Ahad, 15 April 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


WI disaran pelbagai kegiatan

Posted:

WI disaran pelbagai kegiatan

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my


Adnan Yaakob menyampaikan cenderamata kepada Datin Zaleha Abdul Jalil yang dipilih sebagai tokoh Perkumpulan Wanita peringkat Daerah Temerloh pada Majlis Mesra 1Malaysia di Dewan Tun Razak, Temerloh, Pahang, baru-baru ini.


TEMERLOH 15 April - Perkumpulan Wanita (WI) di negeri ini disaran mempelbagaikan kegiatan terutama berkaitan kemasyarakatan dan keluarga bagi melahirkan rakyat yang bertanggungjawab, maju dan berdaya saing.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, sebagai golongan yang rapat dengan keluarga dan masyarakat, wanita boleh memainkan peranan bagi melakukan transformasi minda dalam usaha kerajaan membangunkan negara.

Katanya, banyak kegiatan boleh dilakukan oleh WI, antaranya ceramah, kursus keagamaan untuk anak-anak, remaja, belia dan suri rumah, latihan, seminar dan pelbagai aktiviti lagi untuk meningkatkan taraf hidup keluarga.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Pertandingan Sepak Raga Bulatan di masjid

Posted:

Pertandingan Sepak Raga Bulatan di masjid

KUANTAN 15 April - Fungsi masjid bukan sahaja untuk beribadat tetapi boleh digunakan bagi tujuan riadah lain seperti menganjurkan aktiviti kemasyarakatan yang akan mengukuhkan perpaduan di kalangan umat Islam.

Perkara itu dibuktikan oleh pengurusan Masjid Saidina Ali Abi Talib di Bukit Sekilau di sini apabila menganjurkan Pertandingan Sepak Raga Bulatan di pekarangan masjid itu, baru-baru ini.

Ia dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Pembangunan Keluarga dan Masyarakat (Mayang) Parlimen Indera Mahkota, Datuk Mohd. Hazmi Yusof yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Bilal masjid berkenaan, Mohd. Razali Abdullah, 60, berkata, stigma masyarakat yang masih menganggap masjid hanya tempat beribadat dan membabitkan aktiviti keagamaan perlu diubah.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Dapatkan nasihat cara membaja

Posted:

Dapatkan nasihat cara membaja

MARAN 15 April - Pekebun kecil disaran supaya sentiasa mendapatkan nasihat daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mengenai cara membaja yang berkesan agar hasil getah dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda negeri, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak berkata, kerajaan melalui RISDA mengeluarkan peruntukan yang banyak bagi membantu pekebun kecil untuk memajukan sektor pertanian khususnya tanaman getah.

"Oleh itu, pekebun kecil haruslah mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar daripada RISDA yang akan menerapkan amalan pertanian yang baik kepada mereka.

"Ia bertujuan untuk memastikan golongan ini dapat meningkatkan pendapatan mereka sekali gus dapat mengeluarkan mereka dari kemiskinan," ujar beliau di sini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan