Isnin, 16 April 2012

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


SPR jamin daftar pemilih bersih

Posted:

SPR jamin daftar pemilih bersih

Oleh MARZITA ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 April – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan Malaysia adalah negara yang mempunyai daftar pemilih yang bersih.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, tuduhan pihak-pihak tertentu yang mengatakan daftar pemilih di negara ini kotor adalah tidak adil kepada SPR.

"Adakah kerana wujudnya 0.3 peratus pengundi ragu, daftar pemilih kita dianggap kotor sedangkan tidak wujud sebuah negara di dunia ini yang mempunyai 100 peratus daftar pemilih yang bersih," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan taklimat pertama bersama Ahli-ahli Parlimen berhubung pelbagai isu yang dibangkitkan baru-baru ini di Parlimen, di sini hari ini.

Abdul Aziz juga mahu pihak terlibat supaya tidak 'berlebih-lebih' dalam memanipulasikan perkara tersebut sedangkan pada masa yang sama SPR telah melakukan yang terbaik dalam usaha membersih daftar pemilih.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Taib cetus tanda tanya

Posted:

Taib cetus tanda tanya

BALING 16 April - Ketiadaan Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamudden Md. Taib dalam program dan ceramah Pas malam tadi menimbulkan tanda tanya dalam kalangan banyak pihak termasuk penyokong parti itu sendiri.

Kelibat beliau tidak nampak sepanjang program yang turut dihadiri Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sehingga timbul desas-desus yang menyatakan seperti ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku dalam Pas Baling.

Sama ada tidak dijemput atau Taib Azamudden sengaja tidak mahu hadir ke program itu, masih menjadi persoalan besar kepada ahli-ahli Pas sedangkan semua wakil rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kupang dan Kuala Ketil hadir.

Terdapat juga pandangan yang mengatakan Taib Azamudden seolah-olah dipinggirkan sejak gagal menjawat jawatan nombor dua di bahagian itu. Kini yang nampak lebih menonjol ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Kuang, Johari Abdullah.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan