Jumaat, 13 April 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Sultan Mizan teruja sukan rakyat

Posted:

Sultan Mizan teruja sukan rakyat

Oleh ADNAN MOHAMADutusanterengganu@utusan.com.my


Sebahagian pengunjung yang hadir sempena Pesta Sukan Rakyat di Pantai Rhu Sepuluh, Setiu baru-baru ini. - UTUSAN/Adnan Mohammad


SETIU 12 April - Permainan tradisional di Pesta Sukan Rakyat di Pantai Rhu Sepuluh dekat sini dianjurkan sempena keberangkatan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ke daerah itu baru-baru ini.

Keberangkatan baginda yang diiringi oleh Sultanah Nur Zahirah mendapat sambutan di luar dugaan daripada rakyat jelata.

Sultan Mizan dan Sultanah Nur Zahirah begitu gembira dengan pelbagai acara permainan sukan rakyat yang disaksikan kira-kira 8,000 rakyat hingga telah mencuit hati baginda.

Antaranya, pertandingan beruk panjat tiang licin untuk memetik buah kelapa, terompah, tarik tali dan sebagainya.

Acara pertandingan beruk itu melucukan kerana beberapa ekor beruk terpaksa memanjat tiang licin yang sediakan oleh pihak penganjur untuk memetik buah kelapa yang pasti acara seperti itu sukar diadakan di kawasan lain.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Majlis Veteran UMNO tubuh JKK

Posted:

Majlis Veteran UMNO tubuh JKK

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NORutusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 12 April - Majlis Veteran UMNO Kelantan bercadang menubuhkan Jawatankuasa Ketua Keluarga (JKK) dalam usaha memantapkan lagi kempen 'Keluargaku Penyokong BN'.

Kempen itu dilancarkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim pada Februari lalu.

Pengerusinya, Datuk Mohd. Rozali Isohak berkata, ia merupakan satu gerak khas untuk membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

"Gerak khas atau gerak kerja ini dinamakan Gerakan Kekeluargaan-Keluargaku Pengundi BN dengan beberapa pemimpin kanan veteran yang mempunyai pengaruh di peringkat peti undi akan dilantik sebagai ketua keluarga.

"Dari situ mereka akan membentuk JKK yang akan bertanggungjawab membantu peti undi menjalankan tugas pilihan raya," katanya semasa ditemui di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Lembu berkeliaran ancam pengguna jalan raya

Posted:

Lembu berkeliaran ancam pengguna jalan raya


Kampung Ladang Pepuyu, Tanah Merah adalah antara kawasan yang sering menjadi kawasan lembu berkeliaran di jalan raya.


TANAH MERAH 12 April - Sikap tidak bertanggungjawab pemilik lembu yang membiarkan ternakan mereka berkeliaran di jalan raya boleh mengundang padah kepada pengguna.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Jalan Panglima Bayu dekat sini mendapati haiwan ternakan itu dibiarkan berkeliaran di jalan raya yang boleh mengancam nyawa pengguna terutama pada waktu malam disebabkan tiada lampu jalan.

Berikutan itu, orang ramai yang berulang-alik menggunakan jalan tersebut meminta Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) bertindak segera mengatasi masalah berkenaan bagi mengelak lebih banyak insiden buruk berlaku.

Seorang pengguna, Nor Hesham Hamid, 32, berkata, dia sering melalui jalan tersebut untuk membeli-belah di pekan Rantau Panjang.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan