Sabtu, 14 April 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


SKM stabilkan 15 Kobera di Pahang

Posted:

SKM stabilkan 15 Kobera di Pahang

Oleh M. RIZAL NOR
utusanktn@gmail.com


Zazali Harun (duduk dua dari kiri) bersama Ahmad Shukri Ismail (duduk tengah) dan Lau Lee (duduk dua dari kanan) bersama kakitangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia di Jerantut, Pahang, baru-baru ini.


JERANTUT 14 April - Sebanyak 15 Koperasi Bela Rakyat (Kobera) di negeri ini akan distabilkan semula oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berikutan kegagalan koperasi terbabit menguruskan perniagaan mereka dengan berkesan.

Pengarah SKM Pahang, Zazali Harun berkata, langkah itu diambil berikutan kegagalan koperasi berfungsi dengan baik yang berpunca daripada masalah dalaman seperti pengurusan.

Menurutnya, Kobera merupakan koperasi yang ditubuhkan oleh SKM bagi membantu peserta di bawah garis kemiskinan terutama golongan miskin dan miskin tegar melibatkan diri dalam perniagaan, sekali gus menambah pendapatan mereka.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Tiga pasukan keselamatan Lipis dipuji

Posted:

Tiga pasukan keselamatan Lipis dipuji

KUALA LIPIS 14 April - Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) telah memainkan peranan penting dalam menjaga ketenteraman awam di daerah ini.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr. Mohamad Shahrom Osman berkata, tugas secara kolaborasi tiga pasukan beruniform tersebut menzahirkan kesejahteraan penduduk yang daerah itu disasarkan sebagai sifar kes jenayah.

Menurutnya, berdasarkan laporan Ketua Polis Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan, tidak berlaku sebarang jenayah di bandar Kuala Lipis dalam tempoh tiga bulan lalu.

"Begitu juga kadar kes jenayah dilaporkan menurun 15 peratus, cuma ada kes-kes kecil seperti pecah rumah dan kecurian motosikal di kawasan luar bandar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pertandingan akhir Kejohanan Futsal Piala Ketua Polis Lipis di Kampung Penjom, dekat sini kelmarin.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Gangguan bekalan air di Maran

Posted:

Gangguan bekalan air di Maran

MARAN 14 April - Beberapa kawasan di daerah ini mengalami masalah gangguan bekalan air pada Rabu ini berikutan kerja-kerja penggantian injap di Loji Air Jengka Utama di sini.

Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) dalam satu kenyataan berkata, antara kawasan terlibat ialah Bandar Jengka, Rumpun Makmur, Kampung Batu Sawar, Kampung Dingkir, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang, Desa Jaya dan Rantau Perintis.

"Selain itu, turut terlibat Jengka 10, Jengka 14, Jengka 15, Jengka 16, Jengka 20, Jengka 21, Jengka 22, Jengka 24 dan Jengka 25.

"Oleh itu, penduduk di sekitar diminta untuk menyimpan bekalan air bagi kegunaan harian dan sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Paip di talian 09-5739999," kata kenyataan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan