Jumaat, 13 April 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Gandakan kerjasama perdagangan

Posted:

Gandakan kerjasama perdagangan

Oleh HASHNAN ABDULLAH dan SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
pengarang@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak (empat dari kanan) bersama barisan Menteri Kabinet mengadakan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri Britain, David Cameron (empat dari kiri) di Seri Perdana, Putrajaya , semalam. – utusan/Zaki Amiruddin


PUTRAJAYA 12 April - Malaysia dan Britain hari ini sepakat mahu menggandakan kerjasama perdagangan dua hala yang disifatkan agak 'terabai' untuk tempoh hampir 20 tahun dengan sasaran awal 8 bilion pound (kira-kira RM39.16 bilion) menjelang 2016.

Selepas kali terakhir lawatan Perdana Menteri Britain iaitu Sir John Major ke Malaysia 19 tahun lalu, pertemuan Datuk Seri Najib Tun Razak dan David Cameron dilihat mengembalikan kegemilangan hubungan kedua-dua negara.

Pada sidang akhbar bersama selepas mesyuarat dua hala di sini, Perdana Menteri berkata, hubungan dua hala Malaysia-Britain amat penting dan atas sebab itu, ia perlu dipupuk serta ditingkatkan dari semasa ke semasa.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Pembangkang hina Raja Melayu?

Posted:

Pembangkang hina Raja Melayu?

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
rafie.azimi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 12 April - Seorang petugas perubatan yang turut serta dalam istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara semalam menzahirkan rasa kecewa terhadap beberapa pemimpin pembangkang yang didakwanya mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu.

Dr. Rahman Kadir yang menulis menerusi laman Facebook beliau, merupakan salah seorang anggota pasukan perubatan yang bertugas semasa istiadat itu berlangsung.

Beliau mendakwa perbuatan mempersenda dan mengejek itu paling ketara dilakukan apabila tetamu kehormat berjalan masuk ke dalam Balairong Seri.

Bermula dengan ejekan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Dr. Rahman mendakwa ia kemudiannya berterusan kepada Yang Dipertua Negeri serta Sultan-Sultan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

‘Bekas imam jatuhkan maruah kehakiman’

Posted:

'Bekas imam jatuhkan maruah kehakiman'

Oleh NORLIZAH ABAS
pengarang@utusan.com.my


Hoslan Hussin (kiri) dan Zulkefli


PUTRAJAYA 12 April – Bekas imam, Hoslan Hussin wajar dipenjarakan atas kesalahan menghina mahkamah kerana hukuman sedemikian keras dilihat berupaya mengembalikan maruah institusi kehakiman yang tercemar ekoran tindakannya membaling selipar ke arah panel hakim bersidang, Februari lalu.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berpendapat, perbuatan membaling objek seperti kasut ke arah individu apatah lagi terhadap hakim mahkamah tertinggi negara, merupakan tindakan yang jelik bertujuan merendah-rendahkan maruah seseorang.

Pada hemat beliau, tindakan kasar Hoslan 'menyerang' panel hakim bersidang semata-mata untuk menunjukkan perasaan tidak puas hati terhadap keputusan yang tidak memihak kepadanya, jelas menghina kesaksamaan institusi kehakiman.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan