Ahad, 15 April 2012

Utusan Online - Rencana

Utusan Online - Rencana


Antara ‘pengemis’ dan ‘pak turut’

Posted:

Antara 'pengemis' dan 'pak turut'

Oleh Zulkiflee Bakar
pengarang@utusan.com.my

NAMPAKNYA, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu ternyata sudah tidak boleh lagi menahan sabar dengan kerenah Pas negeri itu dalam soal pembahagian kerusi, justeru terpancullah perkataan, ''Jika Pas anggap PKR pengemis, kita terima sajalah."

Perkataan itu dilafazkan oleh Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail yang ternyata kecewa apabila Pas hanya memberikan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kawasan Parlimen kepada PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Kekecewaan Azan adalah berikutan kenyataan Pengerusi Lujnah Pendidikan Pas pusat, Abu Bakar Chik yang secara terbuka mengakui Pas Terengganu lebih kuat berbanding PKR dalam menghadapi pilihan raya umum.

Sebenarnya PKR bukan sahaja berbalah dengan Pas di Terengganu, sebaliknya PKR juga sedang berbalah dengan DAP di Kedah dalam soal pembahagian kerusi. Kita percaya di negeri-negeri lain juga 'pertembungan' perebutan kerusi di kalangan pakatan pembangkang ini akan berlanjutan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Disenaraikan atau tidak, teruskan kerja

Posted:

Disenaraikan atau tidak, teruskan kerja

Oleh Hassan Mohd. Noor

ADAKAH nama anda disenaraikan oleh parti di peringkat bahagian sebagai calon bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13? Jika ada baguslah. Tidak ada pun tidak apa kerana senarai itu bukanlah sesuatu yang muktamad. Perubahan boleh berlaku pada saat-saat akhir.

Apa yang lebih penting sekarang ialah bekerja untuk kemenangan. Inilah yang sedang dilakukan oleh parti politik menjelang PRU yang semakin hampir. Masing-masing mahu memikat pengundi. Mereka sudah menyediakan senarai calon walaupun ada yang masih berbalah mengenai pembahagian kerusi. Di sesetengah kawasan, sedang berlaku 'perang' bendera parti. Suasana ini agak berbeza. Dulu yang paling awal pasang bendera atau bendera sentiasa berkibar adalah Pas tidak kira masa sama ada musim pilihan raya atau sebaliknya. Tetapi hari ini bendera BN pun sudah berkibaran. Keadaan ini boleh dilihat di beberapa kawasan di Selangor. Di celah-celah banting Khalid Ibrahim tersenyum mengucapkan terima kasih kepada rakyat Selangor kerana memberi kepercayaan kepada PKR memerintah negeri itu, bendera biru berlambangkan dacing sudah banyak kelihatan. Tidak pasti selama mana bendera ini akan bertahan kerana mungkin mereka yang berkuasa akan menunjukkan belang menurunkannya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan