Ahad, 15 April 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


7,000 penyewa ditawar beli rumah PPR

Posted:

7,000 penyewa ditawar beli rumah PPR

7,000 penyewa ditawar beli rumah PPR

SERAMAI 7,000 penyewa rumah PPR di Kuala Lumpur akan menerima surat tawaran pembelian rumah tersebut mulai hari ini.


KUALA LUMPUR - Seramai 7,000 penyewa perumahan awam di sekitar ibu negara akan menerima surat tawaran pembelian rumah di bawah skim pembiayaan khas Program Perumahan Rakyat-Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR-MTEN) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (PA DBKL) bermula hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, penyewa terbabit merupakan kumpulan pertama pembeli yang melibatkan fasa pertama dana pembiayaan pinjaman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM300 juta.

"Mereka ini adalah penyewa perumahan awam sekitar ibu negara yang bersetuju menerima tawaran pembelian rumah di bawah skim ini.

"Pihak DBKL akan menghantar surat tawaran itu kepada mereka dari pintu ke pintu. Penghantaran akan dilakukan secara berperingkat bermula esok (hari ini) dalam tempoh dua bulan," katanya pada sidang akhbar majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Hafizuddin, Natasha kembali berkawan

Posted:

Hafizuddin, Natasha kembali berkawan

Hafizuddin, Natasha kembali berkawan

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my


HAFIZUDDIN (kiri) ketika mukanya melecur kerana disimbah asid sambil diperhatikan Natasha di Taman Seri Bakau, Kangar pada September 2011.


KANGAR - Setelah hampir tujuh bulan berpisah, Mohd. Hafizuddin Mohd. Johari, mangsa simbahan asid oleh seorang lelaki yang cemburu terhadap hubungannya dengan seorang pondan yang dikenali sebagai Natasha pada September lalu kini kembali menjalin hubungan dengan temannya itu.

Mohd. Hafizuddin, 21, ketika menghubungi Kosmo! memberitahu, hubungan dia dengan Natasha atau nama sebenarnya, Tabri Rashid Abu Hassan, 29, kini hanya atas dasar kawan dan tidak lebih daripada itu.

Dia yang telah sembuh daripada kecederaan menegaskan, hubungannya dengan Natasha terdahulu dan terkini adalah atas kerelaan hatinya bukan disihir atau dibomoh seperti didakwa oleh ahli keluarganya sebelum ini.

"Saya sudah sembuh dan menjalani kehidupan baharu setelah bekerja dengan sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang sejak sebulan lalu dengan seorang kawan.

"Setelah bekerja, kami kembali berhubung tetapi cuma sebagai kawan, kami selalu bersembang melalui telefon dan bertemu sesekali kerana masing-masing sibuk," ceritanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pemandu treler dijel empat tahun

Posted:

Pemandu treler dijel empat tahun

Pemandu treler dijel empat tahun


KEADAAN treler yang merempuh empat buah kenderaan dan menyebabkan sembilan terkorban di Kilometer 41.3 Lebuh Raya Utara-Selatan di Plaza Tol Hutan Kampung pada 2007.


ALOR SETAR - Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan yang meragut sembilan nyawa termasuk tujuh sekeluarga di Plaza Tol Hutan Kampung, Lebuh Raya Utara-Selatan di Kepala Batas dekat sini lima tahun lalu dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan denda RM9,000.

Majistret Zuhair Rosli menjatuhkan hukuman itu terhadap Zainol Fitri Hassan, 39, dari Taman Melor, Kulim setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan keraguan munasabah dalam kes itu.

Mahkamah turut memerintahkan supaya lesen memandu tertuduh digantung selama empat tahun mulai semalam.

Tertuduh yang merupakan pemandu lori bernombor PDR 7988 didakwa memandu secara melulu sehingga menyebabkan sembilan nyawa melayang selepas merempuh empat buah kenderaan di Kilometer 41.3 Lebuh Raya Utara-Selatan di sini pada pukul 3.50 petang 29 Mei 2007.

Tujuh sekeluarga yang terbunuh ialah Suraya Ilias, 32; Mohamad Azlan Ilias, 21; Sawiyah Ilias, 27; Muhammad Alif Syafiq Ilias, 6; Nurul Izzati Ilias, 4; Ilias Salleh, 54, dan Uzmadaniel Syahril, 1.

Dua lagi mangsa yang terbunuh ialah Wan Rohani Wan Ibrahim, 54, dan Mohd. Arif Irfan Mohd. Taqiyudin, 1.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan