga.

Katanya, mereka tidak sempat menyelamatkan perkakasan elektrik seperti peti ais kerana air memasuki rumah dengan cepat.

Dia mendakwa, kejadian banjir kilat itu berlaku ekoran wujudnya projek perumahan berhampiran dengan rumahnya yang tidak mempunyai longkang dan sistem perparitan sempurna.

"Justeru saya berharap pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil perhatian mengenainya supaya kejadian ini tidak berulang kerana ia menyusahkan kami semua. Sementelah paras air Sungai Pendang kini semakin meningkat," katanya.

Zambry arah bantuan mangsa banjir dipercepatkan

Posted:

Zambry arah bantuan mangsa banjir dipercepatkan

Zambry arah bantuan mangsa banjir dipercepatkan

KAMPAR 13 April - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengarahkan agensi terbabit termasuk Majlis Keselamatan Negeri (MKN) mengambil tindakan segera membantu mangsa yang terjejas ekoran banjir di beberapa kawasan sekitar Perak awal semalam.

Menurut beliau, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga sudah diminta membaiki segera batas Sungai Kampar yang pecah sehingga menjadi antara penyebab banjir paling buruk sekitar Kampar dalam tempoh 30 tahun.

Menurut Zambry, kerajaan negeri melalui MKN akan menyalurkan bantuan sewajarnya kepada mangsa yang kebanyakannya tinggal sehelai sepinggang.

"Apa yang berlaku ini melibatkan nyawa dan menyebabkan keadaan panik, jadi saya sudah arahkan semua agensi yang terlibat supaya bertindak segera. Tidak payah tunggu kelulusan baru hendak bertindak.

"Buat keputusan pantas supaya masalah yang berlaku ini berjaya kita selesaikan dengan segera," katanya kepada pemberita selepas meluangkan masa hampir sejam melawat mangsa banjir di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar, di sini semalam.

Jelas Zambry, hujan lebat luar biasa lebih lima jam bermula pukul 12 tengah malam semalam menyebabkan tujuh buah kampung di Kampar, tiga buah kampung di Ijok di Selama serta Batang Padang, Tapah ditenggelami air.

"Setakat ini, semua jabatan terlibat telah bertindak segera untuk membantu mangsa banjir serta memantau keadaan dan ia berterusan sehingga kini.

"Semua berada di lapangan kerana kita tidak mahu sebarang kejadian buruk berlaku seperti di Pos Dipang dahulu. Ketika ini, kira-kira 1,500 mangsa banjir di semua kawasan terlibat telah dipindahkan ke tiga buah pusat pemindahan banjir di Kampar dan Ijok," katanya.

Zambry turut menafikan banjir tersebut berpunca daripada kegiatan pembalakan sebaliknya berkata, ia berpunca hujan lebat luar biasa beberapa jam di beberapa kawasan di negeri itu.

"Tidak lama selepas gempa bumi melanda Acheh yang turut menggegarkan sebahagian Perak, hujan lebat luar biasa melanda di tiga daerah iaitu Kampar, Batang Padang dan Selama. Itu sebab banjir berlaku," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan