Jumaat, 13 April 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Produk halal, haram dicampur

Posted:

Produk halal, haram dicampur

Produk halal, haram dicampur

Oleh IKHWAN HAZWAN HAMIDUN dan SYED IBRAHIM SYED ABDULLAH
berita@kosmo.com.my

MOHD. AMRI menunjukkan makanan halal (kiri) dan tidak halal (kanan) yang disimpan di bilik sejuk yang sama di Cheras, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Sebuah premis pembekal makanan sejuk beku yang dipercayai untuk pasaran sekitar Cheras di sini diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam setelah pemilik kedai itu didapati mencampur produk makanan halal dan tidak halal dalam bilik sejuk beku yang sama.

Premis yang terletak di Taman Bukit Anggerik, Cheras itu dikatakan telah beroperasi sejak tiga tahun lalu dan menjual pelbagai produk sejuk beku seperti sosej, bebola ikan dan kek ikan tetapi pada masa yang sama turut menjual bebola dan sosej babi.

Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Hub Halal Jakim, Mohd. Amri Abdullah berkata, berdasarkan hasil serbuan, pihaknya mendapati pemilik premis berkenaan mencampurkan semua produk makanan itu di dalam bilik sejuk yang sama.

"Hasil pemeriksaan memang didapati wujud percampuran produk halal dan tidak halal dalam bilik sejuk beku yang sama.

"Ini merupakan satu isu yang sensitif kepada umat Islam dan Jakim memandang serius tindakan pemilik premis berkenaan kerana produk makanan tersebut turut dijual kepada pengguna Islam," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Suami isteri dituduh bunuh amah

Posted:

Suami isteri dituduh bunuh amah

Suami isteri dituduh bunuh amah


mey sichan


BUKIT MERTAJAM – Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan dengan niat bersama membunuh seorang amah warga Kemboja pada 1 April lalu.

Soh Chew Tong, 43, dan isterinya Chin Chui Ling, 41, dituduh dengan niat bersama melakukan kesalahan itu terhadap Mey Sichan, 24, seorang warga Kemboja di premis bernombor 2190 Taman Asas Murni, Jalan Bukit Minyak di sini pada 1 Januari hingga 1 April.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mereka yang diwakili peguam bela, Michael KL Chee hanya tunduk ketika pertuduhan dibacakan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.

Majistret Chiang Kian Hong menetapkan pada 7 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurdeenie Abdul Rashid.

Difahamkan, tiga pekerja pasangan itu, termasuk seorang wanita, dibebaskan dan menjadi saksi pendakwaan.

Akhbar pada 5 April lalu melaporkan mayat Mey Sichan ditemui di atas katil di dalam sebuah stor barang di tingkat dua premis perniagaan milik kedua-dua tertuduh.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Belajar bahasa Punjabi di sekolah

Posted:

Belajar bahasa Punjabi di sekolah

Belajar bahasa Punjabi di sekolah


MUHYIDDIN (tengah) mencuba membuat capati selepas merasmikan majlis sambutan Hari Vasakhi di Gurdwara Sahib Sentul, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Kerajaan sedia mempertimbang untuk melaksanakan pembelajaran bahasa Punjabi di sekolah sekiranya terdapat permintaan dan bilangan pelajar yang mencukupi untuk mempelajarinya, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, sekiranya dilaksanakan, ia akan membolehkan generasi muda Sikh menguasai bahasa ibunda sementara kaum lain dapat mempelajari bahasa Punjabi bersesuaian dengan semangat 1Malaysia.

"Adalah penting bagi kita semua belajar mengenai orang lain di negara ini kerana ia akan menyatukan kita semua," katanya ketika merasmikan majlis rumah terbuka Vaisakhi di Gudwara Sahib Sentul di sini semalam.

Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Presiden Gudwara Sahib Sentul, Gurdiall Singh.

Pada majlis itu, Muhyiddin mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi kegunaan Gudwara Sahib Sentul yang berusia 100 tahun untuk membaikpulih bangunan sedia ada, membina bangunan tambahan dan aktiviti komuniti Sikh di kawasan tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan