Khamis, 12 April 2012

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Peniaga perlu sokong Barisan Nasional

Posted:

Peniaga perlu sokong Barisan Nasional

Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my


Muhiyiddin Yassin melambai tangan semasa menyanyikan lagu Satu Malaysia bersama-sama warga penjaja negeri Selangor pada perjumpaan di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 12 April - Golongan peniaga dan penjaja diseru meningkatkan kerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan masa depan mereka lebih terjamin.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana golongan itu memerlukan kerajaan yang mempunyai dasar yang jelas dalam memastikan ekonomi negara berkembang pesat sekali gus meningkatkan pendapatan golongan tersebut.

Menurutnya, melalui dasar bersifat jangka masa panjang, golongan peniaga akan mendapat faedah apabila kerajaan mampu menyediakan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan rakyat sehingga mampu berbelanja.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

TPM bidas pembangkang

Posted:

TPM bidas pembangkang

Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 12 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas pembangkang yang mendakwa kerajaan zalim dan tidak membela rakyat sedangkan pelbagai bentuk bantuan dan subsidi berbilion-bilion ringgit setahun disalurkan kepada rakyat.

Timbalan Perdana Menteri turut mengambil contoh peruntukan sebanyak RM43 bilion yang disalurkan kepada Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) bagi membantu rakyat melanjutkan pelajaran.

"Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji kalau menang pilihan raya umum nanti beliau hendak hapuskan PTPTN. Kalau saya dapat pinjaman dan tidak payah bayar saya pun seronok tetapi ini bermakna terhentilah tabung itu.

"Apa cerita anak kita sekarang, kalau tidak dapat biasiswa? Ibu bapa perlu mendapatkan pinjaman bank. Bank mana yang hendak beri kalau tidak kerajaan keluarkan peruntukan?," katanya ketika berucap pada majlis bertemu kumpulan strategik persatuan penjaja Selangor di Kompleks Belia dan Kebudayaan di Seksyen 7, di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan