Ahad, 15 April 2012

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Anwar lupa – Dr. Mahathir

Posted:

Anwar lupa – Dr. Mahathir

KUBANG PASU 15 April – Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan bercadang memansuhkannya jika menjadi Perdana Menteri menunjukkan perangai sebenar Ketua Pembangkang itu yang gemar membuat janji tanpa memikirkan apa yang pernah dia sendiri perkatakan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) berkata, tindakan itu menunjukkan Anwar sudah lupa apa yang telah dilakukannya ketika menjadi Menteri Kewangan semasa penubuhan PTPTN dahulu.

Beliau bagaimanapun, tidak mengulas lanjut mengenai apakah perkara yang telah dilupakan Anwar.

"Itulah Anwar, dia tidak tahu apa dia fikir pun, dia lupa," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Pengasasan Ke-28 Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Tun Dr. Hasmah Mohd. Ali; Pro Canselor UUM, Tun Dr. Ahmad Fairuz Datuk Sheikh Abdul Halim; Pengerusi Lembaga Pengarah UUM, Tan Sri Samsudin Osman; Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak; Presiden Alumni universiti berkenaan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir.

Dr. Mahathir ditanya mengenai hasrat Anwar yang mahu memansuhkan PTPTN sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang dan beliau menjadi Perdana Menteri.

Sebelum ini, Utusan Malaysia yang memetik kenyataan pengendali blog RBF Online melaporkan, hakikatnya Anwar merupakan individu yang bertanggungjawab meluluskan penubuhan PTPTN pada 1 Julai 1997.

Menurut blog tersebut, pada 1997, Tun Dr. Mahathir yang merupakan Perdana Menteri ketika itu mengambil cuti dua bulan lebih dan melantik Anwar yang merupakan timbalannya sebagai Pemangku Perdana Menteri.

Blog berkenaan mendakwa Anwar dilantik sebagai Pemangku Perdana Menteri bermula 9 Mei sehingga 26 Julai 1997 dan dalam tempoh itu beliau mempunyai kuasa yang dimiliki oleh seorang Perdana Menteri.

Menurut Dr. Mahathir, penyediaan pinjaman PTPTN telah membantu rakyat khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah untuk menyambung pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi.

"Kita boleh mansuh PTPTN tetapi orang yang minta nak mansuh sahaja yang terlibat. Orang lain yang masih inginkan pinjaman PTPTN, kita bagilah. Orang yang tak bantah PTPTN kita boleh bantu, orang yang bantah kita jangan bagi dan tiada pendidikan percuma bagi mereka kerana kita tiada sistem pendidikan percuma di peringkat ketiga," ujar beliau.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr. Mahathir berkata, kemajuan dan pembangunan yang dinikmati negara pada masa ini adalah berikutan penekanan terhadap kepentingan ilmu pengetahuan di kalangan rakyat selepas merdeka.

Ini kerana kata beliau, kerajaan percaya hanya ilmu pengetahuan boleh menyumbang kepada pembangunan negara dan telah membelanjakan peruntukan yang banyak untuk meningkatkan pelajaran kepada rakyat.

"Atas sebab itulah di Malaysia sejak awal lagi peruntukan sebanyak 25 peratus daripada belanjawan setiap tahun diberi untuk pelajaran bagi meningkatkan ilmu pengetahuan. Ini adalah satu pelaburan untuk masa depan kerana kita yakin kalau rakyat mempunyai pelajaran yang cukup, maka dapat bangunkan negara dengan lebih pesat dan baik," katanya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Pembangkang dicabar beri pendidikan percuma di Unisel

Posted:

Pembangkang dicabar beri pendidikan percuma di Unisel

BERA 15 April - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dicabar supaya memberikan pendidikan percuma kepada rakyat negeri itu menerusi Universiti Selangor (Unisel).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (gambar) berkata, tindakan itu perlu dilaksanakan sebelum pembangkang meminta kerajaan Barisan Nasional (BN) memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Beliau berkata, negeri lain yang dikuasai pembangkang turut dicabar memberi pendidikan percuma bukan sahaja di universiti kerajaan negeri masing-masing tetapi merangkumi institusi pengajian tinggi yang dibina oleh Persekutuan dan swasta.

"Selain itu, saya juga berharap mereka bukan sahaja memansuhkan PTPTN tetapi turut membiayai sepenuhnya kos keseluruhan pengajian 95 peratus yang ditanggung oleh kerajaan selama ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan