Sabtu, 14 April 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Korban gempa Aceh meningkat kepada 10 orang

Posted: 14 Apr 2012 02:10 AM PDT

Mutakhir

JAKARTA: Jumlah kematian dalam kejadian gempa bumi kuat 8.5 magnitud yang menggegarkan Aceh Rabu lalu meningkat kepada 10 orang manakala 12 lagi cedera termasuk empat parah.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) menyatakan mangsa yang terkorban berumur antara 62 dan 88 tahun.

Enam orang maut di daerah Aceh Besar dan masing-masing seorang dari daerah Padang Pariaman, Banda Aceh, Aceh Barat dan Lhoksemauwe. Daripada empat mangsa yang cedera parah, dua orang dari daerah Aceh Besar dirawat di Hospital Banda Aceh, satu lagi dari daerah Aceh Selatan dirawat di Hospital Yullidin Away, Tapaktuan manakala seorang kanak-kanak dari daerah Aceh Singkil kini dalam keadaan kritikal setelah ditimpa pokok semasa kejadian gempa bumi.

"Semua mangsa yang cedera ringan sudah kembali ke rumah masing-masing," kata Ketua Pusat Data Maklumat dan Perhubungan Awam BNPB Sutopo Purwo Nugroho, di Jakarta. - BERNAMA

Polis temui mayat wanita sedang terbakar

Posted: 14 Apr 2012 01:22 AM PDT

Mutakhir

PADANG SERAI: Polis yang bergegas ke lokasi kejadian pembunuhan sempat memadamkan mayat seorang wanita yang sedang terbakar di kawasan semak di tepi jalan berhampiran Taman Desa Aman, di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Kedah, Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad, berkata sepasukan polis tiba di lokasi kejadian kira-kira 10.30 malam tadi ketika mayat wanita yang belum dikenali identitinya sedang terbakar.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mayat wanita berkenaan diselimut dengan kain dan dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dibawa ke situ untuk dibakar bagi melenyapkan bukti kes. Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sehingga kini, polis masih mengesan sama ada kejadian bunuh tersebut dilakukan oleh seorang suspek atau lebih dan belum ada sebarang tangkapan dibuat. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan