Isnin, 16 April 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


600 warga miskin terima bantuan LKPIM

Posted:

600 warga miskin terima bantuan LKPIM

KOTA BHARU 15 April - Kira-kira 600 orang kurang bernasib termasuk warga emas dan ibu tunggal sekitar jajahan ini mendapat sumbangan zakat daripada Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) negeri Kelantan.

Sumbangan zakat itu disampaikan dalam satu majlis di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab 1 di sini bersempena Majlis Cakna Masyarakat pertubuhan tersebut, hari ini.

Mereka turut menerima sumbangan hamper makanan termasuk biskut, susu, Milo dan sardin.

Pengerusi LKPIM negeri, Datin Bi Samihah Mohd. Salleh dalam ucapannya berkata, penyampaian sumbangan itu bagi meringankan hidup mereka.

Beliau berkata, golongan tersebut dikenal pasti melalui beberapa program turun padang yang dianjurkan pertubuhan berkenaan sebelum ini.

"Wang zakat itu adalah pemberian ahli dan menjadi tanggungjawab kami menyampaikannya supaya golongan kurang bernasib itu tidak berasa terpinggir," katanya ketika ditemui pada majlis itu.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

10,000 masyarakat Siam raikan pesta Songkran

Posted:

10,000 masyarakat Siam raikan pesta Songkran


Sebahagian masyarakat Siam menyertai pesta Songkran peringkat negeri Kelantan di pekarangan Wat Sukhontharam, Tumpat, baru-baru ini.


TUMPAT 15 April - Lebih 10,000 masyarakat Siam di negeri ini menjayakan pesta Songkran peringkat negeri Kelantan yang berlangsung di pekarangan Wat Sukhontharam di sini kelmarin.

Pesta itu kebiasaan disambut pada pertengahan April iaitu bulan kelima dalam kalendar lunar Siam dan aktiviti terbesarnya melibatkan simbah air dalam kalangan pengunjung.

Hadir sama, Penasihat Khas Menteri Pelancongan, Sulaiman Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Masyarakat Siam Kelantan, Eh Chot Ah Chan dalam ucapannya berkata, penganjuran pesta Songkran dapat memupuk semangat perpaduan, persefahaman dan keamanan dalam kalangan masyarakat Siam di negeri ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Mubarak sokong setiap calon BN

Posted:

Mubarak sokong setiap calon BN

Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 15 April - Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Terengganu akan memberi sokongan penuh kepada semua calon Barisan Nasional (BN) negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Yang Dipertuanya, Datuk Ahmad Sidi Ismail berkata, pihaknya akan memainkan peranan dengan menyertai jentera parti di setiap peringkat termasuk peti undi, cawangan dan Parlimen.

"Kita memberi jaminan akan bantu BN negeri mengekalkan setiap kerusi yang dimenangi dengan pengaruh yang masih ada.

"Berdasarkan situasi semasa ketika ini, kami yakin BN Terengganu mampu mempertahankan semua kerusi dimenangi di negeri ini dan merampas sebahagian kerusi yang tewas," katanya ketika ditemui semasa menghadiri Mesyuarat Agung Mubarak Terengganu di Kelab Golf Kuala Ibai di sini semalam.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan