Isnin, 16 April 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Kenapa berdiam diri?

Posted:

Kenapa berdiam diri?

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 15 April – Tindakan beberapa pemimpin pembangkang yang terus berdiam diri biarpun dikaitkan dengan perbuatan menghina dan mempersenda raja- raja Melayu semasa istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara Rabu lalu menimbulkan persoalan.

Ia berikutan sehingga kini tiada seorang pun dalam kalangan mereka yang tampil memberi kenyataan bagi menjawab dakwaan tersebut, biar pun terdapat desakan supaya berbuat demikian.

Antara pemimpin pembangkang yang dikaitkan dengan perbuatan tersebut seperti didedahkan oleh petugas perubatan, Dr. Rahman Kadir ialah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan Naib Presidennya, Tian Chua.

Walaupun Tian Chua menerusi laman sosial Twitter awal-awal lagi menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai pembohongan UMNO, namun Rahman mempertahankan pendedahan beliau berhubung perbuatan biadab itu.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Sikap biadab peserta demonstrasi

Posted:

Sikap biadab peserta demonstrasi

Oleh MD. AZRIN ROSLY
pengarang@utusan.com.my


PROTES pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia di sekitar Jalan Tun Abdul Razak dan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, kelmarin.


KUALA LUMPUR 15 April – Tindakan peserta demonstrasi membantah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan meletakkan kalungan bunga pada gambar pemimpin negara dan objek berbentuk batu nisan dianggap biadab dan tidak matang.

Sehubungan itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, perbuatan berkenaan adalah hasil pengaruh pembangkang.

Katanya, walaupun beliau turut memperjuangkan kebebasan kepada mahasiswa, namun setiap usaha itu haruslah beradab dan ada batasannya.

"Janganlah membuat sesuatu perkara yang biadab dan tidak matang yang mana, ia melanggar adab serta budaya masyarakat kita.

"Adakah ini hasil daripada usaha pihak pembangkang yang mengatakan kononnya mereka melahirkan pemimpin pelapis yang berwibawa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan peserta demonstrasi anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) tersebut yang berarak membawa gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dengan kalungan bunga di Dataran Merdeka semalam.

Demonstrasi itu tidak mendapat sambutan apabila kurang 200 mahasiswa terlibat.

Tambah Khairy, pengaruh yang ditunjukkan oleh pembangkang bukannya agar generasi muda membuat sesuatu dengan rasional, beradab dan berhujah dengan baik tetapi sebaliknya.

"Kita tidak menghalang mereka berdemonstrasi, tidak ada masalah. Cuma mereka perlulah membuat sesuatu dengan berhemah, bukannya mengikut sesuka hati yang dipengaruhi oleh kepentingan politik pembangkang.

"Saya yakin, mahasiswa kita majoritinya tidak terpengaruh dengan pembangkang dan hanya kumpulan ini yang menjejaskan imej mahasiswa," ujarnya.

Khairy berkata, rakyat perlu menilai dan melihat apa yang telah berlaku serta memastikan generasi muda yang dihasilkan nanti tidak berperangai sebegitu.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Selangor Kini, Harakah ‘ceroboh’ Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia

Posted:

Selangor Kini, Harakah 'ceroboh' Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia

SEJAK kebelakangan ini, Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia menjadi sasaran pihak-pihak tertentu memasukkan lidah rasmi Pas, Harakah dan Selangor Kini terbitan kerajaan Selangor sebagai sisipan untuk diedarkan kepada pembaca.

Pihak Utusan Melayu (Malaysia) Berhad ingin menjelaskan bahawa kami tidak bertanggugjawab terhadap pengedaran akhbar berkenaan melalui Utusan Malaysia atau Mingguan Malaysia.

Kami kesal dengan tindakan yang dianggap sebagai sabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini bagi menjatuhkan imej akhbar arus perdana ini.

Sebagai akhbar yang diharamkan penjualannya di semua premis jabatan atau agensi kerajaan pakatan pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang, Utusan tidak akan membenarkan sama sekali akhbar yang didokong oleh DAP, Pas, PKR itu menjadi 'sisipan' Utusan Malaysia atau Mingguan Malaysia.

Untuk makluman pembaca, tindakan tidak bertanggungjawab ini pernah berlaku tahun lalu tetapi Jabatan Pemasaran telah memberi amaran kepada semua pengedar akhbar yang disyaki terlibat.

Bagaimanapun akhir-akhir ini, perkara yang sama berulang terutama di sekitar Lembah Klang termasuklah Hulu Langat, Wangsa Maju, Shah Alam dan Chow Kit.

Jabatan Pemasaran Utusan akan terus memantau keadaan ini dan akan mengambil tindakan lebih tegas termasuk membuat laporan polis. Utusan juga akan menamatkan urusniaga dengan mana-mana agen atau pengedar yang terlibat dalam tindakan yang tidak beretika ini.

Kepada mereka yang mempunyai maklumat berkaitan 'pencerobohan' terhadap akhbar ini bolehlah menghubungi Jabatan Pemasaran di Bangi atau Pengurus Pemasaran Wilayah, Rosman Zulkifli melalui telefon 0177771443.

- Pengarang

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan