Sabtu, 14 April 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Mapoba karya tempatan dilindungi

Posted:

Mapoba karya tempatan dilindungi

Mapoba karya tempatan dilindungi

14/04/2012 7:07pm

PETALING JAYA — Persatuan Penerbit Buku Malaysia (Mapoba) menggesa pihak berkuasa meningkatkan pelaksanaan undang-undang bagi membendung gelaja cetak rompak untuk melindungi industri penerbitan tempatan.

Presidennya, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata golongan penerbit buku tempatan perlu dilindungi bagi memastikan industri itu mampu berkembang.

"Jika kita lihat sekarang, penerbit bahan bacaan yang tiada permit boleh pasarkan buku mereka tetapi penerbit yang jujur dirompak hasil karya mereka sedangkan mereka ini mempunyai permit sah untuk menerbitkan buku," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung Mapoba ke-43 di sini hari ini.

Beliau berkata, Mapoba merancang untuk bekerjasama dengan badan-badan hak cipta antarabangsa dalam usaha memperkenalkan sistem royalti khas untuk penerbit buku tempatan.

Ia termasuk mengadakan bayaran tertentu kepada mereka jika pihak seperti universiti atau organisasi lain ingin membuat salinan buku yang dipasarkan. — BERNAMA

Ceroboh: APMM tahan nelayan Vietnam

Posted:

Ceroboh: APMM tahan nelayan Vietnam

Ceroboh: APMM tahan nelayan Vietnam

14/04/2012 7:06pm

PASIR PUTEH — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini menahan dua bot bersama 27 nelayan Vietnam yang menangkap ikan di perairan negara.

Komander Maritim APMM Daerah Tok Bali, Zainin Abdul Majid berkata, kedua-dua bot tersebut yang menggunakan nombor pendaftaran palsu tempatan bagi mengaburi mata pihak berkuasa, ditahan kira-kira 31 batu nautika dari Tok Bali pada pukul 10.30 pagi.

Kesemua awak-awak dan tekong yang berusia antara 15 dan 48 tahun itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua bot dan nelayan berkenaan dibawa ke pangkalan APMM Tok Bali dan akan didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Perikanan 1985.

Zainin berkata, jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda RM1 juta atau 6 bulan penjara bagi tekong dan RM100,000 atau 6 bulan penjara bagi setiap awak-awak atau kedua-duanya sekali.

"Bot dan peralatan serta hasil tangkapan dirampas," katanya. — BERNAMA

KKM tubuh dua pasukan bantuan bencana

Posted:

KKM tubuh dua pasukan bantuan bencana

KKM tubuh dua pasukan bantuan bencana

14/04/2012 6:23pm

KAMPAR — Kementerian Kesihatan menubuhkan dua pasukan berlainan peranan bagi membantu mangsa setiap kali berlaku bencana, kata Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata, pasukan perubatan akan membantu mangsa bagi memastikan kesihatan mereka berada pada tahap terbaik, manakala pasukan pendidikan pula bertanggungjawab menyampaikan maklumat kepada mangsa untuk mengekang penularan penyakit.

"Mangsa akan diberi ilmu pengetahuan seperti menggunakan air yang dimasak untuk diminum serta maklumat-maklumat lain bagi mengelak berlakunya penularan wabak dan penyakit akibat bencana," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar, di sini hari ini.

Melalui pendekatan itu katanya, perhatian dapat diberikan kepada mangsa ketika dan selepas berlakunya sesuatu bencana. Kata beliau selain petugas kementerian, terdapat pasukan sukarelawan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang turut memberikan bantuan kepada mangsa bencana seperti banjir. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan