Sabtu, 14 April 2012

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Kampung Tanpa Wayar di Melaka

Posted:

Kampung Tanpa Wayar di Melaka

Kampung Tanpa Wayar di Melaka

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my


MOHD. Ali Rustam melayari Internet semasa merasmikan Kampung Tanpa Wayar (KTW) di Pusat Jalur Lebar Komuniti, Kampung Sungai Tuang, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, semalam.


ALOR GAJAH 13 April - Kerajaan negeri akan memastikan seluruh kampung di setiap kawasan Parlimen di negeri ini akan menikmati kemudahan jalur lebar menerusi projek Kampung Tanpa Wayar (KTW) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sehingga ini sebanyak 120 buah lokasi KTW telah disediakan untuk memberi kemudahan kepada pelajar dan penduduk untuk menggunakan teknologi jalur lebar.

Menurutnya, kerajaan negeri mensasarkan sebanyak 20 lagi lokasi yang akan diwujudkan KTW bagi memastikan seluruh penduduk khususnya di luar bandar dapat menikmati kemudahan jalur lebar tanpa perlu ke bandar.

"Saya harap KTW yang diwujudkan di Pusat Jalur Lebar Komuniti akan dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat dan menambah minat mereka kepada internet dan merubah cara hidup ke arah era teknologi ICT serta berpengetahuan tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan KTW di Pusat Jalur Lebar Komuniti, Kampung Sungai Tuang, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Parlimen, Datuk Abu Seman Yusop; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi, Datuk Ismail Othman; ADUN Taboh Naning, Datuk Latipah Omar dan Pemangku Pengarah SKMM Wilayah Selatan, Mohamed Faiezal Othman.

Menurut Mohd. Ali berkata, enam lokasi KTW baru yang akan diwujudkan adalah di daerah Jasin.

Menurutnya, pengguna yang mendaftar dapat melayari internet dengan menggunakan komputer riba milik sendiri dan kemudahan komputer yang disediakan di Pusat Jalur Lebar Komuniti.

"Dengan kelajuan muat turun sebanyak 384 kbps sudah memadai bagi pengguna melayari mana-mana laman web atau laman sosial seperti Facebook, MySpace, Twitter dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata, penyelenggaraan infrastruktur KTW dibiayai sepenuhnya oleh SKMM melalui Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) serta dana Tanggungjawab Sosial (CSR) SKMM.

Kos pembinaan katanya, dianggarkan di antara RM25,000 hingga RM32,000 bagi setiap tapak KTW.

Kolej komuniti taja 1,000 akhbar Utusan Malaysia

Posted:

Kolej komuniti taja 1,000 akhbar Utusan Malaysia

Kolej komuniti taja 1,000 akhbar Utusan Malaysia


ABDUL Razak Sabtu (kanan) menyerahkan replika tajaan akhbar Utusan Malaysia kepada Azmi Adnan, wakil pemasaran Utusan Melaka pada Majlis Raptai Konvensyen Kolej Komuniti Durian Tunggal, Melaka, semalam.


MELAKA 13 April - Kolej komuniti menaja sebanyak 1,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia sempena Konvokesyen 2012 Kolej Komuniti Melaka dan Negeri Sembilan yang berlangsung esok di Dewan Besar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal, di sini.

Replika cek tajaan itu diserahkan Pengerusi Konvokesyen merangkap Pengarah Kolej Komuniti Bukit Beruang, Abdul Razak Sabtu kepada Eksekutif Pemasaran Utusan Malaysia Cawangan Melaka, Azmi Adnan di UTeM hari ini.

Abdul Razak berkata, tajaan itu akan diedarkan kepada hampir 1,000 graduan Kolej Komuniti sekitar Melaka dan Negeri Sembilan yang bakal menerima sijil masing-masing pada konvokesyen tersebut.

"Ini merangkumi graduan-graduan dari Kolej Komuniti Bukit Beruang, Masjid Tanah, Jasin, Selandar, Jempol, Jelebu dan Rembau," katanya.

Kata Abdul Razak, tajaan itu berikutan kepercayaan pihaknya menggunakan akhbar sebagai medium hebahan dan sebaran maklumat mengenai Kolej Komuniti kepada masyarakat.

Konvokesyen itu dijangka akan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Bukit Beruang merangkap Ahli Parlimen Bukit Katil, Datuk Md. Sirat Abu.

Jenayah di Negeri Sembilan turun 81 kes

Posted:

Jenayah di Negeri Sembilan turun 81 kes

Jenayah di Negeri Sembilan turun 81 kes


ABDUL Manan Mohd. Hassan memeriksa barisan kawalan kehormat pada Majlis Perbarisan Hari Kor Kadet Polis Ke-42 di Padang Merdeka, Port Dickson, semalam.


TELOK KEMANG 13 April - Kadar kes jenayah di negeri ini bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini menurun sebanyak 81 kes atau 5 peratus kepada 1,519 kes berbanding 1,600 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Manan Mohd. Hassan berkata, jenayah kekerasan didapati meningkat kepada 418 kes tahun ini berbanding 311 kes untuk tempoh yang sama tahun lalu, iaitu sebanyak 34.41 peratus.

Beliau berkata, kes jenayah harta benda mencatatkan penurunan iaitu 1,101 kes pada tahun ini berbanding 1,212 kes tahun lepas.

"Kedudukan kes bagi jenayah jalanan menyaksikan kenaikan sebanyak 15 kes iaitu dari 119 kes tahun lalu kepada 134 kes tahun ini," katanya ketika berucap pada Perbarisan Hari Kor Kadet Polis ke-42 di Padang Merdeka, Port Dickson di sini semalam.

Beliau berkata, pasukan Kor Kadet Polis seharusnya berasa bangga kerana menjadi sebahagian daripada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Keahliannya juga telah meningkat kepada 110,740 orang berbanding 1,960 orang pada awal penubuhannya," katanya.

Menurutnya, anggota Kor Kadet Polis yang bakal mewarisi negara ini seharusnya menunjukkan teladan yang baik serta mempertingkatkan mutu kerja.

"Naluri remaja yang mudah terpengaruh serta mempunyai sifat ingin mencuba sesuatu yang baru seharusnya dijaga supaya tidak tersilap langkah," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan