Ahad, 15 April 2012

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


921 graduan UTeM terima sijil

Posted:

921 graduan UTeM terima sijil

921 graduan UTeM terima sijil

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my


SEBAHAGIAN pelajar cemerlang meraikan kejayaan pada Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Melaka dan Negeri Sembilan Kali Ke-7 di Dewan Besar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal, Melaka, semalam. - MINGGUAN/GAIE UCHEL


ALOR GAJAH 14 April - Seramai 921 graduan menerima sijil pada Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Melaka dan Negeri Sembilan Kali Ke-7 di Dewan Besar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal, di sini hari ini.

Mereka memperoleh sijil masing-masing selepas berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Automotif, Fesyen dan Pakaian, Hotel dan Katering, Teknologi Elektrik, Kecantikan dan Dandanan Rambut, Multimedia Kreatif dan Pelukis Pelan Senibina.

Penuntut dalam bidang Sistem Komputer dan Sokongan, Perakaunan Perniagaan, Multimedia (Pengiklanan), Landskap dan Pengurusan Nurseri, Penyejukan dan Penyaman Udara, Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan, Teknologi Pembinaan dan Agro Industri turut menerima sijil masing-masing.

Kesemua graduan tersebut mengikuti kursus masing-masing bagi sesi Jun dan Disember tahun lalu di lapan Kolej Komuniti di Melaka dan Negeri Sembilan

Di Melaka, kolej tersebut adalah di Bukit Beruang, Jasin, Kota Melaka, Masjid Tanah dan Selandar, manakala di Negeri Sembilan, Kolej Komuniti ialah di Jelebu, Jempol, Rembau dan Tampin.

Pada majlis itu, 51 graduan daripada lapan Kolej Komuniti turut dipilih menerima Anugerah Graduan Cemerlang berdasarkan prestasi dan pencapaian memberangsangkan sepanjang mengikuti pengajian masing-masing.

Sijil tersebut disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Bukit Beruang merangkap Ahli Parlimen Bukit Katil, Datuk Md. Sirat Abu.

Sementara itu, salah seorang penerima anugerah, Ahmad Nor Syazreen Hassan yang mengambil Sijil Pelukis Pelan Senibina berkata, kesibukan sebagai Yang Dipertua Jabatan Perwakilan Pelajar bukanlah alasan dia mengabaikan waktu belajar.

"Saya percaya kepada kata-kata hendak seribu daya tak hendak seribu dalih dan kalau kita bersungguh-sungguh, biar sesibuk manapun, kita akan berusaha mencari masa untuk membahagikan antara pelajaran dan tugas-tugas lain," katanya.

Bagi graduan Sijil Fesyen dan Pakaian, Farah Athirah Rosli, 21, sokongan ibu bapa, para pensyarah dan rakan-rakan merupakan pendorong utama kejayaannya selama ini.

Pada majlis itu, Kolej Komuniti turut menaja dan mengedarkan 1,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia kepada orang ramai.

10 peratus kuota perumahan bumiputera dilepaskan

Posted:

10 peratus kuota perumahan bumiputera dilepaskan

10 peratus kuota perumahan bumiputera dilepaskan

MELAKA 14 April - Kerajaan negeri melepaskan 10 peratus unit kuota perumahan bumiputera yang belum dijual sehingga Mac tahun ini kepada bukan bumiputera bermula semalam.

Sehingga Mac lalu, sebanyak 2,210 unit kuota rumah bumiputera bernilai RM672 juta di negeri ini yang masih belum dijual.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, jumlah itu meliputi kira-kira 221 unit daripada 770 perumahan yang telah siap dibina dan telah memperoleh sijil layak menduduki (CF).

"Kebanyakan rumah ini terpaksa dilepaskan kerana belum dijual sejak lima tahun lalu sehingga kini.

"Bagaimanapun, pelepasan kuota unit rumah bumiputera ini hanya melibatkan perumahan yang telah siap dan untuk projek perumahan akan datang akan dibincangkan kemudian mengikut polisi," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) pada majlis perasmian Eskpo Harta Tanah dan Perumahan Melaka 1st Mapex 2012 di kompleks membeli-belah Mahkota Perade, di sini semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Md. Yunos Husin; Pengerusi REHDA negeri, Datuk Gwee Yew Kiat dan Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan negeri, Sazali Muhd. Din.

Dalam pada itu, Mohd. Ali menetapkan rundingan kerajaan negeri dengan REHDA dalam tempoh dua minggu bagi membincangkan satu lagi cadangan REHDA iaitu untuk membina sebanyak 50 peratus projek perumahan kos rendah yang masih belum dibina oleh pihak pemaju di negeri ini kepada perumahan kos sederhana.

Jumlah tersebut katanya, meliputi kira-kira 3,000 unit daripada 5,600 unit rumah kos rendah yang masih belum dibina.

Kata Mohd. Ali, cadangan itu dibuat oleh REHDA berikutan hanya 1,900 permintaan diterima melibatkan rumah kos rendah di negeri ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan