Sabtu, 14 April 2012

Utusan Online - Rencana

Utusan Online - Rencana


Pilihan raya umum Jun?

Posted:

Pilihan raya umum Jun?

Oleh Zulkiflee Bakar


Sokongan golongan muda kepada Barisan Nasional (BN) dikatakan semakin meningkat berikutan pelbagai dasar yang dilaksanakan kerajaan bagi membela nasib mereka.


PERGILAH ke mana sahaja sama ada pejabat kerajaan mahu pun warung kopi, topik paling hangat yang menjadi perbincangan sekarang ialah bilakah pilihan raya.

Pelbagai pihak membuat ramalan ada yang berkata pada bulan Jun, ada yang berkata sebaik sahaja selesai pertabalan Yang di-Pertuan Agong Rabu lalu dan ada pula yang mengatakan bulan Oktober.

Semua pihak berhak membuat andaian tetapi apa yang pasti hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui dan akan memberi ilham kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bila sepatutnya Pilihan Raya Umum Ke-13 patut diadakan.

Tetapi seorang teman yang bertugas dengan seorang menteri kanan memaklumkan kepada penulis bahawa 'bosnya' telah memberi arahan dan taklimat kepada mereka seolah-olah pilihan raya umum sudah terlalu dekat.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Penderhakaan

Posted:

Penderhakaan

Bisik-Bisik Mingguan

TAK habis-habis pemimpin pembangkang buat onar. Ada sahaja perbuatan yang memalukan malah tidak terfikir dek akal.

Terbaru, seorang pegawai perubatan, Dr. Rahman Kadir mendedahkan perbuatan beberapa pemimpin pembangkang mempersendakan Raja-raja Melayu pada pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Rabu lalu.

Beliau yang bertugas semasa istiadat itu berlangsung, membuat pendedahan tersebut menerusi laman Facebook, yang kemudian disiarkan sebagai berita utama Utusan Malaysia, kelmarin.

Menurut Dr. Rahman, perbuatan itu paling ketara dilakukan apabila tetamu kehormat termasuk Raja-raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri berjalan masuk ke dalam Balairong Seri.

''Seolah-olah seperti kanak-kanak sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua,'' itulah antara lain kenyataan beliau.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan