Jumaat, 13 April 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Aspirasi 1Malaysia kalangan pelajar

Posted:

Aspirasi 1Malaysia kalangan pelajar

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

KUANTAN 13 April - Pengetua sekolah perlu memainkan peranan untuk menerapkan lapan nilai aspirasi yang menjadi teras gagasan 1Malaysia di kalangan pelajar sekolah yang merupakan generasi pelapis masa depan negara.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, lapan nilai aspirasi itu adalah budaya ilmu, integriti, ketahanan, kesetiaan, kebijaksanaan, budaya ketepatan, budaya berprestasi tinggi dan budaya inovasi.

Beliau berkata, aspirasi negara terhadap pengetua sebagai penjana modal insan cemerlang menuntut komitmen yang tinggi daripada mereka di semua sekolah di seluruh negara.

"Generasi pelapis yang kini berada di bangku sekolah perlu diterapkan dengan kelapan-lapan nilai aspirasi 1Malaysia itu secara berkesan dan terancang oleh pengetua dengan dibantu oleh warga pendidik yang berada di sekolah masing-masing," katanya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

BN berpegang kepada janji bantu rakyat

Posted:

BN berpegang kepada janji bantu rakyat

BERA 13 April - Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berpegang pada janjinya untuk membantu rakyat tanpa mengira kaum biarpun ada pihak yang sangsi serta memperlekehkan usaha murni itu.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan BN tidak berbohong dan berjanji palsu, sebaliknya segala janji tetap ditunaikan dan buktinya adalah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan, Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dan subsidi.

Menurutnya, kerajaan menyediakan peruntukan besar bagi BR1M dan subsidi bagi mengelak rakyat menanggung beban dengan keadaan kos kehidupan yang meningkat.

"Bagi subsidi minyak petrol dan diesel sahaja, kerajaan BN menyediakan peruntukan RM17 bilion untuk tahun ini dan ia tidak termasuk perubatan, pelajaran dan sebagainya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Sektor swasta digesa bantu pelajar cemerlang

Posted:

Sektor swasta digesa bantu pelajar cemerlang

KUANTAN 13 April - Sektor swasta digesa membantu pelajar khususnya daripada golongan kurang berkemampuan bagi mengelak pembaziran modal insan yang menjadi tunjang pembangunan negara.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Suhaimi Sulong berkata, sektor itu perlu turun padang dan membantu golongan terbabit tanpa mengharapkan kerajaan semata-mata.

Menurutnya, ia adalah satu tanggungjawab sosial korporat dalam membantu negara melahirkan modal insan bermutu seperti pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

"Satu pembaziran apabila pelajar cemerlang daripada keluarga kurang berkemampuan tidak dapat menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana masalah ini.

"Ia merugikan negara dan juga sektor terbabit kerana tidak dapat menggunakan khidmat mereka pada suatu masa nanti," katanya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan