Ahad, 15 April 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Pelajar perlu nyata pendirian

Posted: 15 Apr 2012 04:19 PM PDT

Nasional

MOHD KHALED  beramah mesra dengan pelajar yang menerima anugerah pelajar cemerlang pada Hari Kualiti dan Mesra Rakyat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Megah Ria, dekat Pasir Gudang, semalam.

MOHD KHALED beramah mesra dengan pelajar yang menerima anugerah pelajar cemerlang pada Hari Kualiti dan Mesra Rakyat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Megah Ria, dekat Pasir Gudang, semalam.

Kementerian tak halang penuntut IPT berpolitik melalui pindaan AUKU

PASIR GUDANG: Pemimpin pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) perlu menyatakan pendirian menyokong atau menolak berhubung tindakan segelintir penuntut yang membuat desakan pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata mereka perlu menjelaskan perhimpunan yang membabitkan kira-kira 300 pelajar kelmarin, mewakili suara lebih satu juta pelajar atau hanya membabitkan segelintir golongan kemungkinan terbabit dalam permainan politik. Katanya, kementerian tidak menghalang pelajar IPT untuk berpolitik kerana transformasi politik dan politik baru melalui pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 memberi kebebasan kepada pelajar IPT untuk terbabit dalam politik.

"Apabila kita bercakap berhubung pemansuhan AUKU bermakna kita kena biasakan dengan perhimpunan seumpama itu dan lama kelamaan ia akan menjadi lumrah tetapi apa yang perlu dijawab oleh pelajar yang lain, adakah perhimpunan membabitkan 300 orang itu mewakili golongan itu yang mempunyai lebih sejuta pelajar.
Perkara ini perlu dijawab sendiri adakah mereka membenarkan nama perhimpunan itu atas nama mewakili pelajar?

"Apa yang penting sebagai pelajar IPT, tindak tanduk, cara berfikir dan cara berhubung yang dilakukan perlu berlandaskan ilmu pengetahuan tanpa perlu berdemonstrasi. Sebab itu saya percaya lebih sejuta pelajar menggunakan ilmu pengetahuan untuk menyatakan pandangan bukan mereka 300 orang itu," katanya di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kira-kira 300 pelajar IPT yang berdemonstrasi meminta PTPTN dimansuhkan, di sekitar Dataran Merdeka kelmarin.

Terdahulu, beliau hadir merasmikan Hari Kualiti dan Mesra Rakyat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Megah Ria, dekat sini dan turut menyumbangkan RM30,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah terbabit bagi menjalankan pelbagai kegiatan berkaitan.

Mohamed Khaled berkata, beliau tidak ada masalah dengan tindakan segelintir pelajar yang berdemonstrasi itu, sebaliknya ia perlu dijawab sendiri oleh pelajar lain sama ada mereka bersetuju dengan cara demonstrasi itu.

"Sebab itu dalam bidang akademik tidak ada pensyarah yang berdemonstrasi kerana mereka menggunakan pentas yang sesuai. Dalam bidang akademik juga, jika ada golongan pensyarah yang melakukan kesalahan mereka akan ditegur oleh rakan yang mempunyai kepakaran yang sama untuk menilai mereka.

"Dalam hal ini, saya meminta pelajar IPT itu sendiri untuk memperbetulkan mahasiswa yang terbabit dalam perhimpunan itu melalui pendekatan yang saya panggil rakan sebaya. Pelajar itu sendiri perlu menjelaskan adakah perhimpunan itu mewakili pelajar lain," katanya.

Berhubung penyertaan pelajar IPT dalam perhimpunan BERSIH 3.0, katanya, pihaknya tidak bertanggungjawab terhadap pelajar yang menyertai perhimpunan itu kerana mereka diberikan kebebasan berpolitik.

"Apa yang berlaku di luar terpulang kepada mereka kerana ia bukan tanggungjawab kementerian. Pelajar itu sendiri bertanggungjawab terhadap dirinya kerana kerajaan memberi kebebasan untuk mereka menyertai politik," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Danny

Secara rasional thinking, PTPTN patut diteruskan & dikenakan pada kos minimun pentadbiran tahunan 1%. Saya sebagai Mahasiswa lepasan pada tahun 2002 memang bersyukur kerajaan memperkenalkan PTPTN. Saya, adik & kawan-kawan semua pun dalam proses bayar balik wang pinjamin PTPTN. Sebab, kita bukan kumpulan "kacang lupakan kulit". Kalau kita bayar balik pinjaman PTPTN, barulah generasi masa depan kita (adik-adik) dapat memanfaatkan wang PTPTN.

Adik-adik sekarang patut mengkikis fikiran serong ini. Bila dapat pinjaman wang PTPTN, bukan main syok adik-adik memperlanjakan wang bakian PTPTN (selepas tolak yuran pendidikan). Bila suruh bayar, ni pulak ada pemikiran kerajaan patut tangguh kos pendidikan 100%. Kalau adik-adik kuat berlajar & dapat 1st class lainlah ceritanya. Ini semua setakat 2nd lower atau pass.

Adik-adik hoi...biar berpijak di bumi nyata. No "free lunch" in this world. Biar berusaha gigih then you should get what you expected. Ni asyik pasang kem mintak wang percuma. Suruh berlajar and score 1st class dia pulak berbaris di belakang...

merong mahawangsa

kaji semula mahasiswa yg benar2 ibubapa warganegara yg mempunyai Sijil kelahiran bukan menggunakan akuan bersumpah

MAT MI

Cuba anda renungkan bagaimana pelajar baru yang tidak berkemampuan ingin meneruskan pengajian jika tiada pinjaman PTPTN.Jangan pentingkan diri sendiri tak mahu bayar pinjaman setelah kemudahan telah di perolehi.Anda nak tengok pelajar meminjam dengan ALONG ? Zaman dulu boleh la kerajaan beri dermasiswa atau biasiswa sebab penuntut IPTA & IPTS belum ramai macam sekarang.

sahibullah zahidi

Saya bersetuju dan menyokong saranan yang telah dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berhubung perkara ini.Pelajar IPT secara keseluruhan adalah remaja.Remaja yang berdarah muda ini mengikut habitat biasanya mempunyai naluri lebih kepada "ingin mempertahankan (difensif) dan memberontak".Mereka mudah terdedah dan kemungkinannya terus terpengaruh dengan anasir-anasir luar.Lebih-lebih lagi jika isu itu datangnya dari individu yang mereka idolakan.Mereka cuma berfikir kepada kemudahan dan kesenangan sahaja,dalam kontek jangka pendik dan ruang lingkup yang sempit,tidak berfikir lagi secara global dan untuk jangkamasa yang panjang.Ini adalah suatu proses biasa saja.Mereka harus faham bahawa dalam dunia hari ini,bilangan penuntut IPTA adalah ramai berikutan dengan kelonggaran syarat kemasukan dan peningkatan kualiti pencapaian akademik pelajar.Kerajaan tidaklah mampu untuk membiayai bilangan yang besar ini.Kalau mampu pun akan menjejaskan peruntukan pembangunan lain yang lebih penting.Pemansuhan PTPTN adalah tidak wajar sama sekali.Tambahan pula punca kewangan PTPTN ini jugalah membantu pelajar kurang berkemampuan melanjutkan pengajian ke IPTS.Jika tidak mereka tidak berkesempatan langsung untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.Pinjaman-pinjaman lain yang ada ditawarkan mengenakan kadar bayar balik yang lebih tinggi.Usahlah kita gusar kepada tindakan segelintar penuntut yang berdemonstrasi itu kerana ia terlalu kecil berbanding bilangan pelajar IPT keseluruhannya.Cuma mungkin satu pekej istimewa patut dikhaskan bagi pelajar yang betul-betul miskin atau berpencapaian cemerlang.Kita patutnya bersyukur dengan peluang yang diberikan kepada kita.

orang susah

tahu nak hidup senang je, tgk sapa yang banyak dalam perhimpunan tuh , semestinya orang melayu .. mana pergi nyer puak2 ynag lain, yang beriya2 nak mansuhkan PTPN tuh..

nazmi

Pada pandangan saya pemansuhan PTPTN ini hanya akan member manfaat kpd golongan yang berkemampuan sahaja, bagi golongan tidak berkemampuan terutama dari pedalaman Sabah Sarawak pemansuhan ini akan menyukarkan mereka menghantar anak2 ke university walaupun yuran pengajian diberi secara percuma.
Sebelum ini golongan-golongan tersebut banyak bergantung dgn wang pinjaman PTPTN disebabkan mereka tdk mampu memberi wang belanja secukupnya kpd anak2 mereka kerana tiada pendapatan tetap. Pemansuhan ini sudah pasti memberi kesan yang besar kepada golongan2 kurang berkemampuan bukan shj dr pedalaman Sabah Sarawak tp seluruh Malaysia.
Oleh itu saya merasakan pinjaman PTPTN harus dikekalkan sehinggalah tahap kemiskinan tegar di pedalaman Sabah dan Sarawak dikurangkan 100%.

mint

rasanya yang berdemo ni majoriti pointer tak berapa nak elok sebab tu suruh mansuh PTPTN. orang yang cerdik pandai je takkan buat macam ni.

Mawar Putih.

Buat ape buat Demo..... kalau dah banyak duit mak bapa kaya... jangan pinjam, buat apa demo buang masa je...... saya orang miskin dan memerlukan PTPTN untuk anak saya belajar.

lala

saya hutang dgn PTPTN beribu, diploma+bachelor, ada dalam RM25K. tapi saya rasa tak patut mansuhkan PTPTN pasal yg berhutangnya saya, hutang tetap hutang. Tapi mmg saya amat sokong kalau dimansudhkan interest tu. Kalau mansudhkan interest, semua student pun puas hati. interest tu yg menyebabkan peminjam lagi liat nak bayar, pasal bila tgk statement, tak penah2 kurang.

judd71@gmail.com

kenapa hal ini menjadi isu?? jika tidak setuju dengan PTPTN, jangan pinjam, gunakan saja wang sendiri. habis cerita. bukan semua orang berkemampuan. PTPTN ni hanya untuk menolong orang yang kurang kemampuan dari segi kewangan untuk tujuan melanjutkan pelajaran ke IPT. Sesuatu yang baik itu kenapa harus dimansuhkan.

HJ SHARI

Harap kerajaan beri pertimbangan PTPTN kepada yang memerlukan. Jangan jadikan perkara ini gimik politik semasa pilihanraya.

raziman

perlu ada penyelesaian segera kerana ia tidak adil bagi mereka yang telah membayar pinjaman ptptn.

NADIAH

saya rasa PTPTN membebankan para pelajar lah. they dont have other options, they dont get the desired scholarships and also, the have to pay back the loan; with interest. itulah yg membebankan mereka. saya sebagai pelajar menyarankan agar para pelajar SENTIASA MENABUNG WANG untuk tujuan pelajaran. agar kita tidak kesempitan hidup dikemudian hari. In my opinion, PTPTN is the last choice that i might wanna take.

nuarN8@gmail.com

Salam... Pelik sungguh mereka-mereka yang membantah pinjaman PTPTN, kalau tak mahu tak payah apply lah untuk pinjaman. Bayar sendirilah kos pengajian. Dan lebih pelik lagi tuntut hapuskan PTPTN tapi baru sahaja selesai urusan SSPN untuk anak nak masuk IPT, tanya kenapa, nak buat pinajaman PTPTN, tadi cakap nak bantah pinjaman PTPTN tapi dalam masa yang sama nak apply pinjaman PTPTN...Hairan sungguh....


Sayur, air suam rahsia usia 117

Posted: 15 Apr 2012 04:17 PM PDT

Nasional

PAK MAN  membaca al-Quran tanpa menggunakan cermin mata sambil diperhatikan isterinya, Saadiah ketika ditemui di rumahnya di Kampung Denger, Jertih, semalam.

PAK MAN membaca al-Quran tanpa menggunakan cermin mata sambil diperhatikan isterinya, Saadiah ketika ditemui di rumahnya di Kampung Denger, Jertih, semalam.

Pak Man pernah nikahi lapan isteri disahkan tiada masalah kesihatan serius

JERTIH: Walaupun sudah berusia 117 tahun, ingatan Abdul Rahman Abu Bakar, masih segar dan keinginan untuk bersama wanita tetap kuat, malah mungkin dapat mengatasi keupayaan sesetengah lelaki lain.

Itulah kelebihan dimiliki Abdul Rahman atau lebih dikenali Pak Man dari Kampung Denger, dekat sini, yang masih gagah dan sihat, malah boleh bertutur dengan baik berbeza dengan kebanyakan rakan apabila mencapai usia emas. Bukan itu saja, paling menarik lelaki ini pernah bernikah lapan isteri dengan isteri pertama dikahwininya ketika berusia 20 tahun, manakala isteri kelapan ketika berumur 80 tahun.

Pak Man bijak mengemudi rumah tangga dengan semua isteri yang pernah dikahwininya, apabila mampu mengawal kehidupan berkeluarga tanpa sebarang sengketa dengan pasangannya.

Ketika ditemui di rumahnya semalam, Pak Man mengakui perlu ada rahsia tersendiri untuk terus kekal sihat dan mempunyai isteri sehingga sekarang, meskipun sudah agak berusia.

Satu-satunya isteri masih bersamanya ialah, Saadiah Hamat, 71, manakala yang lain sudah meninggal dunia.
"Isteri yang lain meninggal kerana sakit tua dan hasil perkahwinan saya dikurniakan lapan anak dan 25 cucu," katanya.

Dilahirkan pada 1895, Abdul Rahman yang ketika muda bekerja sebagai tukang rumah dan melalui kehidupan zaman penjajah bersyukur kerana masih dilanjutkan usia dan dapat menikmati segala kemudahan disediakan kerajaan.

Beliau berkata, sepanjang berumahtangga hanya sekali dapat berkongsi hidup dengan tiga isteri serentak.

"Saya bersyukur dengan kesihatan dan rezeki kurniaan Allah dan gembira melihat anak berjaya dalam hidup," katanya.

Abdul Rahman mampu mengaji al-Quran, membaca akhbar serta buku tanpa menggunakan kaca mata dan penglihatan matanya masih baik.

Menceritakan rahsia menjaga kesihatan, Abdul Rahman berkata, sejak kecil dia tidak suka makan makanan berlemak, sebaliknya gemar memakan sayur dan air suam.
"Walaupun pernah menghisap rokok, tetapi selepas usia 50 tahun, saya cuba berhenti merokok.

"Saya juga disahkan doktor tidak mempunyai penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis seperti yang lazim dialami individu seusia lain," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

rantingdedaun

Dulu semuanya guna baja organik orang pun kuat makan tonik, tapi sekarang baja semua guna kimia orang pun ramai kena lukimia.

Zulhainan Hamzah

Caya la pak man...contoh untuk kita semua!!!

Penilai

Kerja sebagai tukang rumah bermakna selalu keluar peluh dan bersenam. Makanan sihat, stress pun kurang.

KL Tulip Lady

amalkan cara permakanan orang-orang lama....zaman la ni, perempuan yg baru lepas bersalin, dalam pantang 44 days...selamba je keluar umah...tak pakai stoking....nasihat orang-orang lama tak mau dengaq....begitu juga dengan si suami, kuat minum ayat berais...muda-muda dah sakit-sakit sendi...lenguh-lenguh badan...

Hassan Junaidi

Ya Allah Ya Tuhanku, aku bersyukur kehadratmu kerana Abdul Rahman TL 1895 (117 tahun) masih sihat. Kurniaan Allah yang tak terhingga.

KL Tulip Lady

kita semua patut mengikuti/mengamalkan cara permakanan orang dulu-dulu....zaman sekarang, dasyat, nasi sepenuh pinggan...lauk-pauk melimpah....pastu ulam tak ada, air plak ada ice....mcm mana nak sihat....exercises kurang...muda-muda dah ada penyakit...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan