Selasa, 17 April 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Pewaris seni tari Mak Yong

Posted:

Pewaris seni tari Mak Yong

Oleh MOHD.HAFIZ ABD.MUTALIB
utusankelantan@utusan.com.my


Guru dan pelajar yang terlibat dalam kumpulan Putri Ratna Mas Sekolah Kebangsaan Long Ghafar di Kota Bharu, baru-baru ini. - utusan/Aizzul A.Majid


KOTA BHARU 16 April - Persembahan Mak Yong merupakan satu bentuk tarian Melayu yang merangkumi kombinasi tarian, muzik dan drama yang sangat popular satu ketika dahulu.

Tarian Mak Yong telah mula bertapak sejak 400 tahun dahulu bermula di Pattani kemudiannya tersebar luas di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, khususnya Kelantan.

Melalui penggunaan kostum menarik, tarian yang unik serta diserikan dengan alunan muzik seperti rebab, tawak, gendang, canang, kesi dan serunai tidak hairanlah tarian ini menjadi kegilaan masyarakat dahulu.

Selain itu, Mak Yong juga telah menjadi antara medium hiburan utama kepada masyarakat dan seringkali mendapat tempat untuk dipersembahkan pada sesuatu majlis.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Warga emas lumpuh mohon bantuan baiki rumah usang

Posted:

Warga emas lumpuh mohon bantuan baiki rumah usang


Dr. Jafri Malin Abdullah menyampaikan sumbangan kepada isteri Mohd. Khazali Hussain, Sharifah Ismail di hadapan rumah mereka di Kampung Tasik Berangan, Pasir Mas, semalam.


PASIR MAS 16 April - Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib menimpa seorang tukang rumah warga emas, Mohd. Khazali Hussain, 54, (gambar) dari Kampung Tasek Berangan yang lumpuh selepas terlibat kemalangan dua tahun lalu.

Kemalangan itu menyebabkan Mohd. Khazali yang sebelum ini mampu memperoleh pendapatan kira-kira RM700 sebulan, hilang punca pendapatan dan kini hanya mampu terbaring di rumah usangnya di sini.

Lebih memeritkan, kemalangan tersebut turut menyebabkan dia tidak boleh bercakap dan kini bergantung sepenuhnya kepada isteri, Sharifah Ismail, 47, menguruskan lima daripada 10 anak mereka yang masih bersekolah.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Jejak Inovasi tingkat kreativiti masyarakat

Posted:

Jejak Inovasi tingkat kreativiti masyarakat


Muhammad Aziph Mustapha (depan tiga dari kanan) bersama penerima sagu hati berupa Netbook Idola 1 Malaysia di Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 16 April - Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) berjaya mengenal pasti 11 hasil inovasi dibangunkan oleh masyarakat negeri ini melalui program Jejak Inovasi - Tahun Gerakan Inovasi Nasional 2012 yang diadakan selama tiga hari berakhir semalam.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YIM, Muhammad Aziph Mustapha berkata, empat daripadanya dipilih sebagai inovasi terbaik yang dibuat mengikut kriteria ditetapkan.

Ia adalah inovasi sukan rakyat lumba kuda, penyedut madu kelulut, mesin pembuatan dan pengeluaran baja organik dan sistem rawatan air galian yang mengandungi unsur ferum tinggi.

"Hasil jejak inovasi ini kita akan dokumentasikan untuk rujukan pada masa yang akan datang," katanya semasa ditemui selepas menyampaikan saguhati berupa Netbook Idola 1 Malaysia kepada pengusaha inovasi berkaitan, di sini semalam.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan