Rabu, 11 April 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Perlu sistem ekonomi luar biasa

Posted:

Perlu sistem ekonomi luar biasa

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my


Hamad Kama Piah Che Othman (tengah) menekan butang sebagai tanda perasmian Forum Program Transformasi Ekonomi Wilayah Timur sambil disaksikan Dr. Raduan Che Rose (dua dari kiri) di Kota Bharu, Kelantan, semalam.


KOTA BHARU 10 April - Malaysia memerlukan satu sistem ekonomi yang lebih menyeluruh, berkesan dan memberi pelbagai impak positif sekiranya mahu mencapai taraf negara maju pada 2020.

Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Dr. Raduan Che Rose berkata, sistem ekonomi yang luar biasa itu amat diperlukan kerana negara masih dalam proses transformasi untuk memastikan cita-cita itu tercapai dalam tempoh lapan tahun lagi.

"Agenda transformasi negara adalah agenda semua pihak, umpamanya kita mempunyai cita-cita besar menjadi sebuah negara maju dalam tempoh tidak sampai 10 tahun dan bagaimana hendak capai, kita ada indeks dan ukuran-ukurannya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

534 graduan PSMZA terima diploma

Posted:

534 graduan PSMZA terima diploma


Sebahagian daripada graduan yang menerima diploma masing-masing pada majlis Konvokesyen Ke-9 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin di Dewan Besar politeknik berkenaan di Dungun, Terengganu, semalam.


DUNGUN 10 April - Seramai 534 graduan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) menerima diploma pada Istiadat Konvokesyen PSMZA ke-9 yang berlangsung di Dewan Besar politeknik itu, di sini hari ini.

Mereka terdiri daripada graduan Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal serta Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Majlis penyampaian disempurnakan oleh Pengerusi Yayasan Pelajaran Mara, Datuk Dr. Rosli Mat Hassan.

Turut hadir, Pengarah PSMZA, Mejar (K) Zolkarnain Jobshi.

Terdahulu, Rosli dalam ucapannya berharap, institusi-institusi pendidikan tinggi tempatan terutamanya PSMZA mengambil peluang daripada kepesatan pembangunan daerah ini bagi menyediakan modal insan secukupnya

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Kutipan zakat Maik terus meningkat

Posted:

Kutipan zakat Maik terus meningkat


Kamaruddin Mohd. Zin (duduk, kanan) membuat pemeriksaan kesihatan secara tradisional pada Program Cakna Wanita dan Kanak-Kanak di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan, semalam.


KOTA BHARU 10 April - Kesedaran umat Islam tentang kewajipan membayar zakat terus meningkat apabila Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) mencatatkan kutipan lebih RM18 juta bagi tempoh antara Januari hingga awal bulan ini.

Timbalan Yang Dipertua Maik, Datuk Kamaruddin Mohd. Zin berkata, jumlah itu meningkat lebih RM6 juta berbanding tempoh sama tahun lalu.

Beliau berkata, sebahagian besar daripada kutipan zakat itu telah pun diagih-agihkan kepada golongan asnaf yang layak, termasuk pelajar yang hendak melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan