Rabu, 11 April 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Tiada tangkapan disebab politik

Posted:

Tiada tangkapan disebab politik

KUALA LUMPUR 10 April - Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang dibaca buat kali pertama di Dewan Rakyat hari ini menyebut dengan jelas bahawa tidak ada sesiapa pun boleh ditangkap dan ditahan semata-mata atas kepercayaan atau aktiviti politiknya.

Selain itu, rang undang-undang tersebut memberi kuasa kepada polis melanjutkan tempoh tahanan seseorang individu tidak lebih 28 hari bagi tujuan penyiasatan.

Bagaimanapun menurut rang undang-undang itu, sekiranya pegawai polis berpendapat tahanan lanjut tidak diperlukan individu terbabit boleh dilepaskan tetapi satu peranti pengawasan elektronik perlu dipasang untuk siasatan.

Namun sebelum pemasangan alat itu dibuat pegawai polis terlibat hendaklah mengemukakan satu laporan mengenai hasil siasatan kepada pendakwa raya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Semua pelajar 9A+ ke atas terima penajaan

Posted:

Semua pelajar 9A+ ke atas terima penajaan


MUHYIDDIN Yassin beramah mesra dengan juara Pertandingan Pidato Integriti 2012 Piala Menteri Pelajaran, Mohd. Rafee Mohamad sambil memegang trofi selepas majlis penyampaian hadiah di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan pemenang ketiga, Mohd Fikri Mat Arit (kiri). - BERNAMA


KUALA LUMPUR 10 April - Semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 yang mendapat keputusan 9A+ dan ke atas ditawarkan penajaan kewangan Bursary secara automatik oleh Kementerian Pelajaran.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penajaan kewangan tersebut yang bertujuan untuk mengiktiraf kecemerlangan pelajar dibuat tanpa mengira etnik, kaum, keturunan serta latar belakang.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, seramai 1,609 pelajar lepasan SPM 2011 telah dikenal pasti layak mendapat penajaan Bursary iaitu 1,020 yang mendapat keputusan sembilan A+, 492 pelajar (10A+), 90 pelajar (11A+) dan tujuh pelajar (12A+).

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

PMB projek bersejarah - Najib

Posted:

PMB projek bersejarah - Najib

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak bersama Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh, A.K.M Atiqur Rahman (dua dari kiri) menyaksikan pertukaran dokumen di antara Obaidul Quader (kiri) dan Samy Vellu selepas majlis pemeteraian Perjanjian Persefahaman antara Malaysia dan Bangladesh di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 10 April - Malaysia dan Bangladesh hari ini memeterai perjanjian persefahaman untuk kerjasama dalam projek pembinaan Jambatan Serbaguna Padma (PMB) bernilai hampir RM9 bilion di negara berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyaksikan majlis tersebut menyifatkan projek pembinaan jambatan terbesar di Bangladesh itu sebagai bersejarah dan akan meningkatkan hubungan dua hala dengan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

Menjelaskan mengenai projek itu, beliau yang juga Menteri Kewangan memberitahu, kerajaan kini dalam proses mengenal pasti beberapa kontraktor tempatan yang terbukti berkemampuan untuk dilantik memajukan projek tersebut.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan