Isnin, 2 April 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Bukan serangan pemisah?

Posted:

Bukan serangan pemisah?


CHOO Kok Boon, 46, dari Kuala Lumpur menceritakan detik-detik cemas kepada wartawan dan jurugambar Utusan Malaysia mengenai letupan bom yang dialaminya ketika ditemui di Hospital Rajyindee, Hatyai, Thailand, semalam. Isterinya, Somkhid Lauyut, 37, (gambar kiri) yang merupakan warga Thailand turut cedera dalam kejadian itu. – UTUSAN/KAMAL BASIR


HATYAI 1 April – Polis Thailand percaya kejadian letupan di kompleks beli-belah dan Hotel Lee Gardens Plaza di sini yang mengorbankans empat orang termasuk seorang rakyat Malaysia semalam, adalah angkara pengganas.

Ketua Polis Thailand, Jeneral Priewpan Damaphong berkata, siasatan awal menunjukkan penjenayah dikatakan memasang bom pada sebuah kereta dan meletakkan di tingkat bawah kompleks terbabit sebelum meletupkan dengan menggunakan alat kawalan jauh.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Dalang masih jadi tanda tanya

Posted:

Dalang masih jadi tanda tanya


Pasukan penyelamat Thai membawa keluar mayat dari Hotel Lee Gardens Plaza selepas kejadian letupan dipercayai akibat serangan bom di Hatyai, kelmarin.


KUALA LUMPUR 1 April - Walaupun pihak berkuasa Thailand menyatakan puak pemisah bertanggungjawab dalam siri serangan bom di Yala dan Hatyai semalam yang menyaksikan 14 orang terbunuh dan lebih 500 cedera, namun siapa sebenarnya yang menjadi dalang serangan berkenaan masih menjadi tanda tanya.

Ini berikutan tiada mana-mana kumpulan puak pemisah yang membuat kenyataan mengaku bertanggungjawab melakukan serangan yang dianggap terburuk itu.

Beberapa pihak di Thailand ketika dihubungi Utusan Malaysia menyatakan, setakat ini mereka tidak pasti siapa sebenar terlibat dalam serangan terancang itu.

"Terdapat pelbagai spekulasi berhubung perkara ini, ia termasuklah kemungkinan penglibatan kumpulan pengedar dadah dan agensi tertentu dalam serangan ini," kata satu sumber keselamatan ketika dihubungi di Hatyai.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tanah peneroka tidak terlibat

Posted:

Tanah peneroka tidak terlibat

Oleh MARZITA ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my


MUHYIDDIN Yassin disertai Ahmad Maslan, bergambar bersama Persatuan Belia Felda Malaysia Sri Dahlia Jengka 3 yang muncul juara Anugerah Persatuan Belia Felda Malaysia Terbaik pada Karnival Ikatan Hati Warga Felda (IKTIRAF) 2011/2012 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN


KUALA LUMPUR 1 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, tidak ada seinci tanah pun hak milik peneroka terlibat dalam penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.

Beliau berkata, hanya tanah-tanah kerajaan negeri yang akan terlibat dalam penyenaraian tersebut sekali gus beliau menolak dakwaan puak-puak tertentu yang mendakwa tanah peneroka akan tergadai.

''Dalam isu penyenaraian Felda Global, saya ingin mengulangi bahawa tiada seinci pun tanah hak milik peneroka akan terlibat dengan penyenaraian ini,'' katanya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan