Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 16 Apr 2012 02:58 PM PDT KUALA LUMPUR: Marah ibu mereka berkahwin lain, dua beradik perempuan bertindak melampau apabila mengurung ibu mereka lebih sebulan dalam sebuah rumah di Sentul, di sini, bagi menghalang wanita berusia 49 tahu itu berjumpa suami barunya. Dua beradik berusia 19 dan awal 20-an itu bertindak demikian kerana menganggap suami baru ibu mereka yang dikahwini sejak empat bulan lalu tidak sesuai serta mempunyai niat jahat terhadap wanita itu. Menurut sumber, dua beradik itu merancang tindakan mereka apabila menjemput mangsa ke rumah mereka sebelum 'mengurung' wanita berkenaan sejak lebih sebulan lalu. "Sepanjang tempoh dikurung, mangsa diberi makan oleh anaknya, tapi telefon bimbitnya dirampas dan dia tidak dibenarkan berhubung dengan orang lain," katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Bob Kuman dakwa produksi tak kisah Posted: 16 Apr 2012 02:58 PM PDT PETALING JAYA: "Saya terkilan dengan sikap syarikat produksi yang enggan mengambil tahu masalah kesihatan saya sehinggakan hutang tertunggak di sebuah hospital swasta pun terpaksa dilangsaikan pihak lain," kata pelakon dan pelawak, Husin Mohd Rawi, 40, atau lebih dikenali dengan Bob Kuman. Itu kekesalan diluahkan Bob selepas dia yang juga pelakon drama TV Jangan Pandang Belakang Congkak kini bertarung dengan penyakit bengkak kaki selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama berkenaan di Hulu Langat penghujung 2010.
"Selepas keluar hospital saya dikehendaki melunaskan bayaran RM6,500, namun kerana tiada wang saya berhutang seketika sebelum membayarnya sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, selepas beberapa minggu saya membayarnya dan kini masih berhutang lebih RM3,000.
Bob ketika ditemui di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara, dekat sini, semalam memberitahu ketika itu dia hanya mempunyai RM76 di dalam akaun Maybank miliknya.
Menurut Bob, selepas keluar hospital, syarikat produk kesihatan, Nur Lizz menawarkannya sebagai duta produk dan menjaga kebajikan serta masalah kesihatannya tidak seperti syarikat produksi drama dibintanginya. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan