Sabtu, 14 April 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Tiga penyamun tersungkur

Posted:

Tiga penyamun tersungkur

Tiga penyamun tersungkur

Oleh AISHAH AMIN dan YUNUS YAAKUB
berita@kosmo.com.my

ANGGOTA polis memeriksa mayat penjenayah yang ditembak mati di bulatan Taman Billion, Lebuh Raya MRR2, Cheras semalam.


KUALA LUMPUR – Sekumpulan penjenayah yang melarikan enam dulang barang kemas bernilai RM600,000 di sebuah kedai emas dekat Seksyen 18, Shah Alam pada 6 April lalu kecundang apabila mereka mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di bulatan Taman Billion, Lebuh Raya Lingkaran Kedua (MRR2), Cheras di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, dua lelaki mati di tempat kejadian sementara seorang lagi suspek yang cedera parah disahkan mati semasa dalam perjalanan ke hospital.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah memberitahu, suspek dikejar selepas cuba melarikan diri ketika ditahan sepasukan anggota polis berdekatan kawasan Hospital Pantai Cheras.

"Suspek yang pada mulanya dikesan menaiki kenderaan Proton Exora di sekitar kawasan Taman Cheras Makmur berdekatan Hospital Pantai cuba melarikan diri melalui Lebuh Raya MRR2 menghala ke Bukit Jalil.

"Selepas kira-kira satu kilometer (km) dikejar, kenderaan suspek telah melanggar dua buah kereta orang awam yang berhenti di lampu isyarat bulatan Taman Billion sebelum dikepung oleh anggota polis.

"Berikutan tindakan suspek yang melepaskan beberapa tembakan ke arah anggota polis, kita terpaksa melepaskan tembakan balas di situ," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Difahamkan, suspek diburu oleh satu pasukan khas yang melibatkan anggota dari Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor (IPK) dan IPK Kuala Lumpur selepas melakukan rompakan bersenjata di Shah Alam, 6 April lalu.

Menurut Chin Wah, dua daripada suspek masing-masing berumur 24 tahun, seorang lagi yang berusia 40 tahun pula didapati mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau termasuk samun dan dadah. Ketiga-tiga mereka merupakan warga tempatan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Mayat wanita terbakar dalam parit

Posted:

Mayat wanita terbakar dalam parit

Mayat wanita terbakar dalam parit

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
norlida.idros@kosmo.com.my


BEBERAPA orang anggota polis menjalankan siasatan di kawasan penemuan mayat seorang wanita yang dibakar dekat Kulim kelmarin.


KULIM – Dua lelaki yang mahu memikat burung terkejut besar apabila menemui mayat seorang wanita sedang terbakar di dalam parit sedalam dua meter di kawasan semak tepi Jalan Padang Meha berhampiran Taman Desa, Padang Serai di sini malam kelmarin

Mayat wanita lingkungan usia 20-an tanpa identiti itu ditemui dalam keadaan terlentang, tangan terikat serta badan berbalut kain oleh dua orang awam itu pada kira-kira pukul 10 malam.

Polis yang tiba di lokasi kejadian kira-kira setengah jam kemudian bertindak memadamkan api pada mayat yang telah rentung.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Zakaria Ahmad berkata, polis mendapat maklumat mengenai penemuan mayat itu daripada dua orang awam yang bertindak menghubungi Balai Polis Sungai Karangan.

"Kejadian itu masih baru memandangkan ketika anggota kami tiba, api masih lagi membakar mayat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Hasil siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dihumban ke dalam parit berhampiran ladang kelapa sawit itu untuk dibakar bagi menghapuskan bukti.

"Setakat ini kami belum dapat mengenal pasti identiti mangsa kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui selain keadaan mayat juga sudah rentung," ujarnya.

Katanya, mayat wanita itu kemudian dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Nikah selepas tiga hari koma

Posted:

Nikah selepas tiga hari koma

Nikah selepas tiga hari koma


IZMAN (kiri) melafaz akad nikah di hadapan Yunos sambil disaksikan oleh Murni di Hospital Melaka semalam.


MELAKA – Manusia mampu merancang, Tuhan menentukan segala-galanya. Itulah yang paling sesuai menggambarkan majlis akad nikah Izman Mohamad, 35, dan isterinya, Murni Osman, 33, di Wad D2, Hospital Melaka semalam.

Pasangan itu bernikah pada tarikh yang dirancang, cuma lokasinya telah berubah dari rumah pengantin perempuan di Durian Daun ke wad Hospital Melaka gara-gara Izman terbabit dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta pada 6 April lalu.

Akibat kemalangan itu, Izwan koma selama tiga hari dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka akibat patah hidung dan bahu kiri selain kecederaan pada paru-paru.

Pengantin lelaki yang memakai baju Melayu dan bersongkok sambil duduk di atas kerusi roda pesakit menyempurnakan akad nikah dengan dua kali lafaz.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan