Isnin, 2 April 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Gunung Reng lokasi berasmara?

Posted:

Gunung Reng lokasi berasmara?

Oleh SAMSUL BAHARI MOHAMED
utusankelantan@utusan.com.my


BEBERAPA pasangan sedang bermadu asmara di kawasan rekreasi Gunung Reng, Jeli, semalam.


JELI 1 April - Kawasan Rekreasi Gunung Reng dekat sini kembali menjadi tempat remaja berkumpul dan bermadu asmara terutama pada hujung minggu.

Tinjuan Utusan Malaysia ke kawasan berkenaan kelmarin mendapati, beberapa pasangan remaja sedang memadu kasih dengan berpegangan tangan dan bergurau senda.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Abang Ajik, 50, mendakwa, kawasan rekreasi itu telah lama dijadikan lokasi untuk memadu kasih oleh golongan remaja tempatan dan dari luar.

"Remaja-remaja tersebut sudah berani melakukan perkara yang tidak senonoh seperti berpegangan tangan dan bergurau senda antara lelaki dan perempuan walaupun di hadapan khalayak.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Hotel GRV perkenal pakej perkahwinan

Posted:

Hotel GRV perkenal pakej perkahwinan

KOTA BHARU 1 April - Hotel Grand Riverview (GRV) di sini menawarkan pakej perkahwinan 'Dua Hati Satu Jiwa' ala dalam taman, bagi pasangan yang ingin mengabadikan hari istimewa mereka di hotel berkenaan.

Pengarah Operasi GRV, Farizal Azman Kamarazaman berkata, pakej itu kesinambungan daripada pakej perkahwinan yang telah diperkenalkan pihak hotel sejak tahun lalu kepada bakal-bakal pengantin di negeri itu.

Katanya, pakej perkahwinan kali ini memberi peluang kepada setiap pasangan mengabadikan hari bersejarah mereka dalam suasana lebih romantik dan menarik di hotel berkenaan.

"Kali ini pasangan pengantin baru juga berpeluang untuk berbulan madu ke beberapa lokasi terpilih jika memenuhi syarat dan terma pihak kami," katanya selepas gimik pelancaran pakej perkahwinan tersebut di hotel berkenaan, kelmarin.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Program M3R bantu penjaja kecil tingkat pendapatan

Posted:

Program M3R bantu penjaja kecil tingkat pendapatan

KOTA BHARU 1 April - Program Motosikal Tiga Roda (M3R) yang dilaksanakan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bermula 2009 berjaya membantu golongan peraih dan penjaja kecil meningkatkan pendapatan mereka.

Pengarah FAMA negeri, Mamat Yunos berkata, nilai jualan terkumpul yang dicatatkan 19 peserta terlibat dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini sahaja mencecah RM24,430.

Beliau berkata, pihaknya membuka peluang kepada peraih lain yang berminat untuk mendapat bantuan motosikal roda tiga dengan syarat usia pemohon tidak melebihi 60 tahun, menjual hasil pertanian tempatan serta mempunyai lesen kelas C dan Lesen Kenderaan Perdagangan (GDL).

Jelasnya, mereka yang terpilih hanya perlu membayar separuh daripada harga motosikal bernilai RM7,200 atau sebanyak RM3,600 sahaja secara ansuran tanpa faedah selama tiga tahun.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan