Ahad, 1 April 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


China tarik larangan import walet Malaysia

Posted: 01 Apr 2012 01:56 PM PDT

Nasional

 NAJIB   dan  Wen Jiabao melihat model Taman Industri Malaysia-China Qinzhou sebelum majlis pecah tanah di Nanning, China,  semalam. Turut kelihatan Rosmah. - Foto BERNAMA

NAJIB dan Wen Jiabao melihat model Taman Industri Malaysia-China Qinzhou sebelum majlis pecah tanah di Nanning, China, semalam. Turut kelihatan Rosmah. - Foto BERNAMA

Tarikh sebenar, syarat lain diperhalusi Beijing: Najib

CHINA menarik balik larangan import sarang burung walet dari Malaysia dengan syarat kandungan nitrat dalam produk itu tidak melebihi paras 30 bahagian per juta (ppm). Perdana Menteri. Datuk Seri Najib Razak, berkata surat persetujuan Kerajaan China untuk menerima semula sarang burung Malaysia sudah diperoleh tetapi tarikh sebenar dan syarat lain perlu diperhalusi.

"Kerajaan akan memaklumkan kepada pengusaha sarang burung di Malaysia berhubung syarat baru yang ditetapkan Kerajaan China itu," katanya kepada wartawan Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Nanning di sini, semalam.

Katanya, pihak berkuasa China sebelum ini melarang kemasukan sarang burung dari Malaysia apabila tidak meluluskan kadar kandungan nitrat dalam produk berkenaan.

Najib berkata, Kerajaan China juga bersetuju memberi lesen operasi bagi membolehkan syarikat AirAsia mengadakan penerbangan ke bandar Nanning.
Selain itu, katanya, Perdana Menteri China ingin melihat supaya hubungan antara pemimpin belia kedua-dua negara ditingkatkan.
Justeru itu, katanya, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan mengetuai rombongan 100 pemimpin belia ke Beijing pada bulan ini.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berada di sini untuk lawatan kerja sehari untuk bersama-sama Perdana Menteri China, Wen Jiabao melakukan upacara pelancaran usaha sama China-Malaysia bagi Taman Perindustrian Qinzhou (QIP), yang terletak kira-kira 150 kilometer (km) dari sini.

Pintu sempadan sesak ribuan pulang

Posted: 01 Apr 2012 01:50 PM PDT

Nasional

PIHAK berkuasa Thailand menyediakan kaunter khas kepada pelancong di hadapan hotel untuk   membuat laporan   kehilangan rakan atau saudara selepas   letupan di Lee Garden Plaza Hotel, semalam.

PIHAK berkuasa Thailand menyediakan kaunter khas kepada pelancong di hadapan hotel untuk membuat laporan kehilangan rakan atau saudara selepas letupan di Lee Garden Plaza Hotel, semalam.

BUKIT KAYU HITAM: Pintu sempadan Malaysia-Thailand di sini, sesak sejak awal pagi semalam apabila ribuan rakyat Malaysia termasuk warga asing yang berada di negara jiran itu bergegas pulang ke tanah air berikutan insiden letupan bom di sebuah pasar raya di Hatyai, petang kelmarin.

Difahamkan, sebaik pintu sempadan dibuka jam 7 pagi, orang ramai terutama warga tempatan termasuk pelancong asing dilaporkan sudah sedia menunggu dan beratur panjang untuk masuk ke negara ini menerusi Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di sini. Jumlah pelancong Malaysia termasuk rombongan beberapa agensi kerajaan ke Thailand menerusi pintu sempadan di sini, dilaporkan meningkat sejak petang Jumaat lalu, berikutan cuti hujung minggu.

Jurucakap Jabatan Imigresen di sini, berkata berlaku sedikit kesesakan sejurus pintu sempadan dibuka sejak awal pagi semalam, apabila orang ramai terutama rakyat tempatan yang berada di Thailand berpusu-pusu masuk ke Malaysia.

Jurucakap Jabatan Imigresen di sini, berkata berlaku sedikit kesesakan sejurus pintu sempadan dibuka sejak awal pagi semalam, apabila orang ramai terutama rakyat tempatan yang berada di Thailand berpusu-pusu masuk ke Malaysia.

"Bagaimanapun, kesesakan itu kembali pulih kira-kira jam 11 pagi, namun pergerakan masuk ke tanah air tidak putus sehingga lewat petang dan dijangka berterusan sehingga pintu sempadan tutup jam 12 tengah malam ini (semalam).

"Manakala, pergerakan keluar dari Malaysia ke Thailand pula dilaporkan perlahan berbanding jumlah biasa," katanya.

Dianggarkan 900 hingga 1,000 orang keluar ke Thailand menerusi sempadan di sini setiap hari dan jumlah itu meningkat sehingga 1,500 orang setiap hujung minggu dengan 80 peratus daripadanya membabitkan rakyat Malaysia.
Pintu sempadan di sini, menjadi pilihan utama rakyat tempatan untuk melancong ke Hatyai menerusi jalan darat berbanding Padang Besar dekat Perlis kerana kemudahan lebuh raya. Dari Bukit Kayu Hitam ke Pekan Hatyai, Thailand hanya kira-kira 40 kilometer.

Sementara itu, kebanyakan pelancong tempatan yang ditemui mendakwa mereka terpaksa mengambil keputusan pulang lebih awal ke tanah air kerana berasa tidak selamat jika terus berada di negara itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan