Jumaat, 13 April 2012

Utusan Online - Rencana

Utusan Online - Rencana


Malaysia penetap trend teknologi hijau

Posted:

BERMULA dengan teknologi konvensional, kenderaan terkini telah menjadi lebih baik dengan teknologi hijau yang membolehkan penjimatan 20 hingga 30 peratus minyak. Namun, komposisi produk komersial kenderaan kini jelas sekali masih banyak menggunakan tenaga fosil.

Ia perlu dikurangkan atau dihentikan sepenuhnya bukan sahaja demi alam sekitar malahan berikutan krisis bekalan bahan api fosil yang semakin berkurangan. Di sinilah teknologi hijau seperti hibrid, elektrik dan sel tenaga hidrogen memainkan peranan.

Dalam temuramah khas Utusan Malaysia bersama Pensyarah Jentera Turbo Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Imperial College London, Profesor Dr. Ricardo F. Martinez-Botas, beliau berkongsi perkembangan semasa dan sasaran aplikasi teknologi hijau itu bersama wartawan NURUL ANUAR KARI dan SHEILA RANI CHANDRASEKARAN serta jurugambar AMIN FARIJ HASAN.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

‘Ia jenayah serius, sebab itulah...’

Posted:

'Ia jenayah serius, sebab itulah...'

Oleh Zulkifli Jalil

KALAU difikirkan kisah desakan dan rasa tak puas hati memanjang pembangkang di negara ini, alamat tak buat kerjalah kerajaan untuk rakyatnya.

Masa seakan tak berjalanlah, dek asyik nak layan kerenah mereka.

Buat begini, dikatakan begitu. Sudah dilaksanakan, dicari pula salahnya biar sebesar zarah sekalipun. Dicari-cari, tak jumpa pun kecacatan itu. Tapi 'pusingnya' aduhai, biar ke mana halanya asalkan setidak-tidaknya akan timbul kemarahan orang.

Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tempoh hari merancang menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dikatakan 'depa' punya idea. Bila dibacakan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 buat kali pertama di Dewan Rakyat Selasa lalu yang digubal ekoran pemansuhan ISA 1960, dikatakan macam-macam pula oleh juak-juak ini. Serba tak kenalah apa yang kerajaan buat. Rakyat pun geleng kepala.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan